Semua orang suka makan
steamboat??? Ntah la, takde pula aku nak mengkaji. Haha. Well, aku pun suka
makan steamboat. Sebab apa? Hm…ntah la, aku pun tak tahu sebab apa. Nak kata
sedap, macam biasa je. Nak kata tak sedap, selalu je rasa nak makan lagi. Macam
mana tu? hehe.
Selama aku hidup ni, aku dah pergi beberapa
restauran steamboat yang rasanya lebih kurang sama je. Tak juga. Hehe. Antara restauran
yang pernah aku pergi, Restauran Steamboat Chatin, Pak Usu Steamboat, Flaming
Steamboat, Jonny’s Restauran, Suki-ya dan Seoul Garden. Tempat yang aku
suka ofcos la Pak Usu dan Seoul Garden
sebab ada grill. Hehe. Sedapnya ayam dan daging bakar.
Apa la, pergi restauran steamboat
makan grill pula. Sudah, back to the story. Pergi restauran steamboat, kena la
makan steamboat kan. Takkan nak makan ikan bakar pula. Hehe. Selalu aku pergi
makan dengan lover dan bestfriend aku. Dah try ajak kawan-kawan aku, semuanya
busy dengan kawan-kawan diorang. Nak ajak makan pun susah. Haiss… bila dah
pergi, mula la kata tak ajak. Rasa macam nak baling periuk dan dapur steamboat
tu je. Haha.
Bila dah ada kat restauran
steamboat, perkara pertama diorang akan tanya selepas korang dapat tempat duduk
adalah pemilihan sup. Kalau restauran biasa, diorang bagi satu pilihan sup saja
seperti sup kosong dan tomyam. Majority akan pilih tomyam (tu kajian yang aku
perhatikan semasa berada dalam restauran steamboat). Hehe. Kalau restauran
mahal sikit, akan serve dua jenis sup. Selalunya ada banyak pilihan. Aku akan
pilih yang pedas dan juga sup biasa. Giler ke nak dua-dua pedas. Terbakar lidah
nanti. Selepas sup dihidangkan, korang kena layan sendiri la ya. Bahan-bahan
pilih sendiri dan masak pun sendiri juga. Kalau korang kaya giler mana pun,
pelayan kat situ takkan masakkan untuk korang ok. Haha. Then, start la makan. Kalau
banyak makanan tak habis, korang akan dicaskan mengikut berat lebihan makanan
itu. Tapi selalunya aku makan habis sebab ambil makanan cukup-cukup je. Haha.
Apa-apa pun, bila tengok gelagat
pelanggan lain makan steamboat beramai-ramai, macam meriah je, macam seronok
je. Yang datang dengan family, mak dan
ayah arahkan anak-anak dia ambil bahan-bahan. Lepas tu, diorang tolong masakan.
Macam masak kat rumah pula. Yang datang dengan kawan-kawan, agih-agihkan tugas
macam pasukan pengakap. Borak-borak. Ketawa. Sampai bergaduh sebabkan cara
masak yang berbeza. Haha. Bestnya. Tu pun sekali dua je aku rasa pengalaman macam
tu semasa makan dengan kawan kolej dan kawan kerja. Sekarang ni hanya makan
berdua je. Nak ajak ramai-ramai memang susah. Mungkin nanti aku akan cuba lagi
untuk ajak diorang.
No comments:
Post a Comment