Sunday, June 10, 2012

Pengakhiran Sebuah Kisah Cinta


Dulu aku kemaruk cinta dengan si dia. Segalanya hanya kerana dia. Kini hanya tinggal kenangan. Hatiku hatinya dua-dua terluka dan masing-masing ingin meneruskan hidup dalam angan-angan yang nyata.

Aku kenal dia dah lama. Rasanya dah 100 abad dulu. Haha. Takde la. Gurau je. Aku kenal dia sejak kolej lagi. Tapi aku baru couple dengan dia tahun lepas. Tak sampai setahun pun. Bulan 7 nanti baru cukup. Oh ya, tak ramai tahu pasal dia. Hanya beberapa orang saja yang pernah jumpa dia. Bukan apa, aku takut kawan aku tikam belakang. Sebab dulu pernah jadi macam tu. Aku apa lagi, tikam semula la kawan aku tu. Ingat aku tak berani ke? (Jahatnya aku. Hakikatnya aku memang pernah buat pun). Selama aku couple dengan dia, banyak hal aku kongsi dengan dia. Masalah aku. Perasaan aku. Malah segala hal aku dia tahu. Pasal dia pun aku tahu juga. Aku selesa dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Tapi hanya kerana satu sebab kami bergaduh besar.

Sebelum dia nak sambung study kat luar negara, aku date dengan dia buat kali terakhir. Dalam fikiran aku masa tu, macam macam aku fikir yang bukan bukan. Tapi dia cuba nafikan dan hanya cinta pada aku seorang saja. Ntah aku pun tak tahu tentang perasaan aku. Bila fikirkan dia pergi jauh, aku macam tak sedap hati. Then, kami bergaduh besar hari tu. Segala mood hilang. Aku kecewa sangat. Bukan sebab dia tapi sebab perasaan aku masa tu. Kenapa aku boleh fikir bukan bukan sampai macam tu sekali? Menyesal sangat apa yang aku cakap pada dia. Aku tengok dia masa tu menangis teruk. Aku tak pernah buat dia menangis sebelum ni. Itu kali pertama dan terakhir aku buat dia menangis pasal kami. Aku biasa la, tak pandai pujuk dia. Yang aku mampu hanya berdiam saja. Masa aku hantar dia balik rumah, dia hanya diam saja. Mungkin dia tahu kalau dia buka mulutnya, aku pasti akan membangkangnya. Aku mahu menanyakan sesuatu padanya, tetapi dia terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Aku rasa terkilan. Memang salah aku. Aku mesej dia untuk meminta maaf. Dia tak membalasnya.

Hari sebelum dia berlepas, dia call aku untuk minta maaf. Biasa la, aku terpaksa juga mengalah dan katakana hal tu semua salah aku. Dia tak kisah. Dia harap aku boleh hantar dia ke airport. Dan aku pergi bersama family dia. Dari mula aku sampai dirumahnya sehingga di airport, dia kurang bercakap. Senyum pun tak ikhlas. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Semasa di airport, aku bagi sesuatu pada dia. Hanya sepasang keychain berbentuk hati. Aku bagi dia satu dan aku ambil satu. Aku bagitahunya yang aku bagi dia hati aku untuk dia jaga ketika disana dan aku ambil hatinya untuk aku jaga dan menunggu dia pulang. Dia tersenyum lebar. Aku rasa dia sukakannya. Dia pergi tinggalkan aku lagi untuk seketika (untuk sambung belajar je. Bukan putus terus).

Semasa dia berada di sana, dia selalu emel aku tentang aktivitinya di sana. Ada masa kami webcam bersama (sanggup aku tak tidur pukul 3-4 pagi tau tak). Sehinggalah sebulan telah berlalu. Dia makin kurang emel aku. aku hanya fikirkan yang dia sibuk dengan study dia. Tapi apa yang aku tak sangka, dia menghantar satu emel yang membuat aku terkejut. Dia tanya aku tentang hubungan kami. “Kita kawan baik je kan?”. Selama ni bukan ke kami ni pasangan kekasih? Kenapa dia kata kami ni hanya kawan baik saja? Tapi memang aku dah agak ada sesuatu yang tak kena. Dia tak mahu ada hubungan special dengan aku. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mungkin salah aku sebab gaduh hari tu dan dia terasa apa yang aku kata dulu. Aku mengalah. Aku kata pada dia yang aku tunggu dia balik dan pada masa yang sama, aku lepaskan dia sebab aku taknak paksa orang yang dah tak suka pada aku terus kekal dengan aku (baik la sangat. Melepas ada la).

Aku tak sedih malah aku tak nangis pun dia pergi (mungkin dah terbiasa keseorangan sebab dulu dia juga study jauh dari aku). Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin aku masih berharap pada dia, dan mungkin juga aku perlu teruskan hidup walaupun bersendirian. Wizard kan memang selalu hidup bersendirian. Hehe. Ke situ pula dah. Tengah tengah touching ni, buat lawak pula. Ye la kan, aku ni kan happy go lucky. Kena la selalu senyum. Hehe. Apa-apa pun bukan jodoh aku. sekali lagi, aku terpaksa terbang tanpa sayap. Aku belum sempurna lagi tanpa cinta. Tapi aku tak kisah, sebab aku tahu sesuatu. (^_^)

No comments:

Post a Comment