Ramai yang suka lepak kat café, online sambil minum kopi.
Mungkin sebab urusan kerja dan mungkin juga untuk membuat assignment. Ada juga
yang datang saja nak duduk bersendirian sambil melihat orang disekeliling. Ada
juga yang datang lepak berkumpulan menceritakan hal peribadi dan semasa. Dan
ada juga yang datang untuk dating dengan kekasihnya. So sweet kan. Aku pula? Ntah
la, dulu time ada kawan-kawan yang free, selalu je lepak minum kat café ni. Sekarang
ni masing-masing ada tanggungjawab sendiri, dah takde masa untuk luangkan masa
bersama kawan-kawan lama.
Sekarang
ni nak jumpa kawan pun susah. Dulu aku pernah berangan nak buka café untuk aku
dan kawan-kawan aku boleh jumpa dan lepak bersama. Ye la kan, bila cuti hari
sabtu ahad, boleh plan jumpa kat café aku. Borak pasal masalah negara dan gossip-gosip
terkini. Haha. Bestnya. Tapi bila fikir balik, ada ke kawan aku nak datang ke café
aku? Kebanyakan kawan aku semuanya jauh merantau kat tempat lain. Yang dah lama
tak contact pun ada. (T-T)
Tapi angan-angan
tu berubah menjadi impian. Aku memang nak buka café. Bukan untuk kawan-kawan
aku datang lepak tapi untuk melihat pelanggan aku happy bila berkumpul dengan
kawan-kawan mereka. Ofcos la nak diorang rasa kek yang aku buat. Tu motif
utama. Haha.
Aku dah
terfikir beberapa tema untuk café aku. Yang pertama, cat’s house. Café yang ada
kucing. Pelanggan boleh bawa kucing masing-masing ke café. Makan, minum bersama
dengan binatang peliharaan satu meja yang sama. So sweet. Haha. Tapi keburukannya,
biasa la binatang, hilang kawalan, bergaduh dengan kucing lain, berasmaradana
dengan kucing lain, mengganggu ketenteraman pelanggan lain (unless kalau
diorang tak kisah) dan pengotor. Tapi rasanya kalau cat lover ni memang dah
pandai train kucing masing-masing, rasanya takde masalah. Betul tak???
Yang kedua,
teddy bear’s house. Café yang penuh dengan patung, icon, sticker dan
barang-barang berkaitan dengan teddy bear. Haha. Nampak sweet. Memang sweet
pun. Bukan saja pelanggan wanita je yang datang, malah abang-abang bodybuilder
dan mat rempit pun datang juga. Haha. Poyo la. Tapi café macam ni selalu orang
datang untuk dating je. tu la pasal. Time valentine je penuh. Fully book. Time hari
lain, confirm bangkrap. Haha.
Yang ketiga,
tema biasa kebanyakan café, modern style. Kebanyakan memang buat konsep macam
ni sebab senang dan simple. Lagipun pelanggan tak kisah asalkan coffee dan
makanan yang dihidang sedap dan berpatutan. Aku buat tema macam ni mungkin kena
ada kelainan sikit. Ye la kan, takkan nak tiru starbuck atau coffee bean pula. Mungkin
aku akan campurkan dengan tema misteri dan black and white. Hehe. Nanti macam
kedai berhantu pula.
Kalau asyik
fikir pasal konsep kedai je, memang susah. Tapi yang penting, tahu nak
berniaga. Nak buka kat mana? Macam mana nak tarik pelanggan? Macam mana nak buat
pelanggan datang lagi? Well, sepatutnya kena guna soalan 5W 1H. Haha. I will
make my dream come true. Tunggu la kemunculan Coffee House aku. Hehe.
No comments:
Post a Comment