Sejak
kebelakangan ni aku asyik mimpi pasal budak je. Macam dah jadi drama bersiri
pula. (padahal baru mimpi 2 kali). Bulan lepas dan bulan ni. Cerita yang sama
cuma mimpi yang kedua ni ada tambahan sikit. Aku tak tahu la samada ini akan
berlaku atau tak. Mimpi kan cuma mainan tidur je. Takyah nak percaya sangat.
Cerita mimpi aku tu berkisahkan
seorang bapa ni jatuh miskin dan kehilangan isteri baru baru ni. Dia mempunyai
seorang anak lelaki berumur 2 tahun. Dia bercadang nak ke luar negara untuk
mencari kehidupan baru di sana dan pada masa yang sama, dia ingin hantar anaknya
ke rumah neneknya yang tinggal keseorangan dikampung. Dia nak minta tolong adik
beradiknya tapi tak mahu sebab masa dia kaya dulu, dia tak menghiraukan
permintaan daripada adik beradiknya. (berlagaknya). Jadi, dia malu nak minta
tolong pada mereka dan minta tolong pada emaknya. Emak dia pun tak kisah tapi
emak dia takut bila emaknya tiba-tiba pergi, apa yang akan jadi pada cucunya
nanti. Anak dia percaya pada emak dia yang mampu terus hidup dan tunggu
kepulangan dia nanti. Habis cerita tu.
Oleh sebab mimpi, so, tak tahu
masa sebenar keadaan tu. Aku tokok tambah je la kan. Lepas beberapa bulan, aku
muncul dalam cerita tu. Aku tengok makcik tu membawa budak kecil kehulu
kehilir. Mengeledah sampah dari rumah ke rumah mencari tin kosong, botol, kotak
serta barang yang boleh diguna untuk dijual bagi menyara hidup mereka. Aku
seperti kenal makcik tu. Aku tegur makcik tu. “Aunty Rin. Dah lama tak nampak
makcik kat restauran. Aunty dah berhenti kerja?”. Makcik tu melihat aku dengan
dekat. Mungkin sebab dia dah makin rabun. Dia ingat sesuatu. “Haiyaa. Lu Faez
rupanya. Aunty ingat mamat korea mana mau tackle wa ni.” (oleh sebab makcik tu
punya loghat cina sangat baku, so, aku translate untuk korang senang faham) Aku
ketawa. Sambungnya lagi “Wa sudah tua woo. Diorang suruh wa berehat kat rumah
saja.” Bila aku dengar makcik tu diberhentikan, aku rasa kasihan pula. Aku
tukar topik.
Aku perhatikan ada seorang budak
laki bersama makcik tu. Aku pun menanyakan siapa gerangan budak itu. Makcik tu
mengatakan budak tu cucu dia. Dia kena jaga budak tu atas permintaan anaknya
yang berada diluar negara. Aku terfikir, kenapa anaknya tinggalkan mereka tanpa
bagi nafkah dan membiarkan emak dia bersusah mencari rezeki untuk menyara
mereka berdua. Aku faham keadaan mereka. Sejak hari tu, aku sara budak itu.
Sampai dia bersekolah. Aku panggil budak tu Jason atau Theo. Ntah la. Mimpi je,
aku mane ingat sepenuhnya. Dia dah anggap aku macam ayah dia dan panggil aku
papa. Rasa macam terharu je. Aku jemput dia kat rumah hantar pergi sekolah.
Bawa dia dan makcik tu pergi berjalan bila aku cuti.
Bila dah sampai penghujungnya,
tiba-tiba bapa dia muncul. Bapanya ingin mengambil semula anak dia. Tapi aku
perasan yang bapanya tiada perubahan. Miskin dan tak mampu nak sara anaknya. Tapi
dia nak juga bawa anak dia bersama ke luar negara. Anaknya berbelah bagi sebab
dia saying aku lebih dari bapa dia. Aku dan bapa dia bergaduh. Then…cerita tu
tergantung macam tu je. aku pun tak tahu apa yang jadi. Sebab aku dah terjaga
dari tidur untuk pergi ke kerja.
Aku terfikir, biarpun mimpi tu
cuma mainan tidur, tapi aku rasa happy dengan apa yang aku alami masa tu. Ye la
kan, bukan tentu ia jadi realiti.
No comments:
Post a Comment