Cerita ni adalah memori aku pada bulan Januari dimana bulan
kelahiran aku. Aku dapat keluarga baru. Hehe. Eh, aku dapat anak? Bukan la. Aku
dapat yang lebih baik daripada itu. Sebuah kereta yang membolehkan aku bergerak
lebih jauh lagi. Haha. (gelak sengal sorang-sorang).
Sebenarnya memang dah lama aku nak kereta. Akhirnya dapat
juga kereta setelah sebulan aku aku mencari. Kereta secondhand je. Nak beli
yang baru, bank ni banyak pula songeh dia. Nak tu la, nak ni la. So, aku cancel
terus niat aku nak beli MyVi baru. Dengan itu juga, aku bergaduh dengan kawan
aku. Padahal aku customer dia. Kenapa nak marah aku pula kan? Lantak aku la aku
nak beli ke tak. Duit aku. hoho.
Kerete ape? Sabar la. Aku nak bagitahu la ni. Aku beli
kereta Kenari. Kereta kegemaran aku dulu. Hehe. Family aku pun suka. Sebab dia
lagi luas dari Myvi. Ramai boleh masuk. Macam bas pula. Sekarang ni. Bila aku
balik, ramai je yang ajak keluar. Haha. Sengalkan. Tapi selalunya mak aku dah
book aku awal awal. Biasa la. Nak aku bawa pergi kat tempat yang dia mahu.
Layan je la.
Kondisi kereta tu agak baik tapi banyak yang perlu dibaiki
lagi. Tapi tak kisah la. Aku aku repair sikit sikit (hantar kedai je). Nanti
mayb nak tukar enjin, tinted dengan tukar warna je (airbrush ok). Dah tukar
semua tu, aku nak letak nama baru. Sekarang ni dah ada nama pun. Soul nama dia.
Kadang-kadang aku call dia Ken sebab singkatan bagi Kenari (boleh macam tu).
Haha.
Apa-apa aku mula sayang pada Ken walaupun aku kena
tinggalkan dia buat sementara. Tu pun masa aku kerja dan kat rumah je. Haha.
Aku harap Ken tak tinggalkan aku sampai bila-bila. Dia la yang pertama untuk
aku (walaupun nanti memang nak beli kereta yang baru). Mampus la kalau dia tau
nanti. Haha.
No comments:
Post a Comment