Saturday, April 28, 2012

My Lover study abroad T-T


Dah lama aku couple dengan dia. Aku sedar yang kami bukan seperti couple lain. Selalu berjumpa. Keluar date. Tengok wayang. Atau dinner bersama. Semua tu kurang. Sebab lover aku jauh dari aku. Aku hanya jumpa dia sekali sekala saja.

Baru baru ni kami kerap berjumpa. Aku apa lagi, memang seronok la bila bersama dengan orang tersayang. rupanya dia nak bagitahu berita baik pada aku. Dia kata dia akan sambung belajar kat UK. Memang berita baik untuk dia. Tapi aku, sedih untuk seketika. Setelah sekian lama tak jumpa, tu saja yang dia nak bagitahu aku. Dia nak sambung Master. Aku nak halang dia, aku tak mampu. Yang aku mampu ialah tersenyum dan doakan dia berjaya.

Perasaan aku rasa kurang selesa. Aku tahu banyak kemungkinan yang akan berlaku. Tapi aku dah janji dengan dia yang aku tunggu dia sampai dia balik. So aku kena tunaikan. Dia diam je. Aku tahu apa dia nak kata. Tapi tiap kali aku nak dia cakap, kami asyik bergaduh saja. Lebih baik aku diam saja.

Nampaknya aku bersendirian lagi. Aku harap tak sia-sia aku menunggu dia balik nanti. Sebab aku sayang dia. 

New Me...(^_^)


Woah…dah lama aku tak blogging. Rasanya follower aku benci kat aku tak??? (aku ada follower ke???) haha. Sory la. Aku busy sikit dengan keje dan masalah aku. Kalau ikutkan blog aku yang terakhir adalah dalam bulan Disember. Lama juga kan. 4 bulan tu. Tapi tak ape. Aku mula blogging semula. Rasanya aku ada banyak masa kali ni. Semoga ramai follower aku dapat. Please support me. Peace…(^_^)V