Apa itu
Dreamcatcher??? Laa…korang tak tahu ke? Benda ni la yang halang atau serap
mimpi buruk korang. Benda yang bulat dan mempunyai tali yang disimpul seperti
sarang labah-labah dan digantung bersama bulu burung dan batu yang cantik.
(seperti yang tertera pada rajah).
Dulu aku fikir, asal dreamcatcher
ni dari golongan Gipsy. Kononnya nak halang dari nasib buruk dan juga gangguan
kuasa jahat pada waktu malam. Rupanya baru aku tahu asalnya dari orang Asli
Amerika. Ala Red Indian tu la. Yang pakai bulu burung kat kepala tu macam topi.
Aah, yang tu la. Takkan tak tahu. Haha.
Aku cerita pasal ni bukannya apa.
Sebab aku tengok drama korea. Kebetulan pula diorang masukkan prop ni dalam
cerita mereka. Kononnya boleh buang mimpi buruk dan dapat menyatukan dengan
orang yang kita sayang. Memang tak sangka benda tu boleh dibuat cerita. Haha.
Aku ada tanya juga pada group aku yang mahir dalam
kajian benda yang luar biasa ni. Dreamcatcher adalah barang yang dibuat
daripada Shaman (bomoh) dan bukannya daripada ahli sihir. Mengikut kisah yang
dikajinya, pada masa dahulu, ada ahli sihir jahat yang menggunakan hantu dan
semangat jahat untuk membuat kacau penduduk kampung. Suatu hari, seorang shaman
datang ke kampung itu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanannya ke tempat
yang ditujunya. Shaman tersebut berasa hairan dan mendapat tahu cerita sebenar
dari penduduk di situ. Dia membuat keputusan untuk menolong penduduk di situ. Jadi,
dia pun membuat dreamcatcher itu. Dia buat benda itu sebab nak menghalang hantu
atau semangat jahat merasuk tubuh manusia biasa semasa malam / waktu tidur. Benda
itu berjaya melumpuhkan niat ahli sihir itu. Shaman tersebut berjaya
menghapuskan ahli sihir itu (maybe ahli sihir tu memang jahat tapi bukan semua
ahli sihir jahat ok).
Tapi sekarang ni dah banyak
dreamcatcher yang dijual dipasaran. Bukan untuk azimat saja, untuk perhiasan
juga bagi kepada sesiapa yang minat benda macam tu. Ada juga orang yang
percaya, dreamcatcher dapat memadamkan memori buruk. Dan ada juga percaya yang
benda itu boleh menyatukan orang yang kita suka. Anda pula bagaimana??? Haha.
Well, nak buat benda ni memang
nampak rumit. Tapi aku try nak buat yang terbaik. Dan hadiahkan pada si dia. Hehe.
No comments:
Post a Comment