Sebelum
ni ada beberapa percutian yang aku pergi dalam tempoh aku tak tulis blog ni. Tapi
mungkin nanti aku ceritakan. Aku ceritakan dahulu percutian yang baru-baru ni
aku pergi bersama dengan orang tersayang. Ceewaah. Percutian kali ini aku
bercuti di Cherating. HUH??? Ada apa di sana? Buang masa je. Oh tidak sama
sekali. Aku pergi ke sana untuk mandi pantai la. Haha. Percutian 3 hari 2 malam
yang sangat menyeronokkan.
Hari
pertama. Sabtu, 12hb April 2014. Pagi tu aku bangun awal. Dalam pukul 8 pagi
rasanya. Aku bersiap semua dan jemput si dia. Pukul 11 lebih baru kami bertolak
ke Cherating. Dan akhirnya sampai kat sana pada pukul 4. Rasa macam lama je
kan. Sebab aku drive lambat sambil tengok waze. (kanak-kanak dilarang melakukan
aksi tersebut. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah dilarang). Haha.
Resort yang aku pergi adalah Legend Resort Cherating. Si dia yang booking
seminggu awal. Nasib baik ada bilik lagi. Aku check in dan guess what, I got
room near to the pool. Yeah…eh??? Bukan ke patutnya dekat dengan pantai? Yup. Memang
dekat dengan pantai juga. Mulanya aku ingat nak berehat dalam bilik dan mulakan
aktiviti pada hari esok. Tapi hari masih cerah dan ramai orang pula tu. Aku terus
bersiap memakai pakaian renang dan pergi ke pantai. Aku bermain di tepi pantai
sambil sepak air laut. Macam budak-budak. Lepas tu buat tulisan kat atas pasir.
Tulis I Love Cherating. Romantik la sangat. Dah puas main air laut, aku pergi
ke resort dan mandi kolam saja. Sebab dah lewat petang sangat. Angin kuat. Ombak
pun makin kuat juga. Mandi kolam pun jadi la. Hehe.
Malam tu
kami buat keputusan nak makan Restauran Intan Seafood tapi bila kami cari
menggunakan waze, langsung tak jumpa tempat tu.
Ghaib bin misteri. Last last kami balik semula ke resort cari restauran
ikan bakar yang terdekat. Restauran Seri Mahligai kununnya sediakan makanan
yang sedap dan cepat. (mengikut komen dari bloger lain la). Tapi memang cepat
dan sedap. Nak tau ke apa yang aku order? Takyah la, nanti terkejut pula
korang. Kalau nak datang sana nanti, cakap je nak menu special. Nanti dia
bagitau la semua yang special kat situ. Harga pun boleh tahan. Hehe. Lepas makan,
terus balik ke resort. Aku lepak kat pantai sekejap untuk tengok bulan penuh
malam tu. Cantiknya. Kedengaran orang berkareoke. Rupanya ada live band. Ada 3
penyanyi perempuan yang dibayar mahal untuk layan orang malam tu. Haha. Ingat nak
lepak kat situ, tapi si dia dah penat nak tidur. Dia malas nak keluar. Aku pun
balik ke bilik tidur juga la.
Hari kedua.
Aku bangun awal untuk makan breakfast. Makanan agak sedap dan banyak pilihan. Sudah
tentu la aku makan ala ala western. Haha. Keluar awal pagi pun still ada orang
yang lagi awal keluar untuk breakfast tu. Penuh café tu. Nasib baik aku dapat
tempat. Lepas makan tu, balik ke bilik untuk berehat seketika. Lepas tu, terjun
laut dan kolam. Haha. Tengah hari tu berhenti sekejap untuk makan lunch. Kami makan
kat luar sebab menu kat situ agak western dan mahal juga la. Kami pun keluar
dan makan kat tepi pantai. Minum air kelapa yang baru di petik (kunun je la)
dan sangat besar pula tu. Boleh minum untuk 2 orang. Tapi kami order seorang
satu. Berlagakkan??? Haha. Lepas puas makan dan selfie, kami balik. Petang tu
sambung mandi laut dan kolam lagi. Yeah. Memang penat asyik berenang je. Tapi sangat
seronok main air pada tengah panas tu.
Kami keluar
untuk diner pula malam tu. Nak makan kat resort pun menu tak seberapa dan mahal
pula tu. Jadi makan kat luar juga. Mulanya nak makan kat tempat yang sama, Seri
Mahligai tu, tapi nak rasa kat restauran lain, makanlah kat restauran Pak Su
Seafood. Malas nak komen lebih lebih. Tapi yang pasti, tak berapa sedap dan
servis lambat. Balik ke resort lepas tu membebel pasal restauran tu sampai
tidur. Haha.
Last day,
macam biasa, bangun awal untuk breakfast. Banyak pilihan dan aku sempat pilih
tempat yang romantik. Haha. Lepas kenyang,
balik ke bilik dan kemas barang untuk check out. Itu la kisah aku di Cherating.
Percutian yang tak seberapa. Sesuai untuk berehat bersama keluarga. Mungkin apa
yang dirancang tak menjadi. Tapi apa yang dilakukan adalah sangat beharga. Rasanya
aku tak perlu nak minta lebih lagi untuk percutian akan datang. Sebab ada
perkara yang dijanji bukan boleh ditunaikan seperti apa yang diminta. Terima saja
keadaan itu dan berseronok la dengan masa yang diberi. Next trip, Johor?
Kelantan? Or Sabah? Maybe. Haha.
No comments:
Post a Comment