Tuesday, June 19, 2012

Pentingnya Sekolah


Dunia ni hanya membahagikan dua golongan sahaja iaitu pandai dan bodoh. Sejak lahir lagi ibu bapa dah mengkategorikan anak mereka mengikut keturunan ataupun sifat anak mereka. Ye la kan, kalau orang Bandar tu, kalau mak bapak dia mempunyai kerja yang bagus seperti doktor, cikgu atau sebagainya, anggapan orang lain mesti kata anak mereka pandai. Kalau orang kampong tu, orang anggap anak mereka bodoh. Aku pelik juga la kan. Tapi hakikatnya sama saja. Ada yang pandai dan ada yang bodoh.

Aku? Ntah la. Aku sejak kecil keluarga aku anggap aku bodoh. Kalau aku tak dapat A semua subjek atau dapat no 1 dalam kelas dan sekolah, memang kena marah la. Nak dapat no1 tu memang susah la, tapi nak dapatkan A tu lagi susah. Bila dah dapat tu, masih lagi kena marah. Aku pun tak faham. Tapi bila aku tengok abang dan kakak aku dapat result lagi teruk dari aku, tak pula mereka nak marah. Malah dapat benda yang diorang nak. Aku pula, ntah la. Kena kumpul duit sendiri baru boleh beli apa yang aku nak. Tapi aku tak kisah. Sebab aku memang bodoh. Aku memang takkan faham apa yang keluarga aku nak. Satu lagi bila aku tengok abang dan kakak aku keluar dengan kawan mereka ke Bandar. Aku pula hanya boleh duduk kat rumah je. Kalau nak keluar, ayah aku akan hantar dan jemput aku. Termasuklah ke sekolah. Abang dan kakak aku pula, pergi ke sekolah dengan menaiki bas je. Aku cemburu dengan mereka. Tapi bila aku minta dengan ayah aku, dia tak bagi. Katanya aku ni bodoh, tak pandai nak jaga diri lagi walaupun aku dah sekolah menengah. Bukan apa, sebab kes masa tadika dulu, walaupun dah banyak kali aku pergi balik dari rumah ke tadika dengan mak aku, aku tetap sesat bila aku pergi sendirian. Mungkin sebab aku ni memang bodoh. Kadang-kadang sampai kena ada kawan aku pergi balik dari tadika. Hm… sampai la aku sekolah menengah, aku ada kawan yang ajar aku untuk hidup. Tapi masih lagi buta arah. Mungkin tu tak dapat nak hilangkan. Haha. Sekarang ni dah kira bersyukur sikit sebab aku boleh jaga diri aku walaupun susah aku nak hidup bersendirian bila dah jauh dengan family ni. Tapi aku kena buat begini sebab sampai bila lagi aku nak jadi bodoh dan hidup dengan keluarga aku. Sampai bila bila pun aku takkan belajar erti hidup kalau aku tak keluar dari keluarga aku.

Orang kata, bila kita hidup tanpa ibu atau bapa, lagi cepat kita akan jadi matang. Tapi matang dari segi kehidupan dan sosial. Bagi pendidikan pula, kita tetap akan bodoh. Terutama bila kita hidup dalam keluarga yang susah. Orang anggap kita bodoh. Kalau yang kaya tu mungkin juga la ada masalah yang sama. Aku ada beberapa orang kawan aku yang bodoh dan tak berpendidikan tinggi. Richard (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang berada tetapi perniagaan ayahnya telah menurun dan menyebabkan jatuh bankrup. Ayah dan emaknya lari ke luar Negara dan tinggalkan dia adik-beradik bersama neneknya yang uzur ketika dia berumur 12 tahun. Oleh kerana pendapatan neneknya tak mencukupi, dia terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja menyara keluarganya itu. Dia tak kisah bekerja keras. Dia tak kisah dia bodoh dan tak berpendidikan. Tapi dia mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya. Dia nak adiknya menghabiskan pelajaran mereka disekolah. Setelah sekian lama mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan, emaknya pulang ke Malaysia untuk menjaga mereka semula. Ayahnya pula masih kerja diluar Negara kerana ada perniagaan yang bagus. Sekarang ni aku tak tahu la aku nak kasihankan mereka atau nak anggap mereka bodoh. Sebab semua adik beradiknya tak habis belajar pun. Mereka lebih suka kerja daripada belajar. Tak kisah la. Dia sekarang ni selalu ke luar Negara. Dia bagitahu aku, tak kisah bodoh mana pun, kalau tahu bertutur dalam bahasa lain terutama bahasa enggeris, kita boleh pergi jauh. Aku rasa, aku masih lagi bodoh dari dia. Hehe.

Aku terfikir juga, kalau aku tak berpendidikan, takkan aku jadi diri aku sekarang ni. Ya, memang semua orang bodoh tapi kalau mereka usaha nak faham dan belajar sesuatu, mereka akan pandai juga. Tapi ini dunia yang nyata, orang pandai akan terus pandai dan orang bodoh akan terus bodoh. Itu lumrah kehidupan. Tuhan dah takdirkan macam tu. Kita nak halang pun tak boleh, sebab tuhan dah jadikan kita bodoh dan tak melebihi kepandaian tuhan pun. Itu la manusia.    

No comments:

Post a Comment