Sunday, May 27, 2012

Kawan aku dha kahwin???


Bila soal pasal kahwin ni, perlu ke semua orang berkahwin? Sebab apa? Aku pun tak tahu la. Sebab tuhan suruh kita kahwin kot. Haha. Setiap agama mengalakkan perkahwinan yang sah supaya ada hitam putih siapa punya badan tu. Dan juga untuk melahirkan zuriat. Tapi aku tak fikir sebab tu yang buatkan manusia kena kahwin. Tujuan utama mungkin sebab nafsu sex. Tapi kalau takde nafsu pun, still kena kahwin juga. Hm… tu la, agama ni sesuatu yang rumit nak difikirkan. Tak kisah la. Korang nak kahwin, tu korang punye pasal la. Haha.

Sekarang ni, banyak kawan aku dah kahwin. Aku juga masih bujang tapi dah berpunya. Hehe. Aku tengok kawan-kawan aku, yang perempuan la, kahwin awal dan sekarang ni anak dah berderek-derek. Bila aku fikir, perempuan memang senang kahwin awal. Dapat je laki tua yang kaya, terus je ajak kahwin. Lelaki pula, kena cari duit dulu. Dah cukup duit baru la boleh kahwin. Sebab tu la lelaki selalu kahwin lambat. Kalau yang kahwin awal tu, kena beli dengan sugar mummy la tu. Haha.

Dalam banyak-banyak kawan aku, aku terharu sangat kat kawan aku ni. Terpaksa ke luar negara untuk langsungkan perkahwinan dia dengan orang tersayang. Kawan yang aku kenal satu ketika dulu semasa di Sabah, Jered telah berkahwin dengan lelaki pilihannya di Amerika (sebab kat Malaysia ni takleh kahwin sejenis). Sekarang ni dia menetap di Cambodia sebab suaminya menguruskan hotel kat sane. Aku sangat sangat jeles pada dia dapat orang yang betul-betul sayang pada dia. Suaminya, Jameson yang berumur 30 tahun, berasal dari Amerika yang menetap di Cambodia sekarang ni. Jered mengenalinya melalui laman sosial. Nak cakap macam ne, dari mata turun ke hati, masing-masing setuju untuk hidup bersama. Kalau nak tau kisah percintaan dia dulu, tanya la dia sendiri. Hehe.

So sweet. Yang ni yang  buat aku jeles dan nak kahwin cepat ni. Tapi boleh ke aku kahwin? Ada ke orang nak terima aku? Itu persoalannya. Ini akan dibincangkan dalam blog akan datang. Haha…;p

No comments:

Post a Comment