Dunia ni hanya membahagikan dua golongan sahaja iaitu pandai
dan bodoh. Sejak lahir lagi ibu bapa dah mengkategorikan anak mereka mengikut
keturunan ataupun sifat anak mereka. Ye la kan, kalau orang Bandar tu, kalau
mak bapak dia mempunyai kerja yang bagus seperti doktor, cikgu atau sebagainya,
anggapan orang lain mesti kata anak mereka pandai. Kalau orang kampong tu,
orang anggap anak mereka bodoh. Aku pelik juga la kan. Tapi hakikatnya sama
saja. Ada yang pandai dan ada yang bodoh.
Aku? Ntah la. Aku
sejak kecil keluarga aku anggap aku bodoh. Kalau aku tak dapat A semua subjek
atau dapat no 1 dalam kelas dan sekolah, memang kena marah la. Nak dapat no1 tu
memang susah la, tapi nak dapatkan A tu lagi susah. Bila dah dapat tu, masih
lagi kena marah. Aku pun tak faham. Tapi bila aku tengok abang dan kakak aku
dapat result lagi teruk dari aku, tak pula mereka nak marah. Malah dapat benda
yang diorang nak. Aku pula, ntah la. Kena kumpul duit sendiri baru boleh beli
apa yang aku nak. Tapi aku tak kisah. Sebab aku memang bodoh. Aku memang takkan
faham apa yang keluarga aku nak. Satu lagi bila aku tengok abang dan kakak aku keluar
dengan kawan mereka ke Bandar. Aku pula hanya boleh duduk kat rumah je. Kalau
nak keluar, ayah aku akan hantar dan jemput aku. Termasuklah ke sekolah. Abang
dan kakak aku pula, pergi ke sekolah dengan menaiki bas je. Aku cemburu dengan
mereka. Tapi bila aku minta dengan ayah aku, dia tak bagi. Katanya aku ni
bodoh, tak pandai nak jaga diri lagi walaupun aku dah sekolah menengah. Bukan
apa, sebab kes masa tadika dulu, walaupun dah banyak kali aku pergi balik dari
rumah ke tadika dengan mak aku, aku tetap sesat bila aku pergi sendirian.
Mungkin sebab aku ni memang bodoh. Kadang-kadang sampai kena ada kawan aku
pergi balik dari tadika. Hm… sampai la aku sekolah menengah, aku ada kawan yang
ajar aku untuk hidup. Tapi masih lagi buta arah. Mungkin tu tak dapat nak
hilangkan. Haha. Sekarang ni dah kira bersyukur sikit sebab aku boleh jaga diri
aku walaupun susah aku nak hidup bersendirian bila dah jauh dengan family ni.
Tapi aku kena buat begini sebab sampai bila lagi aku nak jadi bodoh dan hidup
dengan keluarga aku. Sampai bila bila pun aku takkan belajar erti hidup kalau
aku tak keluar dari keluarga aku.
Orang kata, bila kita hidup tanpa ibu atau bapa, lagi cepat
kita akan jadi matang. Tapi matang dari segi kehidupan dan sosial. Bagi
pendidikan pula, kita tetap akan bodoh. Terutama bila kita hidup dalam keluarga
yang susah. Orang anggap kita bodoh. Kalau yang kaya tu mungkin juga la ada
masalah yang sama. Aku ada beberapa orang kawan aku yang bodoh dan tak
berpendidikan tinggi. Richard (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang
berada tetapi perniagaan ayahnya telah menurun dan menyebabkan jatuh bankrup. Ayah
dan emaknya lari ke luar Negara dan tinggalkan dia adik-beradik bersama
neneknya yang uzur ketika dia berumur 12 tahun. Oleh kerana pendapatan neneknya
tak mencukupi, dia terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja menyara keluarganya
itu. Dia tak kisah bekerja keras. Dia tak kisah dia bodoh dan tak
berpendidikan. Tapi dia mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya. Dia nak adiknya
menghabiskan pelajaran mereka disekolah. Setelah sekian lama mereka hidup dalam
keadaan serba kekurangan, emaknya pulang ke Malaysia untuk menjaga mereka
semula. Ayahnya pula masih kerja diluar Negara kerana ada perniagaan yang
bagus. Sekarang ni aku tak tahu la aku nak kasihankan mereka atau nak anggap
mereka bodoh. Sebab semua adik beradiknya tak habis belajar pun. Mereka lebih
suka kerja daripada belajar. Tak kisah la. Dia sekarang ni selalu ke luar Negara.
Dia bagitahu aku, tak kisah bodoh mana pun, kalau tahu bertutur dalam bahasa
lain terutama bahasa enggeris, kita boleh pergi jauh. Aku rasa, aku masih lagi
bodoh dari dia. Hehe.
Aku terfikir juga, kalau aku tak berpendidikan, takkan aku
jadi diri aku sekarang ni. Ya, memang semua orang bodoh tapi kalau mereka usaha
nak faham dan belajar sesuatu, mereka akan pandai juga. Tapi ini dunia yang
nyata, orang pandai akan terus pandai dan orang bodoh akan terus bodoh. Itu lumrah
kehidupan. Tuhan dah takdirkan macam tu. Kita nak halang pun tak boleh, sebab
tuhan dah jadikan kita bodoh dan tak melebihi kepandaian tuhan pun. Itu la
manusia.