Wednesday, December 7, 2011

Dreaming Again

Semalam aku bermimpi sesuatu yang tak pernah akan berlaku dalam hidup aku. Sesuatu tentang masa depan aku. Ia takde la pelik atau mengembirakan. Cuma sesuatu yang takkan berlaku dalam hidup aku je.

Apa??? Cepat mulakan cerita??? Haha. Sabar ok. Korang ni langsung tak bertauliah la (takde kaitan pun). Aku nak cerita la ni. Bermula dengan diri aku yang sedang berjalan dalam kesesakan orang ramai. Semuanya warna kelabu. Aku jalan keseorangan macam orang bodoh je. Pandang kiri kanan macam nak seseorang teman aku tapi takde seorang pun berani nak mendekati aku. Malah memandang aku seperti aku ni alien. Haha. Takde la. Gurau je. Diorang pandang aku macam aku ni orang asing. Setiap langkah kakiku kehadapan, aku menitiskan air mata, dan salah seorang disekeliling aku bertukar menjadi patung ais dan pecah berderai terjatuh diatas jalan tu. Aku cuba menjerit tapi suara aku langsung tak keluar. Masa tu aku fikir, aku hanya bawa bala untuk semua orang. Aku rasa bersalah tapi ia tetap berlaku setiap kali aku melangkah. Bagai sesuatu yang menyuruh aku kehadapan untuk terima hakikat yang semua itu adalah takdir aku.

Tiba-tiba muncul seseorang menghulurkan tangannya untuk membantu aku. Aku langsung tak ingat muka dia macam mana. Tapi bila aku pegang tangan dia, rasa hangat dan selesa. Kami berdua berjalan seiringan. Semuanya bertukar menjadi bewarna. Aku tersenyum lebar. Aku terus jalan kehadapan bersamanya. Aku perasan sesuatu. Aku berhenti dan menoleh ke belakang. Semuanya membeku menjadi ais batu. Orang yang bersama dengan aku tu berkata, “Tak perlu la melihat ke belakang yang membuat aku menderita selama ni. Mereka semua hanya la orang yang dulunya menghancurkan hidup kau. Mereka akan dapat balasan mereka. Dan kau ada aku. Sama-sama kita hidup bahagia dihadapan.” Aku tersenyum.

Aku terjaga dari tidur. Dalam pukul3 rasanya. Perkara pertama aku fikir masa tu hanyalah si dia. Aku cuba nak call dia samada dia ok atau tak. Tapi bila difikirkan semula, aku hanya mampu melihat phone aku saja. Dia tak mungkin akan jawab panggilan aku (dia marah kat aku dan langsung tak hiraukan aku sekarang). Bila aku fikirkan semula, mimpi tu hanyalah mainan saja. Tak mungkin ada orang yang sebegitu mulia mahukan aku untuk hidup bersama selamanya dan menghapuskan segala memori buruk aku. Tak kisah la. aku terima apa yang aku ada sekarang dan aku tak pernah menyesal setiap kali aku bersama dia. Aku harap dia la orang yang akan hidup kekal bersama aku. Bless…

Sunday, December 4, 2011

Seribu Impian (^_^)


Semua orang ada angan-angan masing-masing. Macam tak sedap pula ayat tu. Impian la kan. Sedap sikit bunyinya. Ok ok. Impian setiap orang adalah berlainan walaupun banyak yang copy and paste. Haha. Walaupun hanya la impian, kalau usaha betul-betul, pasti akan dapat juga. Ye la kan, hidup ni cuma sekali je. Kalau ada masa terluang tu, dan mampu, cuba la tunaikan impian tu. Lagi mulia jika kita tolong tunaikan impian orang lain. Macam aku tengok cerita Kamen Rider dan UP. Rasa terharu pun ada. Walaupun cuma impian yang bodoh, mereka gigih untuk capaikan hajat mereka tu.


Aku pun ada impian aku sendiri. Ada yang bodoh dan ada juga yang romantik. Hehe. Malu pula aku nak cerita tentang impian aku. Apa yang aku nak sangat ialah 13 perkara (sebenarnya ada banyak lagi. Tapi kalau ikut priority cuma 13 je). hehe.

Ini adalah antara 13 perkara yang aku impikan.
1. Main salji
2. Melancong kat Jepun/Korea
3. Teddy Bear yang besar
4. Rumah (semestinya)
5. Kereta (semestinya)
6. Butik Pakaian Sendiri
7. Restauran/Kedai Roti&Kek
8. Naik Ferris Wheel
9. Belayar atas Cruise
10. Bercuti kat pulau

Lagi 3 dirahsiakan. Haha. Yang ni memang nampak macam biasa je. Tapi ni apa yang aku impikan. Susah nak dapat. Sebab kekurangan bajet sekarang ni. Terpaksa sabar untuk mengumpul harta. Dah lebih dari apa yang mampu nanti, tercapai juga la semua impian aku tu. Korang ada impiankan, cuba la tunaikan ok. Nanti dah mati, menyesal pun tak guna juga. Hehe. ;p

2 bulan yang perit...

Selama 2 bulan ni (ikut tarikh last blog aku), banyak dugaan aku hadapi. Aku terima kasih sangat ada sesetengah insan yang mulia menolong aku. Yang lain tu, hm…hampeh. Manusia biasa la. Bila nak minta tolong, macam-macam janji. Bila nak minta tolong balik, macam-macam alasan. Haha. lantak la korang.

Dalam tempoh tu, masalah memang ada tapi lagi teruk yang aku dapat. Mula dengan kes percintaan, biasa la, sikit-sikit gaduh, minta putus. Lepas tu couple semula. Putus balik. Couple yang baru. Putus lagi. 330. Penat betul nak layan. Tapi apa nak buat. Dah nasib. Sekarang ni ok walaupun dia ni garang sikit. Masih boleh bersabar lagi. Tak kisah la kan. Asalkan kami happy (^_^).

Lepas tu dengan kes adik angkat aku buat hal. Dah la ada masalah dengan kawan aku, lepas tu nak libatkan aku pula. Memang nak mampus betul la. Ko dah pandai-pandai couple dengan kawan aku, nak bawa masalah kat aku pula. Sorry la dik oiii, aku tak dapat nak ambil kes ko ni, bahagia la dengan rumahtangga korang ek.

Then, kes pecah rumah. Macam sial je. Habis laptop dan handphone aku kena kebas. Tu tak penting sangat, yang paling penting, data dalam tu. Dah la takde backup. Hilang macam tu je. Tapi takpe la. Lagipun aku dah binding barang aku tu. Orang yang bukan miliknya, apabila mati, soul mereka akan dijual pada aku. huahuahua...(jahatnya aku). Kes tutup. Polis pun ntah apa-apa. Aku buat report macam kertas kosong je. Biar la.

Seterusnya duit aku habis. Bukan sebab apa, cuma bayar hutang je. Tetibe je banyak pula orang minta duit. Terus pokai aku. Sengsara aku sekejap. Nasib baik ada kawan-kawan aku yang menghulurkan bantuan. Mereka belanja aku makan je. Nasib baik la aku ada kawan yang tak berkira sangat dengan aku. Takpe, nanti aku belanja mereka pula.

Ada juga masalah kecil tapi tak perlu la nak ceritakan sebab tak penting. Bila ada masa susah, mesti ada masa senang kan. Ya, banyak masa senang aku dengan kawan baik aku. walaupun mereka bersusah payah balik dari overseas semata-mata dengar aku susah, sanggup diorang minta cuti sebulan untuk balik ke KL untuk jumpa aku.

Rasanya itu sahaja yang boleh diceritakan sekarang. Mungkin ada 1-2 cerita yang terlepas. Tapi tak kisah la, nanti aku akan ceritakan juga.

Farrell : The New Beginning Part 2

Woah…last update pada 10 oktober lepas. Lama juga ek. Mesti korang rindu cerita aku kan??? (motif sangat). Bukan apa, sibuk sikit la. Lepas tu kekurangan idea nak bercerita (padahal sibuk dengan lover aku). Haha. Tapi takpe la. Sekarang ni aku mulakan beroperasi aku untuk memblog lagi.

Enjoy la ek…(saje nak mukadimah sikit. Cerita sebenar kat blog seterusnya ok.) haha… ;p

Monday, October 10, 2011

A Day Out...(^_^)

Setelah sekian lama, akhirnya dapat juga aku keluar ke KL bersama kawan aku (padahal baru je seminggu). Ye la kan, minggu tu banyak sangat hal. Banyak sangat problem. Tapi tahu tahu je la kan aku ni macam mana. Semuanya undercover. Perlu ke aku nak tunjukkan masalah aku kat semua orang. Kann…

Aku dah ajak hampir 1000 orang untuk hang out dangen aku kat KL (sebenarnya dalam 50orang je). Seorang demi seorang aku ajak, semuanya ditolak mentah-mentah dengan sejuta alasan. Alasan bodoh pun ada. 10 alasan paling bodoh aku terima : -
Ke-10 : Minggu lepas baru aku keluar. Dah pokai ni. Ko takyah la belanja aku. segan aku la.
Ke-9: kalau nak pergi kat tempat tu boleh je. kat tempat lain aku taknak.
Ke-8: ala…ko lambat betul bagitau. Kawan aku dah ajak aku kuar dulu tapi aku pun tak tau nak kuar ke tak. Sekarang ni pun dah tengah pokai.
Ke-7: Aku kena teman adik aku dating dengan boyfriend dia. Takut bf dia buat bukan-bukan kat adik aku.
Ke-6: hm…rasanya tak dapat la. aku kena jemput adik aku kat kolej. Lepas tu aku kena hantar service kereta aku sabtu ni.
Ke-5: maaf la, awek aku tak bagi aku keluar. Aku sayang kat dia. Sebab tu la aku kena ikut cakap dia.
Ke-4: Mak aku marah la. aku asyik kuar malam je. rasanya memang mak aku tak bagi aku kuar sabtu ni.
Ke-3: Bosan la. puas Satu KL aku jalan. Bukan ada apa pun.
Ke-2: Aku nak study. Bulan depan dah exam.
Ke-1: Aku nak kuar dengan mak aku. mak aku ajak shoping Ahad. Hari sabtu ni aku kena duduk kat umah je.
Kalau dengar cara diorang cakap alasan yang diorang bagi tu, korang mesti rasa nak bagi penyepak je kat sorang-sorang tu. Aku faham sangat perangai diorang tu. Kalau nak menipu pun agak-agak la kan. Tiap kali ajak keluar, alasan yang sama saja aku dengar. Biarlah. Aku bukan kisah sangat pun.
Akhirnya, ada juga orang yang boleh diharap. Dia nak keluar pun sebab kena beli barang. Alang-alang dia nak keluar, aku pun ikut la dia sekali. Hehe. Merata kami jalan. Dari Times Square ke Pavilion. Lepas tu Uturn semula ke Times Square. Haha. penat berjalan saja. Sampai tak ingat dunia.

Sepanjang aku kat KL tu, banyak aku terserempak dengan kawan aku tapi semuanya buat bodoh je. ye la kan, duk kat KL ni orang kenal, semuanya jadi tak kenal. Sombong ala-ala diva. Masing-masing taknak tegur takut salah orang kunun. Haha.

Apa-apa pun memang agak best juga. Tapi yang tak bestnya bila fikirkan orang yang bagi alasan bodoh tu. Rasa sakit hati je. spoil mood je. nasib baik bila fikirkan kaki dah sakit, apa pun hilang. Fikir pasal nak balik dan makan je. Huhu. Thanks to my BFF. Lain kali kita kuar gi shoping jauh-jauh pula. Jepun ke, Korea ke, mana-mana la asalkan best. Hehe.

Sunday, October 9, 2011

Dia Lain???


Past seven days ago (amboi, speaking pula aku ni), aku agak kesunyian. Bila aku memerlukan seseorang, tak ada orang pun yang dapat hadiri untuk luangkan masa untuk aku. aku mula syak yang ada orang guna binding spell untuk halang orang lain mendekati aku.

Kalau ada orang jampi atau sumpah aku, memang aku awal-awal lagi dah perasan. Tapi sekarang ni baru aku perasan. Mesti orang tu ada kuasa yang tinggi dari aku atau pun guna pengantaraan untuk sumpah aku. Aku rasa sebab yang kedua tu kot. Sebab mana ada aku cari pasal dengan orang tahap tinggi ni. Kecuali budak sial tu. Hm… Takde ape la. Bukan dia kot.

Tapi bila fikirkan, 7 hari nasib aku agak malang. Nasib baik aku boleh cover balik malang aku tu. Cuma nasib tu dibawa kepada ‘kawan’. Maksud aku, kawan aku takde yang nak lepak dengan aku. even mereka langsung tak sibuk, bila aku ajak hang out, mereka tolak. Hm…kalau ikut sebab asal, tak mungkin aku akan salahkan tuhan sebab buat nasib aku macam tu (sampai satu masa nanti semua manusia akan salahkan tuhan). Tapi masa tu belum datang lagi. Mungkin masa tu dunia nak kiamat dah.

Dah la. Melalut panjang pula. Berbalik dengan cerita asal. Minggu ni memang takde orang pun yang ajak keluar hang out kecuali ada seorang yang bergelar kesatria. Eh, bukan la. bergelar kawan je. aku pelik sebab dalam minggu ni aku hanya keluar dengan dia saja. Kenapa dia je yang tak lali dengan sumpahan aku ni? Pelik. Mungkin dia dari keturunan kesatria yang hilangkan diri dulu (imaginasi aku memang tinggi ok). Atau mungkin sebab tuhan takdirkan hanya dia saja yang boleh bersama dengan aku. Knight dan Wizard, bergabung. Jadilah, Kamen Rider W. Haha.

Sekarang ni hanya bergantung pada dia saja untuk ajak hang out sama-sama. Dan aku miss someone juga. Dia pun selalu hang out dengan aku. Tapi sekarang ni terpaksa tunggu dia balik dari Sabah. Hm…

Friday, October 7, 2011

Couple Ring

Couple Ring dah menjadi lumrah kehidupan manusia apabila sepasang kekasih ingin menunjukkan hubungan mereka yang selama ini sangat mencintai masing-masing (kunun tu bha mau nunjuk sama orang yang blum couple). Haha. Bagi aku takde la penting mana pun cincin tu (sebab sakit jari la nak pakai selamanya). Tapi bagi perempuan, ia adalah sangat penting dalam hidup mereka kerana itu saja yang buat dirinya dihargai oleh teman lelakinya (ofcos la. Mahal siot nak beli cincin ni. Kalau satu takpe. Ni kena beli couple plak).

Masing-masing mesti ada pengalaman dan kenangan waktu beli cincin couple dulu kan. Selama aku couple ni, hanya sekali saja yang aku pilih dan beli cincin sendiri untuk lover aku. Dulu hanya my ex yang pilihkan dan ada juga yang belikan. Agak kelakar juga la bila teringatkan kenangan dulu. Rasa malu pula nak ceritakan. Hehe.

Aku ceritakan la. Bermula dengan my ex yang pertama. Cinta Monyet masa sekolah dulu. Nama dia Dani (bukan nama sebenar). Takyah la aku nak ceritakan macam mane aku kenal ok. Masa dulu cinta monyet je. suka suka je. I lap u, u lap me. Macam tu la. Masa kitorang beli cincin couple dulu, kitorang mane beli kat Malaysia beb. Wa cakap lu, kitorang beli kat Jepun ok. Ala-ala cerita winter sonata. Haha. Sebenarnya masa tu pergi ikut Family Trip keluarga dia. Ayah dia yang ajak dan support semua untuk aku. Memang best giler masa tu. Dah dah, berbalik semula cerita asal. Apa la korang ni. Buat aku lari dari landasan plak. Hehe. Takde la. sory ok. Masa kami jalan-jalan kat satu bazar, Dani ternampak gerai jual aksesori. Ternampak la cincin biasa dan simple. Harganya masa tu tak mahal pun, 5500yen rasanya untuk sepasang. Yang belikan tu mak dia. Haha. Sepatutnya aku yang kena belikan. Tapi masa tu memang dah anggap family dia macam family aku. Jadi, aku dengan tak malunya terima saja la. Lepas tu, kami pergi dinner kat sebuah restauran yang agak cantik sesuai untuk couple. Bila dah ada kat situ, dengan tiba-tiba saja, mak dia suruh aku melamar anak dia dengan cincin yang dibelikan tu. Merah muka aku jap. Parent dia memang sporting. Aku suka tu. Apa lagi, aku sarung cincin kat jari dia dan dia sarungkan cincin kat jari aku. family dia memang dah merestui aku walaupun aku ni bangsa dan agama lain (Dani tu christian).

Dengan my ex aku yang kedua, Fer (bukan nama sebenar). Dia ni seorang yang romantik dan agak sopan ala-ala cina (dia memang cina pun). Kenangan kami berdua memang agak tragis dimana watak utama mengalami kemalangan yang teruk semasa ingin melamar kekasih yang tercinta. Haha. takde la sampai macam tu. Sebenarnya kejadian itu bermula ketika kami dah janji nak jumpa kat KLCC untuk keluar date bersama. Dia sampai awal kat tempat tu. Aku pula masih dalam perjalanan nak ke sana. Akhirnya aku sampai dan nampak dia dengan muka masam (sebab aku lambat 30min. salah train tu la). Kami pun jalan-jalan dan ternampak la kedai silver. Beli la cincin yang dia pilih. Lepas tu kami nak pergi makan dulu sebelum pakai cincin tu. Dan berlaku la satu kemalangan yang tak disangka oleh aku. Aku nak melintas jalan, tetibe je ada motor datang straight je langgar aku. Padahal masa tu lampu merah untuk bagi laluan orang melintas jalan. Aku cuba mengelak tapi tak sempat. Terbaring aku atas jalan. Rasa malu sangat masa tu. Tangan kanan dan kaki kanan aku terseliuh. Aku bangun dan tengok mat motor tu pun jatuh terbukang. Aku tengok dia luka sikit je. elok je dia jalan pergi kat motor dia buat muka tak bersalah. Aku marah sangat. Aku pergi kat budak tu, ambil ekzos motor dia yang tercabut tu, aku pukul sampai tangan dan kaki dia patah pula. Masa tu, sakit pun tak rasa sebab dah marah sangat kat budak tu. Fer datang halang aku. Nasib baik la Fer datang. Kalau tak, dah mati aku kerjakan (aku nampak je baik. Tapi sebenarnya tuhan je yang tahu). Aku tinggalkan budak tu. Malas nak besarkan cerita report polis bagai. Kesian pula budak tu nanti (padahal aku ambil no flat motor dia dan report kat kawan aku untuk selesaikan sampai abih nanti). Fer bawa aku ke hospital untuk dapatkan rawatan. Doktor suruh aku stay kat wad dulu 2-3 hari. Tapi aku taknak atas sebab sebab yang tak boleh didedahkan. Masa kat depan hospital tu, Fer tarik tangan aku dan sarungkan cincin. Hari tu lamaran aku penuh dengan tragis. Aku minta maaf sebab date yang penting macam tu diganggu oleh kemalangan yang bodoh.

Angel adalah my ex yang ketiga. Paling psyko dan gedik. Apa yang dia nak, semua kena tunaikan. Tapi yang bagusnya semuanya telah disediakan dari diri dia sendiri. Dia ni dah la anak tunggal, manja pula tu. Semua yang dia minta, semuanya dapat. Macam mana la parent dia didik dia kan. Tu tak kisah la. sekarang ni nak cerita bagaimana kami dapat cincin couple. Kisahnya seminggu selepas aku minta couple dengan dia. Dia ajak aku keluar date. Semuanya dah dirancang oleh dia. Kami tengok wayang. Lepas tu keluar jalan kat taman KLCC. Lepas tu pergi diner kat hotel. Memang romantik. Yang takleh bla nya bila dia yang lamar aku dengan cincin yang dia beli. Nasib baik la masa diner tu dia dah book seluruh restauran kat hotel tu. Kalau tak memang malu aku ramai orang tengok nanti. Kalau ikutkan memang takde apa yang best atau menarik untuk diingati pasal kami berdua. Semuanya secara paksa. Tak seronok langsung.

Dan akhir sekali, yang sekarang ni, Amber (bukan nama sebenar). Kali ni aku yang pilih cincin. Beli sendiri. Dan post kat dia. Kadang-kadang aku pakai. Kadang-kadang aku lupa. Tapi dia aku takkan lupakan sampai bila-bila. Sebab dia adalah teman hidup aku.

Rasanya itu sahaja cerita pengalaman tentang cincin couple aku. Kalau ada jodoh, mungkin cincin kahwin pula. Tu pun kalau kami akan kahwin la. hm…

Thursday, October 6, 2011

Dilema...(T-T)

Sebagai manusia, memang kita dapat banyak ujian daripada tuhan. Tak kira la kecil atau besar mana pun ujian tu, ia bergantung kepada bagaimana kita akan selesaikannya. Ujian yang diberinya bukannya susah. Sebab semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Bagi aku, banyak perkara yang aku boleh selesaikan. Tapi ada juga yang aku perlu minta bantuan orang lain. Dan ada juga yang aku memang takkan dapat selesaikan sampai bila-bila.

Sekarang ni aku dalam dilema. Apa sebabnya??? Nak tahu juga ke??? Ok la, masalah yang aku terima datang serentak tanpa aku sedari (memang masalah datang tiba-tiba je). situasi aku sekarang ni bermula dengan diri aku (ofcos la. Aku watak utama dalam cerita ni ok). Pada umumnya ada yang tahu aku dah berpunya. Walaupun aku dah berpunya, aku masih cari kenalan baru untuk berkawan saja. Dan mula la ada seseorang yang sudi berkawan dengan aku walaupun dia tahu aku dah berpunya. Nama dia (Nico. Bukan nama sebenar) Dia mulanya takut berhubung dengan aku. ye la kan, takut lover aku tetiba je terjah dia nanti. Tak pasal-pasal perang dunia ke-1387493. Haha. takde la. Aku bagitahu dia yang lover aku tak kisah kalau nak berkawan. Dia pun tak kisah la dan berkawan dengan aku. kami makin lama makin rapat. Walaupun lover aku kadang-kadang cemburu bila aku bercerita pasal dia atau pun lepak bersama dia (sebab lover aku tu duk jauh), tapi kami tak bergaduh sampai melarat nak putus pun. Sebab dia tahu perangai aku macam mana. Betul tak??? Hehe.

Satu masa tu dah tiba (waktu dalam bulan lepas). My ex (Fer. Bukan nama sebenar) tetiba muncul menanyakan khabar aku. memang dengan tak sangkanya dia akan hubungi aku semula setelah sekian lama dia tinggalkan aku. aku dah mula syak sesuatu pada dia. Rupanya memang seperti apa yang aku sangka, dia mahu aku semula dan suruh aku tinggalkan lover aku tu. Pada hari yang sama juga, aku keluar lepak dengan Nico. Rupanya Nico juga dah lama sukakan aku. Dia ingin couple dengan aku biarpun hanya kekasih gelap. Asalkan dapat bersama aku. Aku dah tak tahu nak kata apa masa tu. Hanya terdiam saja. Rasa macam berjuta-juta beban jatuh kat atas aku.

Malam tu macam biasa, aku chat dengan lover aku. Aku ceritakan apa yang berlaku. Bila dia dengar je cerita aku macam tu, dia mula la merendahkan diri. Dia suruh aku buat pilihan yang tepat. Dengan siapa aku boleh bahagia? Dia terima saja apa jawapan aku (mulia betul hati dia. Anak sape la tu ek). Rasa bersalah pula pada dia. Aku janji dengan dia yang aku akan buat pilihan yang betul. Dan aku memujuknya yang aku akan memilihnya untuk pasangan hidup aku. Walaupun masa tu hati aku dah berbelah bagi, aku cuba sukakan dia walau terpaksa. Nico yang aku baru kenal, mungkin senang aku nak lupakan tapi Fer yang aku pernah sayang dahulu, susah aku nak lupakan.

Aku dah bagi jawapan pada mereka yang aku boleh terima mereka sebagai kawan saja sebab aku akan setia pada lover aku. tapi mereka tetap berdegil dan cuba tawan hati aku. Sedihnya bila dah jadi macam ni. Help me (T-T)

Tuesday, October 4, 2011

My Brother’s Wedding


Ramai orang yang tanya soalan yang pelik-pelik bila aku kata abang aku kahwin. Antara soalan-soalannya adalah seperti berikut :
1. Abang ko yang mana?
2. Ko ada abang ke?
3. Abang ko yang nombor berapa?
4. Abang angkat ko ke?
Dan sebagainya la. Haha. mungkin aku tak pernah cerita pasal abang aku, sebab tu la diorang tanya soalan macam tu. Sengal juga la kan. Ntah banyak mana dah aku repeat jawapan yang sama pada orang yang tanya tu. Hm…

Baru ni abang aku kahwin dengan kakak ipar aku, orang KL. Masa wedding belah perempuan, aku tak pergi sebab aku tak tahu macam nak pergi kat sana. Parent aku tak kisah pun. Tapi aku kena balik juga pahang untuk kenduri belah lelaki pula. Banyak la kerja kena buat. Banyak juga la duit kena kuar kan.

Agak meriah juga la. Cuma ada perkara yang buat aku kurang senang masa tu. Tapi takpe. Tu nanti aku cite. Sekarang ni hanya cerita pasal abang aku je. apa-apa pun tahniah kepada abang aku. ntah aku pula bila. Mungkin tak kahwin kot. Sebab aku dengar mak aku takkan restu aku kalau aku kahwin dengan orang bukan melayu. Hm…nasib la. (T-T)

Majlis Open House Raya DRB-HICOM


Baru-baru ni ada open house. Syarikat aku yang buat. Memang tiap-tiap tahun ada. Aku memang gembira sebab tahun ni aku dapat join. Memang happy la. Tapi ada juga yang tak happy. Sebelum majlis tu, aku dengan staffmate aku kena deko deko bersama Eric. Eh, takde la. Deko deko biase ja. Takde host pun. Haha.

Bermula sehari sebelum tu. Kami bertungkus lumus menyiapkan gerai kami. Ye la kan, ada pertandingan gerai tercantik. Kononnya game untuk event tu nanti. Memang menyusahkan orang je. buat gerai biasa pun dah ok. Takyah la nak bertanding pun. Tapi nak buat macam mana, dah ada contest tu. Ikutkan saja la.

Memang penat nak siapkan. Tapi bila sampai saja event tu, ingatkan boleh la menang. Tak pun tampat kedua pun ok la. Tengok tengok tak dapat apa-apa pun. Sedihnya tapi seronok juga. Sebab banyak makanan. Asyik makan je dari mula majlis sampai habis. Haha. dan yang paling best, banyak juga orang yang aku perasan. Yang tak penah nampak pun ada juga. Tak sangka selama ni aku boleh tak perasan mereka semua. Aku akan cuba kenal mereka. Huhu.

Tahun depan ada lagi. Mesti join juga nanti. Hehe. (^_^)V

Kawanku Punya Hari Lahir

Hari Lahir atau dalam bahasa yang orang selalu sebut, Birthday, adalah sesuatu yang paling penting dalam hidup seseorang. Sebabnya nak tahu bila lahir dan menggenapkan umur pada setiap tahun. Walaupun ia hanya angka, kalau pandai jaga diri, memang nampak muda la selalu. Haha. Dah la, sebenarnya nak cerita pasal kawan aku.

Bulan lepas birthday dia (bulan september). Nama dia Afham. Salah seorang mask rider Joker (haha, gurau je) . Dia tu kawan aku kat tempat kerja. Kawan aku main game. Kawan aku tengok movie terutama korean. Dan kawan aku selamanya. Boleh la dikatakan BFF (Best Friend Forever). Masa birthday dia tu, kami sambut bertiga. Dengan awek dia sekali la. Hehe. Aku pula tak tau nak kata apa la, si dia takde kat KL ni. Sedihnya. Tapi tak kisah la. Cuma birthday kawan aku je. bukan birthday aku.

Kitorang sambut kat Redbox. Tu je la tempat yang paling sesuai nak sambut sambil berhibur. Ain beli kek dan aku dengan Am bayar bill redbox la. Ye la, bukan ada orang nak sponser pun. Duit sendiri je la. Huhu.

Last sekali kami bagi hadiah. Suka la tu. Haha. memang hari tu hari yang agak mengembirakan. Seronok dan kelakar. Time tu bila menyanyi la. Haha. bulan ni pula birthday awek dia. So, kena plan lagi. Kali ni nak buat lagi best. Huhu…;p

Berbuka Puasa Di Redbox Sunway

Teringat pula masa puasa dulu. Ada satu hari tu, dengan tak sengajanya berbuka puasa kat Redbox Sunway. Walaupun terpaksa keluarkan duit yang banyak tapi rasanya memang sangat berbaloi.

Masa tu 2 minggu sebelum raya. Pada mulanya, saja ajak kawan-kawan aku buka puasa sekali sebab dah lama tak jumpa. Tapi biasa la kan. Bila ajak 10 orang, yang datangnya seorang je. Tu pun last minute cofem kan. Hm… Nak buat macam pula kan. Yang datang tu cuma Jonny je.

Setelah sekian lama juga tak jumpa si Jonny ni. Dah lama ajak dia datang subang. Akhirnya sudi juga dia datang (sebab aku kata aku nak belanja dia). Dari bas ke KTM. KTM pula ke bas. Begitu la cara dia datang tanpa mengeluh apa-apa (dalam hati tu kutuk macam-macam). Haha. Aku tunggu dia kat stesen KTM. Lepas tu kami naik bas ke Sunway Piramid.

Sampai je Sunway Piramid, apa lagi, pergi mandi kat Sunway Lagoon la. Haha. Gila ape nak main air time puasa ni. Takde la. Kami pergi Redbox dulu untuk book bilik. Lepas tu baru la pergi jalan-jalan kat mall situ jap sementara kami pergi karaoke. Jalan kat situ pun takde la beria sangat. Satu round je. lepas tu kami terus pergi redbox.

Tengok jam awal lagi. Baru pukul5 lebih. Tetibe staff kat situ panggil aku. Ingatkan nak berkenalan dengan aku (awek tu cun giler beb). Rupanya nak bagi aku masuk awal bilik tu. Dapat la extra 1 jam aku bekaraoke. Haha. pukul 6.30 orang dah mula menghidang makanan untuk berbuka nanti. Orang berpusu-pusu ambil makanan. Padahal ada beriban lagi makanan kat luar tu. Macam tak cukup je. (cakap kat orang, diri sendiri pun sama). Apa lagi, memang ulang dua tiga kali la bilik karok dengan tempat makanan tu. Nak tau banyak mana kami ambil, sila refer gambarajah berikutnya. Haha.

Banyak kan? Tu baru mula ambil, belum masuk yang kami tambah lagi. Memang tak cukup meja la sampai letak atas kerusi pula. Haha. apa-apa pun tu la hari yang paling best masa bulan ramdhan hari tu. Walaupun cuma kami berdua saja, itu pun rasanya dah cukup kot. Belum lagi kalau ramai. Memang riuh la satu redbox tu. Aku cuma harap, lain kali aku boleh ajak ramai lagi. Terutama orang yang rapat dengan aku dulu.

Monday, September 26, 2011

Aku Dah Kurus, Buat Apa Nak Pergi Gym???

Biasa orang dengar, orang yang pergi gym ni nak turunkan berat badan. Tapi kalau yang kurus pula nak buat apa? Tu persoalannya. Kita akan membahaskan tentang tajuk tersebut dalam ‘Manisnya Kurma Ini’. Haha. Sengalnya. Takde la. Gurau je la. Sebenarnya nak cerita pasal aku join club gym ni. Pada suatu masa dahulu, selepas zaman dinosour ok. Zaman jahiliah? Eh, bukan tu. Forward depan lagi. Abad ke22? Zaman Doraemon? Pala hotak hang. Tahun 2011 ni juga la. Dalam bulan Julai. Malas nak suruh korang teka. Nanti macam-macam bahasa korang keluarkan nanti. Haha. ok, sambung balik tadi. Mulanya aku dengan kawan aku berjalan-jalan diSubang Parade tu. Ternampak la orang sedang workout kat gym dalam tu. Rasa berminat pula nak masuk tapi apa kan daya, masa tu fikir nak daftar masuk tu mahal sangat. Tengok dari luar je la nampaknya. Tetiba je salah seorang staff situ nampak kitorang dan panggil kami masuk kat gym tu. Mulanya memang taknak tapi bila dengar dia kata ada promosi, apa lagi, masuk dengar la ceramah tak bertauliah diorang tu. Bila dah dengar promosi diorang tu, rasa memang agak mahal juga tapi kalau ikutkan, lagi murah dari club lain. Nak tau apa yang jadi pada kami? Takyah teka la. Kami join juga club tu. Seronok la juga bila ada kawan workout sekali. Bila seorang je, jadi macam kera sumbang pula. Tapi tak kisah la. Aku boleh buat kawan kat situ. Hehe. Selain aku guna barang kat situ, aku masuk kelas dance dan muay thai. Adakala aku pergi Midvalley untuk guna swimming pool kat sana. Jauh pulakan. Harap nanti ada la swimming pool kat subang parade tu. Takyah la aku pergi jauh-jauh. Apa-apa pun, senaman ni kena selalu buat. Bukan saja yang gemuk, yang kurus pun kena juga supaya badan boleh jadi kuat dan sihat. Majulah sukan untuk negara. Hehe (^_^)

Keluarga Baru Aku


Mesti korang akan ingat yang aku dah kahwin ataupun dapat anak. Takde la. Korang ni memang suka fikir bukan bukan. Sebenarnya ada dua ekor yang menjadi ahli keluarga aku. Dua ekor? Apa ke benda tu? Orang ada ekor ke? Haha.

Sebenarnya dua ekor tu adalah hamster. Aku beli sepasang dan aku namakan mereka Fiz dan Mimi. Diorang sangat cute. Aku dah lama teringin nak bela hamster. Sejak kolej lagi aku dah buat plan dengan seorang kawan baik aku, Shazlin. Kami nak beli sama-sama dan jaga bergilir-gilir. Tapi harapan kami hanya aku saja yang tercapai. Dia pula…hm…sibuk dengan hal dunia dia.

Masa aku mula beli hamster tu, aku risau yang aku tak dapat jaga mereka. Tapi bila kawan aku cakap senang je nak jaga dan aku dengar pengalaman dia, terus aku rasa aku pun mampu nak jaga mereka. Semangat beb jaga binatang ni. Cuma kadang-kadang tu agak menyusahkan la bila masuk dalam bab kebersihan. Nak kena mandikan mereka. Nak kena basuh sangkar. Nak kena bagi makan dan tukar air. Tapi bila dah selesai tu, mula la biarkan sampai berminggu-minggu. Hehe.

Masa mereka beriadah (ayat tak boleh bla), aku akan letakkan mereka dalam bola supaya mereka boleh lari dalam bilik aku (bilik aku luas ok. Jangan jeles). Kadang-kadang tu aku akan lepaskan mereka macam tu je tapi kena jaga-jaga la, takut nanti mereka menyorok belakang almari atau meja. Susah pula aku nak ambil mereka nanti. Selalunya, bila aku lepaskan mereka, aku akan biarkan mereka berlari atas badan aku. bila aku berdiri, mereka akan duduk atas bahu aku. walaupun agak menggelikan, tapi bila dah biasa, geli tu dah jadi lali dah. Hehe.

Oh ya, hamster aku dah pernah ikut aku balik kampung. Beraya sekali dengan famili aku. Seronok mereka makan kuih raya. Terutama almond london yang aku buat (mereka suka sebab ada almond dalam tu). Demand betul diorang ni. Aku bagi kuih biasa taknak la plak. Haha.

Apa-apa pun aku memang sayang kat mereka dah aku mungkin akan tambah lagi sepasang supaya mereka takde la sunyi tengok muka berdua je hari-hari. Hehe. (^_^)

Helmetku Excident!!!

Haha. tajuk macam happening je kan. Tapi memang benar. Bukannya rekaan semata-mata. Kesian kat helmet aku. habis patah riuk. Sedih giler aku. nasib baik la tak mati (sebab benda tu memang takde nyawa pun).

Helmet aku ni dah bersama aku selama…hm…sejak aku beli motor aku la. Haha. aku jaga helmet aku ni sama dengan aku jaga motor aku. Dia dah banyak berjasa pada aku selama ni. Pernah aku terfikir nak ganti ARC atau helmet yang berjenama tapi niat tu selalunya luntur sebab aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Ye la, selagi tak rosak, takkan la nak beli yang baru. Membazir je kan.

Ok ok. Korang mesti menyampah aku cerita panjang lebar kan. Sebenarnya korang cuma nak tahu macam mane helmet aku excident kan. Sebenarnya, helmet aku jatuh atas lantai je. besi kat kepala tu dah berkarat sampai patah. Terpaksa la aku sambung dengan tape untuk guna sementara aku beli yang baru. Haha. tu je kisah dia. Tak yah la korang nak khusyuk sangat dengan cite ni ok. Dah la, pergi baca blog aku yang lain plak. Haha. ;p

Aku ke Port Dickson? Lagi?




Ini adalah kali pertama aku berkelah beramai-ramai dengan staffmate aku selama aku kerja ni. Dan kali pertama ni la yang paling seronok bagi aku. Sebenarnya staffmate aku memang dah rancang lama dah.

Bermula pada sabtu tengah hari. Janji dengan semua orang berkumpul kat office tapi biasa la kan, janji melayu. Masing-masing sampai lambat. Haha. Yang pergi hari tu terdiri daripada Azuan dan aweknya, Helmizi dan isterinya, Syahril dan Faizah, Afham dan Ain, adik Afham, Rafie dan tak lupa juga kepada ahli terakhir iaitu aku la. Haha. semua dah berkumpul, kami mulakan destinasi yang pertama iaitu Seremban. Sebab nak jemput ajk tetap iaitu Hafizul. Hehe.

Kami sampai kat Senawang. Kami singgah kat Giant sane. Shopping sakan la kat situ. Sebenarnya beli barang untuk buat BBQ petang nanti. Haha. Pilih punya pilih, akhirnya beli daging, ayam dan sosej je. oh ya, kerang pun ada juga. Lepas tu baru la pergi ke destinasi yang sebenarnya, Port Dickson (sebenarnya pergi berkelah kat Teluk Kemang).

Sampai je kat PD tu,apa lagi, main air la dulu. Berakit rakit ke hulu, berenang ke tepian (takde kaitan pun dengan peribahasa tu). Haha. Main bola tampar. Yang paling best giler, naik banana boat la. Masa jatuh dalam air tu, memang terasa nak cabut nyawa. Nasib baik la kat tempat yang cetek je. kalau tak, mati lemas aku. keluar dalam newspaper nanti, “harapan terakhir diPD”. Tajuk takleh bla la. Haha.



Hari pun semakin gelap. Kami pun mula nak bersiap untuk buat BBQ party plak. Oh ya, dengan tiba-tiba dapat satu panggilan yang memang tak sangka masa tu. Shafiq Ikmar call aku tanya khabar aku. rupanya dia duduk kat Seremban dan ingat nak jumpa aku masa tu. Tapi aku dah ada kat PD. Nak balik ke seremban tu memang lambat lagi la. Haha.

Mulanya kami nak buat unggun api kat area situ, tapi kena halau pula dengan guard kat situ. Terpaksa la tukar tempat lain. Kami pergi ke pantai lain pula. Dapat juga kami buat BBQ kat situ. Sampai 1-2 pagi juga la kami kat situ. Apa lagi, berkhemah juga la kami kat situ semalaman. Dan itu juga 1st time aku berkhemah. Seronok juga tapi tak selesa sangat. Panas dan ada nyamuk. Susah nak tidur.

Pada keesokan harinya kami bersiap untuk balik. Tapi sebelum tu, biasa la, jadi duta kat pantai tu. Bergambar disetiap penjuru. Haha. memang seronok. Tapi yang tak seronok bila dalam gambar tak semua ada dalam tu. Ye la kan, mesti la salah seorang yang kena ambil gambar.

Rasanya itu pengalaman pertama aku dengan staffmate tempat kerja aku. kami akan plan lagi ke destinasi seterusnya. Tapi ntah bila kami akan buat lagi. Tunggu je la. Hehe. (^_^)

10 Days Friend

10 hari berkawan adalah tempoh yang paling singkat aku berkawan dengan orang selama aku hidup ni. Dan aku memang terasa sangat kecewa dengan apa yang dia lakukan pada aku. aku pun ada juga buat salah pada dia. Maybe its fair untuk kami berdua.

Ia bermula akhir Jun dalam tahun ni juga la. Kitorang dah lama kenal dalam laman sosial sebenarnya cuma baru sekarang dapat jumpa. Nama dia Aluin. Dari Sarawak dan sedang belajar diUITM Shah Alam dalam tahun akhir. Orangnya agak peramah dan manja. Cuma banyak rahsia (memang banyak rahsia pun). Masa tu memang susah sikit nak tegur dia. Kalau tegur pun, 5-6 jam baru dia balas. Tapi ntah macam mana, dia boleh balas on the spot mesej aku. akhirnya kami mula rapat dengan hanya bermesej je.

Satu hari tu, tetibe tergerak hati nak ajak dia jumpa. So, ajak la dia pergi karaoke dengan member aku sekali. Pada mulanya dia bagi banyak alasan. Ada hal la. Ni la. Tu la. Tapi aku dah kata aku belanja dan dia pun takde keje sebenarnya hari tu ( aku dah check awal2 dia punya program), akhirnya dia setuju. Haha.

Perjumpaan pertama kitorang kat Redbox Ria Sogo. Dia suka karaoke sebenarnya. Aku ada ajak kawan aku yang lain, tapi biasa la, alasan sebanyak 1 novel penuh. Nasi b baik la ada sorang kawan aku yang nak join. Dia pula bawa kawan dia sorang. Memang seronok. Kelakar pun ada juga. Memang having fun giler giler la waktu tu tapi sekejap je. ye la, hari pun dah gelap. Masing-masing nak balik.

Makin hari makin rapat aku dengan kawan aku tu. Kami berjumpa untuk kali kedua. Masa tu tengok transformers. Dia belanja aku masa tu. Tu la kali terakhir aku jumpa dia juga. Dia dah makin kurang tegur aku. mula tak balas mesej aku. aku fikir ada yang tak kena.

Selepas aku siasat. Aku hantar orang-orang aku kaji semua masalah. Akhirnya baru la aku tahu. Dia baik dengan aku selama ni memang ada sebab. Dia dah buat deal dengan kawan aku sebab nak kenakan aku. Memang sakit hati aku. aku rasa macam sia-sia je aku luangkan masa aku dengan dia. Walaupun aku happy masa tu, tapi aku tak perasan apa yang dia rasa masa tu. Well, bila aku dah kecewa macam tu, apa lagi, pintu neraka memang dah tulis la nama diorang. Nak main bukan masa aku tengah bangun.

Sunday, September 25, 2011

Long Time No See

Rasanya berabad lama dah tak update blog ni. Sibuk sikit semenjak dua menjak ni (padahal malas nak update). Haha ;p. Tak, memang betul sibuk sikit sampai lupa nak update blog ni. Macam-macam hal berlaku selama hidup ni. Ada yang paling mengembirakan dan ada yang paling menyeksakan. Tapi semua tu aku tak sempat nak kongsikan dengan sesiapa kat luar tu (maksud aku pembaca blog ni).

Korang apa khabar? Sihat ke?(ada aku kesah). Haha. Yang penting aku sihat la. Kalau tak, maknanya aku tak update la blog ni. Selama ni hidup aku sengsara sikit la. Bukan sebab hidup terseksa tapi sebab masalah yang datang macam air bah. Kalau datang sekali lepas tu selesai, takpe la juga. Ni datang sekali, tak selesai lagi, datang pula 3 kali. Cam s*** je. Tapi takpe. Aku hadapinya dengan tabah tanpa pertolongan orang lain pun. Yup, kalau tak caya boleh tanya aku. haha.

Apa-apa pun aku dah mula nak update blog aku ni. Kalau sudi follow, lagi bagus. Mana la tahu pengalaman korang sama dengan pengalaman aku walaupun jalan cerita mungkin berbeza sikit. Enjoy your reading ok. (^_^)

Saturday, June 18, 2011

My Top 10 BFF

Best Friend Forever atau dikenali sebagai BFF adalah kawan yang kita anggap rapat dengan kita selama ni. Semua orang ada BFF sendiri kan. Aku pun ada BFF aku sendiri yang aku percaya pada mereka malah aku tak kisah kalau mereka masuk campur hal aku. Aku ada ramai BFF tapi aku hanya pilih 10 saja untuk dijadikan BFF aku. berikut adalah senarai Top 10 BFF aku yang terbaru.

Kita mulakan dari No10. Ayim a.k.a. Ibrahim Zulkafly. Aku kenal dia masa sekolah menengah lagi. Au selalu datang lepak kat rumah dia sebab dia ada PS2 masa tu. Hehe. Sekarang ni kami dah jarang contact sebab dia sambung belajar.

No.9 pula Afiq a.k.a. Mohd Taufiq. Aku kenal dia masa aku duduk kat KL dulu. Dia selalu on je bila aku ajak keluar. Dia orang yang paling senang. Tapi sekarang ni dia sibuk dengan kerja dia sebab dah jadi Manager.

Aedy a.k.a. Mohd Adnan di No.8. AKu kenal masa aku kat Kolej dulu. Dia ni agak kelakar dan suka bercakap. Seronok bila ada dengan dia. Asyik cakap je. Tak bosan. Kadang-kadang, dia cakap macam budak kecil. Membebel satu patah haram pun tak faham. Haha. Sekarang ni selalu juga lepak dengan dia sebab dia belajar kat KL ni.

No.7 adalah orang dari Sarawak. Epul a.k.a. Saifull Akim. Aku kenal dia kat laman sosial. Kitorang selalu berhubung dengan internet saja. Itu je cara yang paling senang. Dia ni layan aku baik sekali. Sampai hal peribadi kami masing-masing dah tahu. Hehe.

Kita masih lagi berada diSarawak. No.6 iaitu Bon a.k.a. Bonney Nicholas. Aku kenal dia pun dalam laman sosial juga. Aku suka chat dengan dia antara semua orang. Sebab kami ada banyak perkara yang sama. Aku dan dia tak jauh beza pun. Masalah yang kami hadapi pun sama setiap hari. Aku bersyukur dengan tuhan sebab dapat jumpa orang yang sama takdir dengan aku macam tu.

Dah lima orang kan. Tinggal lagi lima orang. Tempat No.5 iaitu Sean a.k.a. Bobsen Ofera. Orang Sarawak yang belajar disemenanjung ni. Aku kenal dia pun dalam Laman Sosial juga. Apa yang seronok bila dengan dia ni ialah karaoke. Hehe. Suara dia best ooo…boleh jadi recording singer.

No.4 pula Rozen a.k.a. Rozan Eddy. Aku kenal dia masa aku belajar dulu. Dia asal Sabah dan belajar kat Cyberjaya. Dia macam adik aku. Manja dengan aku dan agak demand. Dia ni anak orang kaya. Tapi dia tak kisah kawan dengan orang macam aku ni. Aku memang besyukur sangat dapat kawan macam ni. Aku akan hargai dia sebaiknya.

No.3 jatuh kepada Jonny a.k.a. Jonathan Lamit. Asal dari Sabah juga yang belajar kat KL. Apa yang best tentang dia? Ntah la. Aku pun tak tahu kenapa aku suka dia. Dia macam ada connection dengan aku tapi aku tahu pakai cable apa. Haha. Aku kenal dia pun masa aku praktikal dulu.

No.2 ialah Am a.k.a. Muhd Afham. Staffmate tempat kerja aku yang paling rapat dengan aku. Dia baik dengan aku. aku tolong dia, dia tolong aku. Ada masa kitorang hang out sama-sama.
No.1 selalu dan selamanya iaitu Sare a.k.a. Mohd Syahril Hafizi. My BFF sejak aku kecil lagi. Ada dia, ada la aku. Tu kalau kitorang ada kat Pahang la. Kitorang banyak share hal peribadi kitorang. Tapi sekarang ni walaupun kami duduk kat KL, kami jarang jumpa. Hanya contact by phone je. Bila time balik kampong, kitorang selalu balik bersama. Hehe.

BFF aku semuanya dari golongan orang baik-baik ok. Kalau ada orang yang cuba hancurkan hubungan aku dengan mereka semua ni, perkara pertama yang aku akan buat, aku pastikan nama mereka dalam list paling depan sekali masuk ke Neraka. Ni sumpah aku yang aku buat dulu. Kedua, aku akan hancur hidup diorang seperti mana aku rasa sakitnya hati aku bila diorang hancurkan hubungan aku dengan mereka ni. Tapi sekarang ni aku tak kisah sangat. Nak hancurkan hubungan aku dengan diorang pun takpe. Tu pun kalau tak takut pada risikonya. Haha. Aku sayang pada mereka semua ni. (^_^)

Kalau Aku Kaya

Sebenarnya tajuk ni dah lama aku nak ceritakan. Sebab macam-macam aku boleh huraikan apa yang aku nak buat jika aku ada banyak duit dan harta. Korang pun akan fikir perkara yang sama kan. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal apa yang aku nak buat kalau aku kaya.

Kalau aku kaya, pertama sekali mesti la aku duduk kat rumah yang besar. Tiga tingkat ok. Macam rumah agam ala-ala rumah ongputeh tu. Haha. Bilik aku kat tingkat atas sekali. Atap kat bilik aku boleh buka untuk aku tengok bintang waktu malam. Dalam bilik aku pula ada ruang tamu untuk aku tengok TV, bilik bacaan untuk aku buat kerja dan simpan barang-barang aku, gym dengan fullset, studio muzik, ofcos tempat tidur katil saiz king (boleh tidur 4 orang ok) dan ada bilik mandi sekali dengan jakuzi yang boleh muat 10 orang. Oh ya, bilik aku semuanya dinding kaca ok. Hehe. Yang lain tu, biar aku saja yang tahu. Seterusnya kita keluar dari bilik aku. bilik aku ofcos la semua kat tingkat 3 tu. Nak turun ada lif ok. Tangga pun ada untuk safety. Hehe. Tingkat 2 pula ada bilik untuk tetamu sahaja. Tingkat bawah pula biasa la, ada dapur, ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bilik yang sepatutnya ada kat tingkat tu. Hehe. Oh ya,kat bawah rumah aku pun ada bilik rahsia ok. Tu aku kena rahsia kan apa yang aku buat dengan bilik tu. Haha. Dah habis dalam rumah. Kita pergi kat luar pula. First thing yang kena ada, ofcos la kolam renang ok (nak buat pool party ok. Pakai bikini only). Haha. Ada garaj kereta (kereta aku banyak ok. Ada 10 termasuk motor dan motorboat). Ada taman dan rumah hijau untuk aku tenangkan fikiran dengan menjaga pokok-pokok yang aku suka. Hehe. Dah habis pasal rumah aku. Ni tentang penghuni kat rumah aku tu pula. Orang gaji aku ada 5 orang (untuk uruskan rumah aku), 1 orang gaji personel (untuk uruskan peribadi aku), 2 chef (satu masakan Asian dan 1 masakan barat), 1 driver, 2 tukang kebun dan seekor kucing (haiwan peliharaan dan kawan baik aku kat rumah).

Dah habis pasal rumah aku. Ni pula pasal harta aku pula. Selain rumah aku, aku ada syarikat besar yang buat perniagaan antarabangsa dan syarikat kecil yang bekerjasama. Aku ada tapak tanah diseluruh Negara. Aku ada beberapa pulau kecil yang aku jadikan pusat pelancongan. Oh ya, aku ada theme park dan water park. Dan tak lupa juga pusat karaoke dan ice skating. Kaya giler aku. haha.

Apa yang aku nak buat kalau aku kaya. Ok. Aku start dari mula aku bangun dari tidur. Aku bangun dari katil aku tu, aku tepuk tangan, langsir yang tutup dinding kaca aku terbuka supaya aku boleh tengok pemandangan kat luar. Menggeliat ala-ala manja sikit. Haha. Lepas tu aku terus ke bilik air aku (dalam keadaan bogel ok. Rumah aku, ada aku kesah ke). Haha. Bila masuk dalam bilik air, faham-faham la buat apa ek. Oh ya, tak perlu on lampu sebab cahaya luar dah terang (dinding kaca ok). Orang nak tengok aku mandi pun boleh. Kalau nampak la. Haha. Dah siap mandi, tiba masa nak pilih baju pula. PA aku yang akan pilihkan baju untuk aku selalunya. Dia siap berdiri tunggu aku sambil memegang baju yang aku nak pakai. Lepas tu aku turun ke ruang makan pula untuk sarapan. Sarapan biasanya aku akan makan masakan melayu. Tengah hari makan masakan asia timur dan malam makan masakan barat. Tapi hari tu aku mungkin enjoy sampai malam. So, lunch dan dinner aku tak makan kat rumah. Lepas sarapan, tengok TV dulu. Ada kartun dipagi Ahad. Kena tengok ok (sebenarnya tunggu kawan aku sampai. Aku nak bawa mereka keluar. Sekarang ni driver aku pergi jemput diorang. Aku akan bawa Rozen, Jonny dan Sean. Diorang saja yang boleh enjoy sakan). Sebaik saja diorang sampai, kami semua keluar.

Tempat pertama kitorang akan pergi, tengok movie yang latest (seat kelas pertama ok). Jonny memang suka movie. Seat sofa sorang satu ok. Taknak kongsi. Haha. Lepas habis movie, kitorang pergi makan. Makan KFC? Haha. Tu je yang mampu. Takde la. Makan kat Restauran masakan ala barat. Order set lunch tambah dengan BBQ sekali. Mereka ni bab makan memang cepat je habis. Haha. Lepas tu, kitorang pergi ke destinasi kedua pula iaitu mandi pantai (kat pulau ok). Rozen memang suka pergi kat kawasan macam tu. Kitorang main jetsky, memancing dan berenang bersama ikan (aku cofem takleh berenang). Mesti seronok tengok diorang bergembira. Si Rozen tu cofem main air macam budak-budak. Haha. Hari pun dah malam. Destinasi seterusnya adalah dinner dulu. Kat restauran jepun. Makan shushi untuk dinner. Haha. Lepas tu baru la pergi karaoke (karaoke live ok). Aku dah tempah satu tempat tu hanya untuk kami guna malam tu. Sean yang suka menyanyi. Sambil tu kami dinner lagi (budak-budak ni kalau tak makan memang tak sah). Ada BBQ, masakan barat dan wine/beer. Ada pula pelayan yang layan kami. Enjoy sakan. Haha. Dan akhir sekali ialah acara aku. Sleep over kat rumah aku. Mereka semua tidur kat rumah aku. Kami tengok movie sambil atap bilik aku disinari cahaya bulan dan bintang. Semua tidur kat katil aku yang besar tu. Sebelum tidur, kami berbual tentang hal-hal kami sampai kami tertidur. Tu la perkara yang seronok untuk aku iaitu bersama kawan-kawan aku sehingga habis hari tu.

Haha. Semua tu hanyalah perkara yang aku nak buat bersama kawan-kawan aku kalau aku kaya. Cerita ni tak habis lagi sampai sini. Ada lagi sambungannya. Kita tunggu sambungan nanti dimasa akan datang. (^_^)

Friday, June 17, 2011

6th Sense


Menyesal ku akui~ tak terima cinta mu~ eh…eh…menyanyi pula. Kalau tengok tajuk, mesti ingat indiband tu kan. Tapi yang sebenarnya bukan nak cerita pasal indiband tu tapi pasal deria ke6. Atau kata lainnya ialah mata hati.

6th Sense ni semua orang ada. Cuma tak pernah tahu pun cara nak gunakannya. Orang kata kalau ada 6th Sense ni, orang tu pelik. Bukan manusia biasa. Memang la. Kalau semua orang tahu guna, takde la pelik sangat pun. Kebiasaannya orang guna untuk baca hati orang lain, untuk mengesan sesuatu dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku memang gunakan sepenuhnya sebab aku rasa tak salah pun.

Aku guna selalunya untuk mengesan sesuatu. Terutama bila nak cari barang/orang atau berjalan waktu gelap. Memang itu selalu berlaku. Tapi nak kesan sesuatu tu memang susah sebab kena guna tenaga yang banyak. Sebab tu la akan rasa cepat letih (oh, baru aku tahu kenapa aku selalu letih). Haha.

Walaupun rasa macam dah sempurna, masih lagi ada kelemahan. Bila aku ada masalah, langsung tak boleh nak buat apa. Sebab aku fikir macam-macam. Bila aku takut, memang tak boleh nak berfikir langsung. Bila aku dalam air, sebab aku masih dalam trauma untuk berenang. Dan bila aku berada kat tempat suci, aku langsung tak dapat rasa apa-apa. Macam semua orang kat dalam tu takde spirit atau mungkin ada firewall untuk aku kesan diorang. Mungkin itu kelemahan aku. Aku tak kisah sangat pun. Asalkan bukan situasi macam tu, aku boleh guna dengan baik.

Bagi aku, 6th sense ni penting. Tapi jangan salah guna sudah la. Kalau ada sesiapa yang ada masalah tentang 6th Sense ni, boleh la cari band Sixth Sense tu. Hehe. Takde la, gurau je. Cari la aku. aku tak tahu nak ajar tapi kalau nak minta pandangan tu aku boleh tolong. Ok.

Nigth Vision...


Penglihatan memang penting untuk kita membuat kerja seharian. Tanpa penglihatan, kita tak boleh buat apa-apa. Tu dah dianggap buta. Tapi aku bukan nak cerita pasal buta. Aku nak cerita pasal rabun malam.

Rabun malam mungkin korang tak pernah dengar kan. Rabun ni bukan rabun biasa. Cuma rabun bila waktu malam atau keadaan gelap dimana satu tempat itu malap yang disinari dengan cahaya yang suram. Contohnya bila kita lalu dikawasan gelap yang disinari cahaya bulan. Ofcos la orang masih boleh nampak jalan jika ada cahaya sikit. Tapi bagi yang rabun malam, cahaya memang langsung tak nampak. Gelap masa depan. Eh, bukan. Penglihatan je yang gelap. Terpaksa meraba-raba macam orang buta.

Aku pun termasuk dalam senarai tu. Dah lama dah aku kena. Tapi aku dapat atasi dengan cara aku sendiri. Aku guna sixth sense aku la bila bergerak waktu malam. Kadang-kadang bila jalan dengan kawan aku, aku pegang tangan dia atau baju dia. Haha. Kelakar la pula. Macam budak kecil je. Tapi nak buat macam mana, dah terpaksa kan. Lain kali nak buat jalan tu biar semua tempat letak lampu. Senang aku nak tengok masa jalan. Haha.

Tapi apa pun, hal ni kecil je. Semua masalah dapat diatasi dengan teknologi sekarang ni. Aku pula masih boleh guna sixth sense aku. So, tak kisah la. Apa-apa pun, jaga la mata anda sebelum ia rosak.

Berenang...

Tengok ikan berenang-renang dalam kolam memang seronok. Rasa lapang je fikiran ni. Tengok orang berenang pun seronok juga. Dapat cuci mata sikit. Haha.

Aku memang suka pergi ke kawasan pantai, sungai, kolam dan sebagainya. Aku suka main air sebenarnya. Terutama bila pergi pantai. Dapat hirup bau laut. Dapat rasa air laut mengalir kat kaki. Rindunya pada pantai. Dulu selalu la pergi. Tapi my family dah makin sibuk, kawan pula banyak alasan, so, dah memang tak pergi la. Just mandi kolam je la. Hehe.

Mandi kolam pun seronok juga. Seronok juga tengok orang berenang. Kadang-kadang jeles juga kat diorang (yang pandai berenang la). Kenapa? Sebab aku tak pandai berenang. Bodoh kan. Nampak je macho tapi tak pandai berenang (macho ke?). hehe. Belajar la!!! Ofcos la aku belajar berenang tapi waktu aku kecil dulu la. Ayah aku yang ajar. Tapi akibat dari kemalangan dulu, aku dah lupa macam mana nak berenang. Sekarang ni aku nak belajar pun dah takde masa. Kawan aku pun ada ajak aku ke rumah dia untuk ajar berenang secara personel (dia upah jurulatih renang private). Aku tolak sebab aku taknak menyusahkan dia hanya sebab kemahiran bodoh yang aku dah lupa selama ni. Hm… tapi aku teringin sangat nak berenang.

Berenang memang nampak mudah saja. Tapi kemahiran berenang tu aku dah lupa. Ye la, sejak aku kemalangan dulu, aku terus tak pandai berenang. Kemalangan apa? Nak cerita juga ke? Ok la, aku cerita lagi senang kan. Dulu masa sekolah rendah, selalu juga aku pergi ke sungai yang dekat dengan rumah aku. Selalunya bila aku pergi dengan kawan-kawan aku, mak aku tak kisah pun. Asalkan jangan balik lambat (dulu aku memang punctual). Hehe. Tiba-tiba hari aku nak kemalangan tu, mak aku berkeras tak bagi aku pergi. Suruh duduk rumah saja (masa tu dah nak dekat peperiksaan dah. Memang dia tak bagi nak keluar). Aku pula degil. Nak juga keluar. Kawan-kawan dah tunggu. Apa lagi, aku terus keluar lari dari mak aku. Jahat kan aku? Haha. Masa kat sungai tu ok je. Biasa la, mula-mula kami pancing ikan. Dah 1-2jam tu tak dapat ikan, apa lagi, buka baju, terus lompat la. Haha. Memang best. Berenang renang macam ikan. Semua acara renang kami lakukan.

Tiba-tiba sesuatu yang terjadi. Jeng jeng jeng…suasana menjadi suram saja. Lagu latar menjadi rancak (macam ada je). Ntah macam mana, kaki aku ditarik ke dalam sungai. Macam ada tali yang ikat kaki aku. Aku mula mengelabah. Terkapai-kapai aku nak lepaskan diri. Kawan aku nampak aku lain macam saja. Mereka segera berenang kat aku untuk tolong aku. Masa kawan aku datang kat aku, aku dah lemas dan pengsan.

Bila aku sedar je, aku dah ada kat hospital. Takde siapa pun kat sebelah aku. Bila aku bangun dari katil tu, nurse kat situ segera datang ke arah aku dan check keadaan aku. Aku tak tahu apa-apa. Nurse tu kata aku pengsan seminggu. My parent datang dan peluk aku. Mak aku nangis sambil pukul aku sekuat hati dia (pergh, rasa macam nak mati semula. Macam tu lebih baik aku takyah sedar. Mak aku ni orang kampong. Kudrat dia lebih kuat dari 10 askar. Tipu je). Sebab aku tak dengar cakap dia hari tu. Nurse suruh mak aku bersabar. Ayah aku pula tahan mak aku. Aku minta maaf sangat sangat pada dia. Lepas tu aku dibawa keluar dari hospital. Aku ni memang menyusahkan orang saja. Sebaik sampai dirumah, aku nampak kawan aku berkumpul kat tempat kami selalu lepak. Aku pun terus pergi. Mak aku masih nak marah aku. Tapi dia lepaskan aku sebab dia tahu aku nak pergi kat kawan aku. Kawan aku rasa sedih bila nampak aku. Nak tahu kenapa. Dia bagitahu, one of my friend yang mandi sungai hari tu mati lemas juga. Dia mati lepas aku diselamatkan, dan dia pula masih berada dalam sungai tu. 2 kawan aku yang lain tu sibuk bawa aku naik ke tebing. Mereka tak perasan pula pada kawan aku seorang tu. Sesuatu tarik dia masuk ke dalam sungai tu. Lepas aku dengar cerita tu, aku rasa bersalah pula. Sepatutnya aku yang mati waktu tu. Kawan aku pula yang ganti tempat aku. Tapi selepas habis peperiksaan, kami pulih seperti biasa. Macam takde apa yang berlaku tapi kurangnya bila kami teringat pula kat kawan aku tu. Satu hari tu my family buat family day kat pantai. Aku rasa dengan gembira bila dengar berita tu. Aku nak berenang sepuas-puasnya (sebab lepas kejadian tu, aku dah tak pergi sungai dengan kawan aku lagi). Tapi malangnya, sampai je dipantai, aku dah lupa macam mana nak berenang. Aku lemas. My dad selamatkan aku. Abang aku ketawa kat aku. Ye la kan, bukan ke selama ni aku hebat berenang tapi hari tu aku tak boleh nak berenang langsung. Macam dah trauma. My dad cuba tenangkan aku. Dia kata aku masih fikirkan kejadian tempoh hari. Nanti makin lama makin lupa la. Dan boleh bebas berenang lagi. Bila dah lama aku lupakan kejadian tu, aku memang dah tak tahu berenang langsung. Macam dah delete kat memory aku.

Sejak tu, aku memang dah tak tahu berenang. Ada juga la aku belajar sikit-sikit. Tapi masih lagi tak boleh. Tiap kali pergi kolam atau pantai atau sungai, aku mandi kat tepi tepi saja. Nak juga mandi kat tengah tapi takut menyusahkan kawan aku pula nanti. Sebab dah banyak kali lemas. Sampai kawan aku menyampah asyik kena selamatkan aku saja. Aku tahu dia tak maksudkan macam tu tapi aku faham bila orang tu dah kecewa kat aku. Aku taknak menyusahkan sesiapa lagi. Aku akan cuba elakkan untuk pergi jauh lagi. Maafkan aku.

Thursday, June 16, 2011

10 Days of Bless

Dulu aku ada buat program 100 hari tu (sila refer blog sebelum ini). Bulan berganti bulan. Minggu berganti minggu. Hari berganti hari. Jam berganti jam. Minit berganti minit. Dan saat berganti saat. Akhirnya tinggal lagi 13 hari lagi (mengikut tarikh blog ni). Tak lama lagi tinggal Final Program. Iaitu 10 hari akhir.

10 hari akhirnya adalah hari untuk pengsucian soul aku. Haha. Setelah berpenat lelah aku berpantang selama ni, ini la bab terakhir dalam program ni dimana had aku akan dibuka satu persatu. Happynya aku. Back to normal. Memang hancur la dunia ni nanti (takde la sampai macam tu sekali). Haha.

Dalam 10 hari nanti, siapa yang layan aku baik, nescaya, akan dirahmati tuhan. Apa yang korang nak akan ditunaikan secara tak langsung (maksudnya, bila-bila saja akan ditunaikan). Tapi berhati-hati dengan apa yang korang nak. Sebab mungkin ia sesuatu yang buruk untuk korang. Tu aku tak tanggung la ek. Kalau layan buruk pada aku pula, tu aku tak tahu la. Sendiri jawap dengan tuhan la. Aku dah cuba buat yang terbaik tapi korang masih nak layan buruk pada aku, neraka la jawabnya. Haha.

Tak sabarnya aku nanti. Tapi sebelum tu aku kena prepare dulu. Mana la tahu sesuatu yang buruk berlaku lepas program ni selesai. Ya, tu aku akan minta tolong dari kawan-kawan aku la.

Kerja Oh! Kerja

Sibuknya. Kerja sana, kerja sini. Semua tempat aku kena backup. Ni kes pasal tak cukup orang kat pejabat la. Tapi bagus la, aku dah tak nampak orang yang aku tak suka tu. Haha.

Minggu ni pejabat aku paling sibuk sampai kena buat kerja sampai pagi. Sampai tak tidur langsung pun ada. Penat la. Nasib baik aku duduk kat pejabat sekejap saja. Sebab aku di arahkan untuk pergi ke Glenmarie untuk jaga branch sana. Aku setuju saja sebab dah memang tu yang aku perlu buat.

Hari pertama aku berada diGlenmarie. Memang sibuk giler. Aku kena pasang komputer. Kena setup dan install aplikasi supaya berjalan lancar. Tapi tiba-tiba saja ada printer buat hal. Tak boleh nak print. Setup punye setup, siap siap pukul 11. Balik lambat hari tu.

Hari kedua pula. Aku kena pergi seorang diri. Tapi aku ok. Aku faham kerja staffmate aku tu. Dia senior. Banyak kena backup. Aku kena pasang komputer lagi. Banyak komputer rosak la pula. Puas kami telefon vendor untuk hantar komputer baru. Tak dapat juga hari ni. Kena tunggu esok. Staffmate aku dating. Selesaikan kerja yang belum siap. Sampai tengah malam juga la. Ngantuk giler. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Tunggu je sampai siap.

Hari ketiga. Aku kena standby kat sana pula. Takde apa sangat. Tengok diorang buat kerja takut ada system down. Masa selebihnya aku borak dengan pekerja kat situ. Memang kelakar. Tak la membosankan. Tapi balik kerja pun lambat juga.
Apa-apa pun memang penat kerja ni. Tapi ringan sikit dari duduk kat HQ. haha. Aku enjoy dengan kerja aku. Tapi ntah sampai bila aku boleh bertahan. Hehe.

Kawanku Punye Koleksi

Masing-masing mesti ada hobi yang tersendiri. Ada yang biasa, ada yang luar biasa, ada juga yang pelik tapi benar. Tapi apa-apa pun, dah memang hobi masing-masing, nak marah pun tak guna. Manusia ada hak pengguna. Huh??? Macam kenal je akta tu. Haha.

Dalam banyak-banyak hobi, aku nak bercerita tentang hobi mengumpul barang. Hobi yang paling mulia dan menyemakkan. Hehe. Kenapa aku kata begitu? Korang cari la sendiri jawapannya. Mengumpul barang ni memang seronok. Bila kita dapat sesuatu barang dan kita simpannya, kita akan rasa puas. Sebab benda itu memang beharga buat kita. Ye la kan, contohnya hadiah harijadi dari someone yang special atau gift dari tempat yang kita melancong. Benda tu la yang akan simpan kenangan kita. Sebab tu la benda tu beharga.

Baru-baru ni aku pergi kondo kawan aku kat Cyberjaya. Nama dia Rich (bukan nama sebenar). Dia salah seorang Collector. Dia memang suka kumpul barang walaupun barang tu remeh temeh je. Dia ni suka melancong dan beli gift kat sana untuk dibawa balik. Oh ya, dia ni memang kaya la. Duit belanja pun dah RM1ribu seminggu. Kaya giler kan. Sorry la orang kat luar tu ek, dia ni demand sikit. Dia tak suka couple. So, tak perlu la nak tackle dia. Haha. Dah, tutup cerita pasal tu. Sambung semula yang tadi. Dia ni memang suka kumpul barang dari tempat dia melancong. Melancong luar Negara ek, dalam Malaysia, family dia tak berapa sangat. Orang kaya katakan. Aku lihat bilik dia saja dah penuh dengan barang-barang antic dan mahal. Giler apa. Dia ni student je, dah banyak barang mahal kat rumah dia. Belum lagi tengok rumah family dia. Mesti banyak barang yang berjuta-juta mahal harganya. Hehe. Dalam banyak-banyak barang, aku paling suka…sila tengok gambar. Hehe.

Aku memang jeles kat dia. Keluarga yang kaya. Tapi aku pula biasa saja. Tak kisah la. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Hehe. Aku? Barang apa yang aku ada? Aku pun Collector juga. Tapi barang yang aku kumpul semuanya pelik. Lebih baik korang takyah tahu la. Nanti korang takut dan trauma pula. Haha. ;p

Korean Food Best Ever

Korang pernah tak makan masakan Korea? Pernah atau tak, itu hal korang la. Haha. Aku pula memang dah banyak kali. Tapi yang murah je la.

Masakan Korea ni memang pedas. Lagi pedas lagi baik. Ntah la. Ikut lidah masing-masing la. Masakan diorang tak jauh beza pun. Masakan diorang pun macam ala-ala masakan kampong juga. Cuma cara penyediaan dia sama dengan masakan Jepun.
Nak dikatakan cerita ni, aku memang dah makan banyak kali kat restauran Korea. Baru-baru ni aku lepak dengan kawan aku kat KLCC. Kawan aku saja nak pergi situ sebab ada benda yang nak dicari. Jadi, aku ikut sekali la. Tiba-tiba rasa lapar pula. Mula la mencari tempat makan. Kawan aku pula mengidam makanan korea. Lalu pula kat restauran korea. Memang terpaksa berhenti kat situ la nampaknya.

Mula masuk tu kami disambut mesra oleh pekerja kat situ. Bila tengok tempat tu memang dah ala-ala korea dah. Tapi masih was-was makanan kat situ halal ke tak (ada aku kisah. Lapar giler ni). Kami duduk di tempat yg disediakan. Macam VIP pula dilayan mesra. Hehe. Bila menu diberi pada kami, pergh…tersedu aku. Haha. Harga macam dah tukar dengan mata wang USD. Tapi dah memang hajat nak makan masakan korea, terpaksa juga la berlagak jadi orang kaya jap. Hehe. Kawan aku tu memang tak kisah pun. Dah memang dia kaya. Nak buat macam ne kan. Kami pun order. Aku ingat nak makan steamboat je tapi kawan aku nak makan nasi pula. Jadi aku order yang set meal seorang makan. Ramen. Haha.

Memang sedap la. Rasa nak datang lagi. Tapi tahun depan la. Haha. Masa bayar tu, kira punya kira, habis dan dekat rm100 seorang. Haha. Makan ke melantak ni? Kami saja yang tahu. Tapi memang best la. Dan restauran tu la restauran korea yang mahal aku dah rasa. Nanti kan episode akan datang. Kita akan pergi ke restauran mahal lagi selepas ini. Jumpa kita lagi dirancangan Jalan-jalan Habis duit (waklu. Makan megi la lepas ni). haha…

Drama Korea ke???

Selalunya aku yang tengok drama Korea, sekarang ni aku pula berlakon dalam korea (bukan berlakon kat korea ok). Haha.

Ceritanya bermula semasa seminggu sebelum aku pergi ke birthday party kawan aku. Aku dapat invitation dari kawan aku (Rich. Bukan nama sebenar) ke satu majlis birthday party. Sebenarnya bukan birthday kawan aku tu tapi birthday kawan dia yang aku kenal iaitu Ace (bukan nama sebenar). Pada mulanya memang aku taknak pergi, tapi atas dari permintaan Ace, aku terpaksa setuju (padahal aku terima sebab diorang nak full support aku). Hehe.

Dalam seminggu tu, hati aku rasa tak selesa. Macam ada perkara yang buruk akan berlaku kat majlis tu nanti. Sekejap kata tak jadi datang, sekejap kata jadi datang. Akhirnya aku jadi datang. Majlis tu berlangsung pada Jumaat malam. Petang tu aku bergegas balik dari tempat kerja aku, berkemas barang-barang aku dan terus merempit ke Cyberjaya (rumah Rich). Sebenarnya dia boleh jemput aku kat rumah saja. Tapi dia malas nak hantar aku semula balik nanti. So, terpaksa la aku pergi sendiri naik motor ke rumahnya.

Sebaik sampai dikawasan rumahnya, aku pun berhenti dibahu jalan dan menelefonnya (sebenarnya aku tak tahu mana satu kondo yang dia tinggal. Dah lama tak pergi rumah dia). Huhu. Dia jemput didepan pintu rumahnya (macam aku ni orang VIP pula). Majlis tu ada tema yang tersendiri. Tema majlis tu adalah K-Pop. Kena la pakai baju ala-ala artis korea. Aku pula bawa baju biasa saja (mereka tak bagitahu pun aku majlis tu ada tema). Malunya aku, aku bagitahu kawan aku tu yang aku taknak pergi dan balik rumah je. Kawan aku ketawa sebab dia tahu aku mesti takde pakaian untuk majlis tu. Dia tunjuk kat aku satu kotak yang ada kat katilnya tu. Dia kata kotak tu untuk aku. Dengan muka tak malunya, aku ambil dan buka. Korang mesti dah boleh agak kan apa yang ada dalam kotak tu. Baju yang dibeli oleh Ace untuk aku. Saiznya memang saiz aku. Macam mana la diorang boleh tahu ukuran aku ek? Tak kisah la, asalkan aku dapat pergi ke majlis tu. Hehe. Pasal harga baju tu, lebih baik aku takyah bagitahu. Tak tidur malam nanti sebab ngigau.

Dah siap pakai baju semua, kami pun pergi (naik kereta siap ada driver ok). Kami pun tiba dimajlis itu. Korang mesti nak tahu kat mana kan. Ace buat birthday party dia kat Shangri-la Hotel. Gempak tak tempat tu. Hehe. Ofcos la. Party tu buat kat pool ok. Sebaik saja sampai, ramai orang yang hadiri majlis tu. Semuanya Nampak macam orang korea (ada juga orang korea yang hadir). Sebaik saja masuk ke tempat pool tu, ada orang menjerit nama aku. Farrell! Farrell! Farrell! Aku mencari dan mencari dimana suara tu. Ramai orang memandang ke satu arah iaitu Ace. Masa tu, terasa malu aku, orang yang kaya macam tu boleh menjerit nama aku depan semua orang. Aku rasa malu dan menyorok belakang Rich. Dalam hati aku, buat-buat tak kenal je. Ace datang ke arah aku dan ajak aku enjoy party dia tu. Lepas tu dia mulakan majlis dia. Dia bagi ucapan dan potong kek sambil diiringi lagu birthday. Masa tu, aku fikir kalau aku berada kat tempat kawan aku tu, macam-macam aku nak buat untuk birthday party aku.

Aku rasa bosan pula. Ace layan tetamu dia. Rich pula layan some of his friend. Bila aku bosan, mula la aku jalan-jalan, cari pasal. Eh, cari makan la. Hehe. Bila dah datang kat birthday party, tak sah kalau tak makan kek. Sedap giler. Kek tu ntah apa nama yang dibuat khas dari chef kat situ. Sedang aku duduk dimeja kat tepi pool sambil makan makanan yang aku ambil tadi, muncul seseorang yang aku tak sangka akan jumpa lagi setelah sekian lama. Ya, dia yang dulunya teman baik aku (sekarang bekas ok), Fer (bukan nama sebenar). Jangan tanya kenapa dia boleh ada sebab jawapan yang dia bagi memang tak masuk akal. Sebenarnya dia menggantikan ayah dia (syarikat ayah dia kerjasama dengan syarikat ayah Ace). Ye la kan, party tu hanya ada budak-budak muda je. Orang berumur mana nak datang macam tu. Dia teman aku berbual. Aku rasa kekok sikit dengan dia. Kalau fikirkan apa yang dia buat pada aku dulu, tak mungkin aku maafkan dia. Tapi memang aku dah tak kisahkan pasal hal dulu sebab aku fikir dia dah ada kehidupan dia yang baru. Perangai dia masih tak berubah, asyik cakap pasal diri sendiri saja. Dan dia call aku dengan nama yang dia selalu call aku dulu (tu adalah rahsia ok. Malu nak bagitahu). Hehe. Walaupun seronok berbual dengan dia, tapi aku masih rasa kekok. Dulu biasa saja (memang la, dah lama kenal). Aku rasa dahaga pula dan nak minum air. Air aku pula dah habis. Aku nak pergi ambil, tapi Fer halang aku. Dia kata aku tetamu yang penting dan dia akan tolong ambilkan air untuk aku. Aku tak tahu apa muslihat dia tapi aku tak kisah, aku biarkan dia ambilkan (padahal malas nak bangun dari kerusi tu). Hehe.

Sebaik saja dia pergi, aku fikir aku boleh lega sekejap tapi ada pula orang tegur aku dengan nama manja aku pada seseorang dulu (masih lagi rahsia ok). Rupanya memang dia, Angel (bukan nama sebenar) bekas teman aku yang paling psyko. Aku dulunya happy saja dengan dia tapi akibat masalah yang melibatkan hubungan kami, jadi aku tinggalkan dia. Aku rasa sampai sekarang dia benci aku kot. Dah memang salah dia. Tapi aku tak rasa takut pun, malah rasa menyampah pula. Dia ni jenis mengada, suka merayu, lepas tu nak ugut pula. Oh ya, dia dijemput atas sebab yang sama denga Fer. Aku ingat dia tegur aku sebab nak tanya khabar. Tapi rupanya dendam dia masih ada. Dia saja menyindir aku orang bawahan. Main status la pula. Geram aku dibuatnya. Rasa nak siram dia dengan air kat pool tu. Dia makin dekat kat aku. Aku cuba mengelak dari disentuhnya. Macam mana ntah aku tergelincir…pusss…cuba teka apa yang berlaku? Haha. Takyah la teka. Aku bagitahu terus. Aku masuk dalam pool. Sesuatu yang memalu berlaku pada aku. Aku tak tahu berenang. Biasa la kan macam mana keadaan orang yang tak tahu berenang kan. Masa tu aku tak dapat fikir apa-apa. Aku hanya dapat melihat orang yang melihat aku disekeliling pool tu. Aku nampak muka Angel. Dia risau keadaan aku. Lepas tu aku tak ingat apa-apa. Sedar je ada kat sebelah pool tu dalam keadaan basah. Ramai orang disekeliling aku. Aku lihat Fer basah juga (dia yang selamatkan aku). Dia memang dah tahu aku tak tahu berenang. Rich selimutkan aku tuala dan bawa pergi. Angel panggil aku. Aku pandang ke arah dia, dia terdiam saja. Aku minta maaf kat dia kalau dia tak selesa kat aku. Lepas tu aku pandang Fer dan ucapkan terima kasih kerana selamatkan aku. Rich bawa aku pergi.

Masa kat rumah Rich, aku call Ace dan minta maaf sebab rosakkan majlis dia. Malam tu sebelum tidur, aku dan Rich ceritakan apa yang berlaku pada masa tu. Memang memalukan. Aku pun taknak fikir dah.