Wednesday, April 2, 2014

Lover to be love…!!!

Aku dah lama tak karang cerita sebab kisah terakhir aku berakhir dengan tragis yang aku rasa sangat sedih sekali. Masa last memori aku untuk publishkan cerita baru, bekas kekasih aku putus tanpa kata. Bab kata lain, aku ditinggalkan tanpa sebab dan alasan. Si bodoh tu diam tidak menghiraukan aku sampai aku sendiri rasa kosong dan tak terurus. (Takde la. Aku tak rasa apa apa pun sebab dah biasa dengan cinta palsu ni). Well, malas nak fikir pasal si bodoh tu. Aku dah mulakan hidup baru.

Dalam tahun 2012 aku hidup merana. Setiap kali aku couple, mesti tak tahan lama. Paling lama pun sebulan. Aku tak tahu la sebab aku tak pandai layan mereka, atau mereka tak pernah bersyukur dapat lelaki yang baik dan setia seperti aku. (Aku rasa sebab yang kedua tu). Hehe. Sehingga la aku kenal si dia dalam satu laman sosial ni pada hujung tahun 2012. Dia ni biasa biasa saja. Macam manusia biasa cuma aku anggap dia ni sangat special.

                Masa mula perkenalan kami, sebelum kami berjumpa, kami hanya chating dalam internet dan juga selalu BBM. Dia selalu merendah diri. Banyak kekurangan dan mungkin tak sesuai dengan aku, katanya. Kadang kala aku buat joke tiap kali dia merendah diri dan kadang kala aku serius memujinya supaya tidak merendah diri. Dan satu masa itu, kami masing masing mahu jumpa face to face untuk kenal lebih rapat lagi. Masa tu dia dan aku sama sama cuti. So, boleh la jumpa. Hehe.


                Tarikhnya adalah sehari sebelum tarikh lahir aku, 27hb Januari 2013. Masa tu hari ahad. Hari aku pertama kali jumpa dengan dia. Dan aku lupa juga aku dah janji dengan abang angkat aku yang kami sepatutnya lepak bersama. Tapi alang alang tempat yang kami nak jumpa sama dengan tempat aku nak jumpa abang aku tu, aku buat keputusan untuk keluar bersama. Masing masing takde bantahan. Hehe.

Kami berjumpa di Times Square. Abang angkat aku tu bawa lover dia sekali. So, kira ok la double date. Haha. Dan si dia, mula aku ternampak dia, aku dah fikir, “oh, dia pilihan aku yang tepat. Mungkin kami boleh kekal selamanya”. Well, apa yang aku harapkan, masih berlaku sampai sekarang. Dah lebih setahun kami bersama. Aku memang bersyukur pada tuhan. Walaupun ini mungkin ada banyak halangan yang kami kena hadapi bersama, aku akan terus bersabar. Sebab aku tahu, tuhan nak uji hamba dia.


Mesti korang tertanya siapa si dia yang aku maksudkan, aku rasa bukan masanya lagi. Biarlah rahsia. Hehe. Jumpa lagi di cerita seterusnya. Bye.   


No comments:

Post a Comment