Couple Ring dah menjadi lumrah kehidupan manusia apabila sepasang kekasih ingin menunjukkan hubungan mereka yang selama ini sangat mencintai masing-masing (kunun tu bha mau nunjuk sama orang yang blum couple). Haha. Bagi aku takde la penting mana pun cincin tu (sebab sakit jari la nak pakai selamanya). Tapi bagi perempuan, ia adalah sangat penting dalam hidup mereka kerana itu saja yang buat dirinya dihargai oleh teman lelakinya (ofcos la. Mahal siot nak beli cincin ni. Kalau satu takpe. Ni kena beli couple plak).
Masing-masing mesti ada pengalaman dan kenangan waktu beli cincin couple dulu kan. Selama aku couple ni, hanya sekali saja yang aku pilih dan beli cincin sendiri untuk lover aku. Dulu hanya my ex yang pilihkan dan ada juga yang belikan. Agak kelakar juga la bila teringatkan kenangan dulu. Rasa malu pula nak ceritakan. Hehe.
Aku ceritakan la. Bermula dengan my ex yang pertama. Cinta Monyet masa sekolah dulu. Nama dia Dani (bukan nama sebenar). Takyah la aku nak ceritakan macam mane aku kenal ok. Masa dulu cinta monyet je. suka suka je. I lap u, u lap me. Macam tu la. Masa kitorang beli cincin couple dulu, kitorang mane beli kat Malaysia beb. Wa cakap lu, kitorang beli kat Jepun ok. Ala-ala cerita winter sonata. Haha. Sebenarnya masa tu pergi ikut Family Trip keluarga dia. Ayah dia yang ajak dan support semua untuk aku. Memang best giler masa tu. Dah dah, berbalik semula cerita asal. Apa la korang ni. Buat aku lari dari landasan plak. Hehe. Takde la. sory ok. Masa kami jalan-jalan kat satu bazar, Dani ternampak gerai jual aksesori. Ternampak la cincin biasa dan simple. Harganya masa tu tak mahal pun, 5500yen rasanya untuk sepasang. Yang belikan tu mak dia. Haha. Sepatutnya aku yang kena belikan. Tapi masa tu memang dah anggap family dia macam family aku. Jadi, aku dengan tak malunya terima saja la. Lepas tu, kami pergi dinner kat sebuah restauran yang agak cantik sesuai untuk couple. Bila dah ada kat situ, dengan tiba-tiba saja, mak dia suruh aku melamar anak dia dengan cincin yang dibelikan tu. Merah muka aku jap. Parent dia memang sporting. Aku suka tu. Apa lagi, aku sarung cincin kat jari dia dan dia sarungkan cincin kat jari aku. family dia memang dah merestui aku walaupun aku ni bangsa dan agama lain (Dani tu christian).
Dengan my ex aku yang kedua, Fer (bukan nama sebenar). Dia ni seorang yang romantik dan agak sopan ala-ala cina (dia memang cina pun). Kenangan kami berdua memang agak tragis dimana watak utama mengalami kemalangan yang teruk semasa ingin melamar kekasih yang tercinta. Haha. takde la sampai macam tu. Sebenarnya kejadian itu bermula ketika kami dah janji nak jumpa kat KLCC untuk keluar date bersama. Dia sampai awal kat tempat tu. Aku pula masih dalam perjalanan nak ke sana. Akhirnya aku sampai dan nampak dia dengan muka masam (sebab aku lambat 30min. salah train tu la). Kami pun jalan-jalan dan ternampak la kedai silver. Beli la cincin yang dia pilih. Lepas tu kami nak pergi makan dulu sebelum pakai cincin tu. Dan berlaku la satu kemalangan yang tak disangka oleh aku. Aku nak melintas jalan, tetibe je ada motor datang straight je langgar aku. Padahal masa tu lampu merah untuk bagi laluan orang melintas jalan. Aku cuba mengelak tapi tak sempat. Terbaring aku atas jalan. Rasa malu sangat masa tu. Tangan kanan dan kaki kanan aku terseliuh. Aku bangun dan tengok mat motor tu pun jatuh terbukang. Aku tengok dia luka sikit je. elok je dia jalan pergi kat motor dia buat muka tak bersalah. Aku marah sangat. Aku pergi kat budak tu, ambil ekzos motor dia yang tercabut tu, aku pukul sampai tangan dan kaki dia patah pula. Masa tu, sakit pun tak rasa sebab dah marah sangat kat budak tu. Fer datang halang aku. Nasib baik la Fer datang. Kalau tak, dah mati aku kerjakan (aku nampak je baik. Tapi sebenarnya tuhan je yang tahu). Aku tinggalkan budak tu. Malas nak besarkan cerita report polis bagai. Kesian pula budak tu nanti (padahal aku ambil no flat motor dia dan report kat kawan aku untuk selesaikan sampai abih nanti). Fer bawa aku ke hospital untuk dapatkan rawatan. Doktor suruh aku stay kat wad dulu 2-3 hari. Tapi aku taknak atas sebab sebab yang tak boleh didedahkan. Masa kat depan hospital tu, Fer tarik tangan aku dan sarungkan cincin. Hari tu lamaran aku penuh dengan tragis. Aku minta maaf sebab date yang penting macam tu diganggu oleh kemalangan yang bodoh.
Angel adalah my ex yang ketiga. Paling psyko dan gedik. Apa yang dia nak, semua kena tunaikan. Tapi yang bagusnya semuanya telah disediakan dari diri dia sendiri. Dia ni dah la anak tunggal, manja pula tu. Semua yang dia minta, semuanya dapat. Macam mana la parent dia didik dia kan. Tu tak kisah la. sekarang ni nak cerita bagaimana kami dapat cincin couple. Kisahnya seminggu selepas aku minta couple dengan dia. Dia ajak aku keluar date. Semuanya dah dirancang oleh dia. Kami tengok wayang. Lepas tu keluar jalan kat taman KLCC. Lepas tu pergi diner kat hotel. Memang romantik. Yang takleh bla nya bila dia yang lamar aku dengan cincin yang dia beli. Nasib baik la masa diner tu dia dah book seluruh restauran kat hotel tu. Kalau tak memang malu aku ramai orang tengok nanti. Kalau ikutkan memang takde apa yang best atau menarik untuk diingati pasal kami berdua. Semuanya secara paksa. Tak seronok langsung.
Dan akhir sekali, yang sekarang ni, Amber (bukan nama sebenar). Kali ni aku yang pilih cincin. Beli sendiri. Dan post kat dia. Kadang-kadang aku pakai. Kadang-kadang aku lupa. Tapi dia aku takkan lupakan sampai bila-bila. Sebab dia adalah teman hidup aku.
Rasanya itu sahaja cerita pengalaman tentang cincin couple aku. Kalau ada jodoh, mungkin cincin kahwin pula. Tu pun kalau kami akan kahwin la. hm…
uuyooo.....
ReplyDelete