Dulu popularnya kisah Harry Potter. Huh??? Siapa mamat Harry
Potter tu??? Seorang ahli sihir muda yang belajar di sekolah magik, Hogwart. Kalau
tak tahu tu memang tak panjang la umur tu. Haha. Takde la. Gurau je. Jangan la
kecil hati pula (nak touching pula dengan aku. eeeuuuwww, jangan nak mengedik
sangat boleh tak) haha. Dah dah. Berbalik semula kepada tajuk asal ok. Kenapa
dengan cerita Harry Potter tu??? Sabar la. Aku baru je nak mulakan cerita ni.
Sebenarnya aku nak ceritakan tentang ada satu lagi dunia yang dipanggil dunia
sihir/ghaib dimana segala ahli sihir, hantu, makhluk ghaib dan seangkatan
dengannya tinggal di dunia itu. Dunia tu sebenarnya untuk menyembunyikan semua
perkara tu dan mereka bebas menggunakan kuasa masing-masing tanpa mengganggu
manusia biasa.
Tapi sekarang ni banyak cerita fantasi macam tu dah keluar.
Terutama cerita tentang cinta hantu. Vampire yang bercinta dengan manusia
kunun. Haha. Ada gangguan dari pelbagai pihak dan juga ahli sihir. Tapi nasib
baik la gambaran pada ahli sihir adalah baik baik berlaka. Ada juga yang buat
ahli sihir tu dari pihak yang jahat. Ntah la. Bergantung pada cerita yang
mereka rekakan tu.
Dalam ni aku nak ceritakan kalaulah dunia sekarang ni adalah
dunia magical yang penuh dengan magis dah makhluk yang tak berapa normal (huh?
Maksudnya makhluk ghaib la). Dan aku pula seorang ahli sihir. Rasa rasanya apa
kuasa yang aku nak dan apa yang aku nak buat dengan kuasa tu. Kuasa yang aku
nak selama ni adalah…jeng jeng jeng…memanipulasi molekul udara menjadi pejal.
Dalam erti lain, memanipulasi ais. Kenapa? Ntah la. Mungkin aku dah sebati
dengan elemen macam tu. Haha. Tapi dalam magi sais, banyak magis yang boleh
guna selain daripada manipulasi ais untuk membunuh orang lain. Contohnya magis
cermin ais yang boleh mengurung orang atau mengklonkan benda lain. Magis cuaca
yang boleh mengubah cuaca menjadi dingin. Dan macam macam lagi boleh buat. Tapi
base on ais je la. Hehe.
Aku selalu berangan yang dunia ni akan ditakhluk dengan
kuasa jahat seperti ahli sihir jahat atau syaitan ataupun alien (huh? Biar
betul? Macam tak kena je dengan tajuk aku ni) haha. Tak kisah la, asalkan ada
orang jahat kan. Tapi kalau jadi hero pun tak best juga. Aku lebih suka parti
bebas. Haha. Pulak dah. Aku nak tubuhkan satu guild/party di mana aku boleh
memperjuangkan hak hak aku dengan rakan seperjuangan aku yang lain kat dunia
yang tak adil ni. Wah, over sudah aku ni. Haha. Tapi hakikatnya aku nak enjoy
dengan geng geng aku. Sambil tu buat perkara yang rahsia seperti kumpulan
Akatsuki dalam cerita Naruto tu. Haha. Ada ada je la. Tapi semua tu hanya la
angan-angan je.
Kalau korang pula macam mana? Korang rasa ok ke kalau dunia
ni ada ramai ahli sihir? Kalau ahli sihir baik mungkin la korang tak kisah kan.
Kalau yang jahat, mesti korang takut dan beriman pada tuhan semula kan. Kalau
macam tu kan, rasanya tak seronok la kan. Hakikatnya, kalau ramai ahli sihir
yang baik kat dunia ni, diorang akan tolong korang jaga dunia ni. Terutama
nanti bila tuhan turunkan bala yang terakhir dia mana manusia tak mampu lakukan
apa pun. Hanya seorang saja yang mungkin boleh selamatkan dunia ni iaitu Isa
yang dipercayai oleh dua agama kat dunia ni. Dikatakan beliau akan turun ke
dunia ni semula untuk selamatkan kaum dia yang tinggal. Tapi tunggu la masa tu.
Oleh itu, biarpun orang lakukan apa yang dia nak. Selagi dia tahu batas dia,
jangan la nak jadi batu api yang hanya tahu nak huru harakan dunia ni tanpa
sebab. Ok.
No comments:
Post a Comment