Bila cerita pasal haiwan belaan, mesti orang cerita pasal
kucing, hamster, anjing dan sekarang ni makin popular, sugarglide. Tapi apa
motif korang nak bela binatang ni? Diri korang tu dah cukup lengkap ke? Haha.
Tu bukan alasannya. Yang pasti, bila korang ditanya, mesti korang akan jawab,
‘Saya bela binatang ni kerana mereka friendly dan sangat cute’. Dan ada yang
mempergunakan binatang belanya untuk membuat kerja (bukan kerja yang manusia
buat la) seperti mengambil barang, menjaga rumah dan sebagainya.
Bagi aku pula,
aku ada banyak alasan kenapa aku nak bela binatang.
Aku ada binatang belaan dan aku memang anggap dia kawan aku.
Fento nama dia. Dwarf hamster jenis pearl. Dah dekat setahun dia bersama aku. Aku
ade beberapa ekor sebelum ni tapi nak buat macam mana, tuhan lebih sayangkan
mereka (huh? Ayat takleh blah). Sekarang ni Fento saja yang menemani aku bila
aku bersendirian, bila aku kesedihan, bila aku kegembiraan. (sory kengkawan,
korang pun ade juga bersama aku tapi time senang je la kan) Aku bercadang nak
beli pasangan untuk Fento. Harap boleh serasi la. Lahirkan banyak zuriat. Haha.
Semua orang sukakan binatang sebenarnya. Tapi bukan untuk
jadikan belaan. Sebab kebanyakannya takut nak pegang atau alah pada binatang. Dan
ada juga sebab tak mampu nak bela dan keadaan sekeliling tak sesuai. Aku pula? Kenapa
aku nak bela binatang? Sebenarnya dulu aku selalu tengok movie yang ada
binatang peliharaan yang setia pada tuan dia. Apa yang tuan dia nak, semuanya
dia buat. Ada satu movie tu, The Compass, dimana manusia dilahirkan bersama
binatang mengikut personaliti orang tersebut. Dan yang penting, mereka senyawa.
Aku terfikir juga, best ke kalau kita semua ni lahir sekali dengan binatang? Macam
mana pula kalau orang islam lahir dengan binatang seperti babi atau anjing? Aku
rasa ada baiknya macam tu. Kalau lahir dengan binatang, mungkin agama akan
berubah. Tu satu hal. Satu hal lagi, manusia boleh sayang pada binatang. Takde la
nak kejam terhadap binatang. Satu lagi, manusia akan makan tumbuhan je. Haha. Sanggup
sangat kan.
Haha. Boleh pula aku fikir sampai macam tu kan. Sebenarnya ada
satu binatang yang aku nak bela sangat. Anjing jenis Shiba Inu. Anjing jepun tu
yang macam Husky. Kenapa? First, sebab anjing binatang yang paling mulia dan
setia pada tuan dia. Second, sebab bagi aku, Shiba Inu yang paling cute. Hehe. Kalau
aku dapat anjing tu, aku nak dia ikut kemana aku pergi (macam bodyguard la
plak). Bila aku keluar, dia hantar aku kat pintu. Bila aku balik, dia tunggu
aku kat pintu. Macam best je kan. Tapi tu yang aku fikirkan. Tak tahu la boleh
jadi ke tak. Haha.
Apa-apa pun, binatang juga makhluk tuhan. Sama je dengan
manusia. Perlu dijaga dan disayangi. Mereka juga ada perasaan. Sekian saja dari
WWF (eh, motif sangat). Haha. ;p