Apa yang
anda rasa bila Malaysia dimana negara yang suhunya panas tiba-tiba menjadi sejuk
membeku dibawah 0 celsius??? Mesti ada yang fikir dunia akan khiamat. Dan ada
juga fikir bagus untuk mereka sebab tak pernah tengok salji turun. Haha.
Tapi bila dah turun salji,
perkara pertama yang akan heboh dalam laman social, “Tuhan turunkan bala” atau “Dunia
nak khiamat. Banyakkanlah beramal”. Selalunya yang post macam tu orang yang
alim atau ustaz atau yang terbaru, bomoh 1malaysia. Yang takleh blah bila last
sekali dia tulis, “Kalau anda ingin dirahmati tuhan, sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’.”
Haha. Aku pun tak tahu nak kata apa. Ketawa pun ada. Kesian laginya la. Golongan
kedua yang paling havoc, bila selfie dengan salji dan bagitahu dunia yang Malaysia
turun salji. Haha. Tu aku suka. Rasa berlagak plak macam tempat lain tak turun
salji. Lepas tu pula, ramai la VLOGer buat video nak cari publicity murahan. Tu
aku tak kisah la. Tapi yang kelakarnya, bila seorang tu buat video pelik je,
ramai yang buat parody. Tu lagi ramai orang yang LIKE. I LIKE TOO. Tak pasal
pasal orang tu popular. Jadi celebrity partime. Haha.
Kisah dunia laman social ni
takkan habis. Bila seorang bawa mulut, ramai yang share. Lepas tu, ramai yang
jadi juri tak berbayar bagi komen yang bukan bukan. Tu la dunia. Bila tanya aku
pula apa yang aku rasa, aku akan kata
The Cold Never Bother Me Anyway. (feeling lagu Let It Go dalam cerita Frozen). Haha.
Well, pertama kali aku akan kata yang aku suka sangat winter sebab memang dah
sebati dengan diri aku. (cewah. Berangan lebih). Padahal tak tahan dengan
sejuk. Haha. Boleh tak aku nak main salji yang tak sejuk??? Ko ingat ko tuhan,
suka suka boleh buat fenomena ikut citerasa ko??? Haha.
Bila ada salji, perkara aku nak
buat nanti, snowfight dengan kawan kawan aku. (aku ada kawan ke?). Lawan sampai
penat. Lepas tu baring atas salji, then gerakkan tangan dan kaki tinggalkan
kesan angel ala-ala mat Salleh tu. Bestnya
tapi demam seminggu sebab sejuk sangat. Haha. Nak statue ice tapi tak pandai
nak ukir. Tengok je la statue ice yang orang lain buat. Pada waktu malam pula,
ada event ukiran ice sambil dihiasi lampu bewarna warni. Jalan pula dengan si
dia sambil berpegangan tangan. Bestnya. (tinggi sangat imaginasi). Tapi tu pun
kalau Malaysia turun salji.
Ada iklim sejuk bukanlah teruk
mana pun. Cuma nanti pergerakan dan sumber makanan susah nak cari. Nanti mula
la semua harga naik. Sebab bekalan terhad. Orang kaya terus kaya, orang miskin
makin miskin. Tu la pepatah untuk keadaan
macam tu nanti. Akhir kata, harap Malaysia turun salji. Amin.
No comments:
Post a Comment