Tuesday, June 19, 2012

Pentingnya Sekolah


Dunia ni hanya membahagikan dua golongan sahaja iaitu pandai dan bodoh. Sejak lahir lagi ibu bapa dah mengkategorikan anak mereka mengikut keturunan ataupun sifat anak mereka. Ye la kan, kalau orang Bandar tu, kalau mak bapak dia mempunyai kerja yang bagus seperti doktor, cikgu atau sebagainya, anggapan orang lain mesti kata anak mereka pandai. Kalau orang kampong tu, orang anggap anak mereka bodoh. Aku pelik juga la kan. Tapi hakikatnya sama saja. Ada yang pandai dan ada yang bodoh.

Aku? Ntah la. Aku sejak kecil keluarga aku anggap aku bodoh. Kalau aku tak dapat A semua subjek atau dapat no 1 dalam kelas dan sekolah, memang kena marah la. Nak dapat no1 tu memang susah la, tapi nak dapatkan A tu lagi susah. Bila dah dapat tu, masih lagi kena marah. Aku pun tak faham. Tapi bila aku tengok abang dan kakak aku dapat result lagi teruk dari aku, tak pula mereka nak marah. Malah dapat benda yang diorang nak. Aku pula, ntah la. Kena kumpul duit sendiri baru boleh beli apa yang aku nak. Tapi aku tak kisah. Sebab aku memang bodoh. Aku memang takkan faham apa yang keluarga aku nak. Satu lagi bila aku tengok abang dan kakak aku keluar dengan kawan mereka ke Bandar. Aku pula hanya boleh duduk kat rumah je. Kalau nak keluar, ayah aku akan hantar dan jemput aku. Termasuklah ke sekolah. Abang dan kakak aku pula, pergi ke sekolah dengan menaiki bas je. Aku cemburu dengan mereka. Tapi bila aku minta dengan ayah aku, dia tak bagi. Katanya aku ni bodoh, tak pandai nak jaga diri lagi walaupun aku dah sekolah menengah. Bukan apa, sebab kes masa tadika dulu, walaupun dah banyak kali aku pergi balik dari rumah ke tadika dengan mak aku, aku tetap sesat bila aku pergi sendirian. Mungkin sebab aku ni memang bodoh. Kadang-kadang sampai kena ada kawan aku pergi balik dari tadika. Hm… sampai la aku sekolah menengah, aku ada kawan yang ajar aku untuk hidup. Tapi masih lagi buta arah. Mungkin tu tak dapat nak hilangkan. Haha. Sekarang ni dah kira bersyukur sikit sebab aku boleh jaga diri aku walaupun susah aku nak hidup bersendirian bila dah jauh dengan family ni. Tapi aku kena buat begini sebab sampai bila lagi aku nak jadi bodoh dan hidup dengan keluarga aku. Sampai bila bila pun aku takkan belajar erti hidup kalau aku tak keluar dari keluarga aku.

Orang kata, bila kita hidup tanpa ibu atau bapa, lagi cepat kita akan jadi matang. Tapi matang dari segi kehidupan dan sosial. Bagi pendidikan pula, kita tetap akan bodoh. Terutama bila kita hidup dalam keluarga yang susah. Orang anggap kita bodoh. Kalau yang kaya tu mungkin juga la ada masalah yang sama. Aku ada beberapa orang kawan aku yang bodoh dan tak berpendidikan tinggi. Richard (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang berada tetapi perniagaan ayahnya telah menurun dan menyebabkan jatuh bankrup. Ayah dan emaknya lari ke luar Negara dan tinggalkan dia adik-beradik bersama neneknya yang uzur ketika dia berumur 12 tahun. Oleh kerana pendapatan neneknya tak mencukupi, dia terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja menyara keluarganya itu. Dia tak kisah bekerja keras. Dia tak kisah dia bodoh dan tak berpendidikan. Tapi dia mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya. Dia nak adiknya menghabiskan pelajaran mereka disekolah. Setelah sekian lama mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan, emaknya pulang ke Malaysia untuk menjaga mereka semula. Ayahnya pula masih kerja diluar Negara kerana ada perniagaan yang bagus. Sekarang ni aku tak tahu la aku nak kasihankan mereka atau nak anggap mereka bodoh. Sebab semua adik beradiknya tak habis belajar pun. Mereka lebih suka kerja daripada belajar. Tak kisah la. Dia sekarang ni selalu ke luar Negara. Dia bagitahu aku, tak kisah bodoh mana pun, kalau tahu bertutur dalam bahasa lain terutama bahasa enggeris, kita boleh pergi jauh. Aku rasa, aku masih lagi bodoh dari dia. Hehe.

Aku terfikir juga, kalau aku tak berpendidikan, takkan aku jadi diri aku sekarang ni. Ya, memang semua orang bodoh tapi kalau mereka usaha nak faham dan belajar sesuatu, mereka akan pandai juga. Tapi ini dunia yang nyata, orang pandai akan terus pandai dan orang bodoh akan terus bodoh. Itu lumrah kehidupan. Tuhan dah takdirkan macam tu. Kita nak halang pun tak boleh, sebab tuhan dah jadikan kita bodoh dan tak melebihi kepandaian tuhan pun. Itu la manusia.    

Kalaulah Dunia Magikal


Dulu popularnya kisah Harry Potter. Huh??? Siapa mamat Harry Potter tu??? Seorang ahli sihir muda yang belajar di sekolah magik, Hogwart. Kalau tak tahu tu memang tak panjang la umur tu. Haha. Takde la. Gurau je. Jangan la kecil hati pula (nak touching pula dengan aku. eeeuuuwww, jangan nak mengedik sangat boleh tak) haha. Dah dah. Berbalik semula kepada tajuk asal ok. Kenapa dengan cerita Harry Potter tu??? Sabar la. Aku baru je nak mulakan cerita ni. Sebenarnya aku nak ceritakan tentang ada satu lagi dunia yang dipanggil dunia sihir/ghaib dimana segala ahli sihir, hantu, makhluk ghaib dan seangkatan dengannya tinggal di dunia itu. Dunia tu sebenarnya untuk menyembunyikan semua perkara tu dan mereka bebas menggunakan kuasa masing-masing tanpa mengganggu manusia biasa.

Tapi sekarang ni banyak cerita fantasi macam tu dah keluar. Terutama cerita tentang cinta hantu. Vampire yang bercinta dengan manusia kunun. Haha. Ada gangguan dari pelbagai pihak dan juga ahli sihir. Tapi nasib baik la gambaran pada ahli sihir adalah baik baik berlaka. Ada juga yang buat ahli sihir tu dari pihak yang jahat. Ntah la. Bergantung pada cerita yang mereka rekakan tu.

Dalam ni aku nak ceritakan kalaulah dunia sekarang ni adalah dunia magical yang penuh dengan magis dah makhluk yang tak berapa normal (huh? Maksudnya makhluk ghaib la). Dan aku pula seorang ahli sihir. Rasa rasanya apa kuasa yang aku nak dan apa yang aku nak buat dengan kuasa tu. Kuasa yang aku nak selama ni adalah…jeng jeng jeng…memanipulasi molekul udara menjadi pejal. Dalam erti lain, memanipulasi ais. Kenapa? Ntah la. Mungkin aku dah sebati dengan elemen macam tu. Haha. Tapi dalam magi sais, banyak magis yang boleh guna selain daripada manipulasi ais untuk membunuh orang lain. Contohnya magis cermin ais yang boleh mengurung orang atau mengklonkan benda lain. Magis cuaca yang boleh mengubah cuaca menjadi dingin. Dan macam macam lagi boleh buat. Tapi base on ais je la. Hehe.   

Aku selalu berangan yang dunia ni akan ditakhluk dengan kuasa jahat seperti ahli sihir jahat atau syaitan ataupun alien (huh? Biar betul? Macam tak kena je dengan tajuk aku ni) haha. Tak kisah la, asalkan ada orang jahat kan. Tapi kalau jadi hero pun tak best juga. Aku lebih suka parti bebas. Haha. Pulak dah. Aku nak tubuhkan satu guild/party di mana aku boleh memperjuangkan hak hak aku dengan rakan seperjuangan aku yang lain kat dunia yang tak adil ni. Wah, over sudah aku ni. Haha. Tapi hakikatnya aku nak enjoy dengan geng geng aku. Sambil tu buat perkara yang rahsia seperti kumpulan Akatsuki dalam cerita Naruto tu. Haha. Ada ada je la. Tapi semua tu hanya la angan-angan je.

Kalau korang pula macam mana? Korang rasa ok ke kalau dunia ni ada ramai ahli sihir? Kalau ahli sihir baik mungkin la korang tak kisah kan. Kalau yang jahat, mesti korang takut dan beriman pada tuhan semula kan. Kalau macam tu kan, rasanya tak seronok la kan. Hakikatnya, kalau ramai ahli sihir yang baik kat dunia ni, diorang akan tolong korang jaga dunia ni. Terutama nanti bila tuhan turunkan bala yang terakhir dia mana manusia tak mampu lakukan apa pun. Hanya seorang saja yang mungkin boleh selamatkan dunia ni iaitu Isa yang dipercayai oleh dua agama kat dunia ni. Dikatakan beliau akan turun ke dunia ni semula untuk selamatkan kaum dia yang tinggal. Tapi tunggu la masa tu. Oleh itu, biarpun orang lakukan apa yang dia nak. Selagi dia tahu batas dia, jangan la nak jadi batu api yang hanya tahu nak huru harakan dunia ni tanpa sebab. Ok.

Sunday, June 10, 2012

Huh!!! Dah ada anak!!!


Dah dua bulan aku tak jumpa adik angkat aku, Yukito (bukan nama sebenar). Baru-baru ni aku jumpa dia. Dia suruh aku jemput kat airport sebenarnya. Dia baru balik dari Sabah. Ada barang untuk aku katanya. Jadi, aku pergi jemput dia. Kalau bukan sebab dia nak bagi ole-ole, takdenya aku nak beria nak datang jemput kan (tak ikhlasnya). Haha.

Sebaik saja jemput dia, kami pergi makan kat Mcdonald. Macam biasa la, aku juga yang kena belanja makan. Aku pandang dia. Dari kaki ke kepala. Sesuatu yang pelik. Tangan dia berinai dan ada cincin dijarinya. Aku fikir dia hanya pakai saja-saja. Ye la kan, saje nak tumpang kenduri kahwin orang lain. Rupanya, memang betul la dia kahwin (setelah menanyakan soalan yang dia susah nak jawab). Memang agak terkejut juga la. Budak yang muda dari aku dah berkahwin. Aku rasa tercabar tapi jodoh aku belum sampai lagi. Tak kisah la.

Aku tengok dia tak gembira sangat. Bukan sebab bini dia duduk di Sabah, tapi sebab dia terpaksa kahwin. Kenapa??? Mesti korang anggap yang bukan-bukan. Tapi memang betul la. Mereka dah terlanjur dulu. Sekarang ni terpaksa la tanggung. Nak tutup malu, kahwin je. Dia ada cerita kat aku yang bininya tu nak gugurkan anak tu je. Mula-mula memang diorang nak buat macam tu tapi kesian pula dengan anak yang tak bersalah tu. Akhirnya buat keputusan nak anak tu hidup. Bersyukur la.

Aku rasa terkilan. Rasa marah pun ada. Tapi nak buat macam mana. Perkara pun dah lepas. Perkahwinan dia pun dia tak ajak sebab takut aku marah kat dia masa kahwin nanti. Ye la kan, dah buat pasal, memang la aku nak marah. Playboy sangat. Sekarang ni pun tak insaf lagi. Masih lagi berfoya-foya dengan orang lain. Biar je la kan. Pandai-pandai la dia nak tanggung.

Kepada orang kat luar tu, aku bukan nak larang buat sex bebas ni sebab sama je, masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Bukan tak boleh nak buat sex bebas ni sebab aku tahu bukan semua orang mampu nak kahwin. Terutama yang masih bersekolah tu. Oleh itu, guna la kondom. Safety First. Beli la kat 7e tu. Tak pun kat farmasi pun ada. Ok. (^_^)V   

Pengakhiran Sebuah Kisah Cinta


Dulu aku kemaruk cinta dengan si dia. Segalanya hanya kerana dia. Kini hanya tinggal kenangan. Hatiku hatinya dua-dua terluka dan masing-masing ingin meneruskan hidup dalam angan-angan yang nyata.

Aku kenal dia dah lama. Rasanya dah 100 abad dulu. Haha. Takde la. Gurau je. Aku kenal dia sejak kolej lagi. Tapi aku baru couple dengan dia tahun lepas. Tak sampai setahun pun. Bulan 7 nanti baru cukup. Oh ya, tak ramai tahu pasal dia. Hanya beberapa orang saja yang pernah jumpa dia. Bukan apa, aku takut kawan aku tikam belakang. Sebab dulu pernah jadi macam tu. Aku apa lagi, tikam semula la kawan aku tu. Ingat aku tak berani ke? (Jahatnya aku. Hakikatnya aku memang pernah buat pun). Selama aku couple dengan dia, banyak hal aku kongsi dengan dia. Masalah aku. Perasaan aku. Malah segala hal aku dia tahu. Pasal dia pun aku tahu juga. Aku selesa dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Tapi hanya kerana satu sebab kami bergaduh besar.

Sebelum dia nak sambung study kat luar negara, aku date dengan dia buat kali terakhir. Dalam fikiran aku masa tu, macam macam aku fikir yang bukan bukan. Tapi dia cuba nafikan dan hanya cinta pada aku seorang saja. Ntah aku pun tak tahu tentang perasaan aku. Bila fikirkan dia pergi jauh, aku macam tak sedap hati. Then, kami bergaduh besar hari tu. Segala mood hilang. Aku kecewa sangat. Bukan sebab dia tapi sebab perasaan aku masa tu. Kenapa aku boleh fikir bukan bukan sampai macam tu sekali? Menyesal sangat apa yang aku cakap pada dia. Aku tengok dia masa tu menangis teruk. Aku tak pernah buat dia menangis sebelum ni. Itu kali pertama dan terakhir aku buat dia menangis pasal kami. Aku biasa la, tak pandai pujuk dia. Yang aku mampu hanya berdiam saja. Masa aku hantar dia balik rumah, dia hanya diam saja. Mungkin dia tahu kalau dia buka mulutnya, aku pasti akan membangkangnya. Aku mahu menanyakan sesuatu padanya, tetapi dia terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Aku rasa terkilan. Memang salah aku. Aku mesej dia untuk meminta maaf. Dia tak membalasnya.

Hari sebelum dia berlepas, dia call aku untuk minta maaf. Biasa la, aku terpaksa juga mengalah dan katakana hal tu semua salah aku. Dia tak kisah. Dia harap aku boleh hantar dia ke airport. Dan aku pergi bersama family dia. Dari mula aku sampai dirumahnya sehingga di airport, dia kurang bercakap. Senyum pun tak ikhlas. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Semasa di airport, aku bagi sesuatu pada dia. Hanya sepasang keychain berbentuk hati. Aku bagi dia satu dan aku ambil satu. Aku bagitahunya yang aku bagi dia hati aku untuk dia jaga ketika disana dan aku ambil hatinya untuk aku jaga dan menunggu dia pulang. Dia tersenyum lebar. Aku rasa dia sukakannya. Dia pergi tinggalkan aku lagi untuk seketika (untuk sambung belajar je. Bukan putus terus).

Semasa dia berada di sana, dia selalu emel aku tentang aktivitinya di sana. Ada masa kami webcam bersama (sanggup aku tak tidur pukul 3-4 pagi tau tak). Sehinggalah sebulan telah berlalu. Dia makin kurang emel aku. aku hanya fikirkan yang dia sibuk dengan study dia. Tapi apa yang aku tak sangka, dia menghantar satu emel yang membuat aku terkejut. Dia tanya aku tentang hubungan kami. “Kita kawan baik je kan?”. Selama ni bukan ke kami ni pasangan kekasih? Kenapa dia kata kami ni hanya kawan baik saja? Tapi memang aku dah agak ada sesuatu yang tak kena. Dia tak mahu ada hubungan special dengan aku. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mungkin salah aku sebab gaduh hari tu dan dia terasa apa yang aku kata dulu. Aku mengalah. Aku kata pada dia yang aku tunggu dia balik dan pada masa yang sama, aku lepaskan dia sebab aku taknak paksa orang yang dah tak suka pada aku terus kekal dengan aku (baik la sangat. Melepas ada la).

Aku tak sedih malah aku tak nangis pun dia pergi (mungkin dah terbiasa keseorangan sebab dulu dia juga study jauh dari aku). Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin aku masih berharap pada dia, dan mungkin juga aku perlu teruskan hidup walaupun bersendirian. Wizard kan memang selalu hidup bersendirian. Hehe. Ke situ pula dah. Tengah tengah touching ni, buat lawak pula. Ye la kan, aku ni kan happy go lucky. Kena la selalu senyum. Hehe. Apa-apa pun bukan jodoh aku. sekali lagi, aku terpaksa terbang tanpa sayap. Aku belum sempurna lagi tanpa cinta. Tapi aku tak kisah, sebab aku tahu sesuatu. (^_^)

Tuesday, May 29, 2012

Aku Suka Shiba Inu


Bila cerita pasal haiwan belaan, mesti orang cerita pasal kucing, hamster, anjing dan sekarang ni makin popular, sugarglide. Tapi apa motif korang nak bela binatang ni? Diri korang tu dah cukup lengkap ke? Haha. Tu bukan alasannya. Yang pasti, bila korang ditanya, mesti korang akan jawab, ‘Saya bela binatang ni kerana mereka friendly dan sangat cute’. Dan ada yang mempergunakan binatang belanya untuk membuat kerja (bukan kerja yang manusia buat la) seperti mengambil barang, menjaga rumah dan sebagainya. 

Bagi aku pula, aku ada banyak alasan kenapa aku nak bela binatang.
Aku ada binatang belaan dan aku memang anggap dia kawan aku. Fento nama dia. Dwarf hamster jenis pearl. Dah dekat setahun dia bersama aku. Aku ade beberapa ekor sebelum ni tapi nak buat macam mana, tuhan lebih sayangkan mereka (huh? Ayat takleh blah). Sekarang ni Fento saja yang menemani aku bila aku bersendirian, bila aku kesedihan, bila aku kegembiraan. (sory kengkawan, korang pun ade juga bersama aku tapi time senang je la kan) Aku bercadang nak beli pasangan untuk Fento. Harap boleh serasi la. Lahirkan banyak zuriat. Haha.

Semua orang sukakan binatang sebenarnya. Tapi bukan untuk jadikan belaan. Sebab kebanyakannya takut nak pegang atau alah pada binatang. Dan ada juga sebab tak mampu nak bela dan keadaan sekeliling tak sesuai. Aku pula? Kenapa aku nak bela binatang? Sebenarnya dulu aku selalu tengok movie yang ada binatang peliharaan yang setia pada tuan dia. Apa yang tuan dia nak, semuanya dia buat. Ada satu movie tu, The Compass, dimana manusia dilahirkan bersama binatang mengikut personaliti orang tersebut. Dan yang penting, mereka senyawa. Aku terfikir juga, best ke kalau kita semua ni lahir sekali dengan binatang? Macam mana pula kalau orang islam lahir dengan binatang seperti babi atau anjing? Aku rasa ada baiknya macam tu. Kalau lahir dengan binatang, mungkin agama akan berubah. Tu satu hal. Satu hal lagi, manusia boleh sayang pada binatang. Takde la nak kejam terhadap binatang. Satu lagi, manusia akan makan tumbuhan je. Haha. Sanggup sangat kan.
Haha. Boleh pula aku fikir sampai macam tu kan. Sebenarnya ada satu binatang yang aku nak bela sangat. Anjing jenis Shiba Inu. Anjing jepun tu yang macam Husky. Kenapa? First, sebab anjing binatang yang paling mulia dan setia pada tuan dia. Second, sebab bagi aku, Shiba Inu yang paling cute. Hehe. Kalau aku dapat anjing tu, aku nak dia ikut kemana aku pergi (macam bodyguard la plak). Bila aku keluar, dia hantar aku kat pintu. Bila aku balik, dia tunggu aku kat pintu. Macam best je kan. Tapi tu yang aku fikirkan. Tak tahu la boleh jadi ke tak. Haha.

Apa-apa pun, binatang juga makhluk tuhan. Sama je dengan manusia. Perlu dijaga dan disayangi. Mereka juga ada perasaan. Sekian saja dari WWF (eh, motif sangat). Haha. ;p

Sunday, May 27, 2012

Kawan aku dha kahwin???


Bila soal pasal kahwin ni, perlu ke semua orang berkahwin? Sebab apa? Aku pun tak tahu la. Sebab tuhan suruh kita kahwin kot. Haha. Setiap agama mengalakkan perkahwinan yang sah supaya ada hitam putih siapa punya badan tu. Dan juga untuk melahirkan zuriat. Tapi aku tak fikir sebab tu yang buatkan manusia kena kahwin. Tujuan utama mungkin sebab nafsu sex. Tapi kalau takde nafsu pun, still kena kahwin juga. Hm… tu la, agama ni sesuatu yang rumit nak difikirkan. Tak kisah la. Korang nak kahwin, tu korang punye pasal la. Haha.

Sekarang ni, banyak kawan aku dah kahwin. Aku juga masih bujang tapi dah berpunya. Hehe. Aku tengok kawan-kawan aku, yang perempuan la, kahwin awal dan sekarang ni anak dah berderek-derek. Bila aku fikir, perempuan memang senang kahwin awal. Dapat je laki tua yang kaya, terus je ajak kahwin. Lelaki pula, kena cari duit dulu. Dah cukup duit baru la boleh kahwin. Sebab tu la lelaki selalu kahwin lambat. Kalau yang kahwin awal tu, kena beli dengan sugar mummy la tu. Haha.

Dalam banyak-banyak kawan aku, aku terharu sangat kat kawan aku ni. Terpaksa ke luar negara untuk langsungkan perkahwinan dia dengan orang tersayang. Kawan yang aku kenal satu ketika dulu semasa di Sabah, Jered telah berkahwin dengan lelaki pilihannya di Amerika (sebab kat Malaysia ni takleh kahwin sejenis). Sekarang ni dia menetap di Cambodia sebab suaminya menguruskan hotel kat sane. Aku sangat sangat jeles pada dia dapat orang yang betul-betul sayang pada dia. Suaminya, Jameson yang berumur 30 tahun, berasal dari Amerika yang menetap di Cambodia sekarang ni. Jered mengenalinya melalui laman sosial. Nak cakap macam ne, dari mata turun ke hati, masing-masing setuju untuk hidup bersama. Kalau nak tau kisah percintaan dia dulu, tanya la dia sendiri. Hehe.

So sweet. Yang ni yang  buat aku jeles dan nak kahwin cepat ni. Tapi boleh ke aku kahwin? Ada ke orang nak terima aku? Itu persoalannya. Ini akan dibincangkan dalam blog akan datang. Haha…;p

Friday, May 25, 2012

My Wrong Way


Semua orang fikir yang mereka semuanya pilih jalan yang salah. Nope. Salah tu. Korang tak pernah salah dengan hidup korang sebab semua perkara telah ditakdirkan oleh tuhan. Yang korang salah sebenarnya adalah korang pilih untuk hidup. Kalau korang tak minta untuk hidup dulu, takde la korang akan fikir macam ni (ye la kan, masa tu korang dalam keadaan roh. Mana la korang tahu kan) haha.

Hidup aku? Hampir 70 peratus hidup aku pilih jalan yang salah (dari segi pandangan mata orang lain la). Sebenarnya hak masing-masing untuk tentukan hidup masing-masing. Orang luar hanya boleh tolong saja bukan komen yang bukan-bukan pada masing-masing. Hanya tuhan saja yang layak mengomen ciptaannya (ingat tu).

Aku mula pilih hidup aku bermula aku kecil lagi. Aku cuma nak orang anggap aku anak yang baik dan selalu tolong keluarga aku. Aku cakap dengan nada yang pelahan. Aku buat kerja rumah dan tolong mak aku memasak. Aku manja dengan mak dan ayah aku. Makin lama orang pandang aku seperti lelaki lembut. Aku tak kisah semua tu sebab aku dikelilingi oleh perempuan-perempuan yang cantik. Jangan jeles. Haha.

Kemudian aku kenal dengan seorang budak lelaki ni. Dia memang budak gothic. Orang anggap dia budak jahat. Tapi bagi aku, dia sangat-sangat baik dengan aku. Selalu tolong aku masa susah atau kena buli. Tapi aku kawan dengan dia tak lama sebab dia dah pindah ke tempat lain. Masa tu aku kena jaga diri aku. aku berubah sedikit demi sedikit. Aku dulunya memakai baju merah, aku mula memakai baju hitam pula. Setiap hari pula tu. Macam melawat orang mati je. Tapi orang masih menganggap aku lelaki lembut cuma mereka takut sikit sebab aku berlakon menyumpah mereka jika mereka mengganggu aku lagi. Ya la kan, nak lindungi diri. Kena la berpura-pura. Tapi bila aku sumpah main-main, jadi pula betul-betul. Mula la aku dapat nama Wizard pula.

Sekarang dah lekat nama tu. Sekarang ni aku mula berubah sedikit. Aku pilih jalan aku sendiri. Aku tak salah pilih jalan aku sekarang ni cuma orang mula pandang serong pada aku. aku tak kisah. Hidup aku. Kalau diorang tak puas hati dengan jalan hidup aku, teruskan niat diorang untuk hina aku. Yang pasti, aku akan doakan anak diorang jadi seperti aku. Biar diorang rasa bagaimana rasa aku diaibkan sekarang ni. Menyesal tak sudah nanti. Tengok la. Aku memang dah sumpah. Hina aku seperti korang hina tuhan korang sendiri. Sebab korang tak layak hina aku selain tuhan yang mencipta aku. 

Judo again...


Setelah sekian lama aku meninggalkan dunia pahlawan, kini aku kembali semula untuk beraksi. Apa yang aku nak beraksi? Haha. Aku seorang ahli Judo. Huh? Apa tu judo? Judo tu adalah seni pertahankan diri yang berasal dari Jepun. Ia sejenis kemahiran mencampak/menjatuhkan pihak lawan. Sebenarnya aku tak tahu nak terangkan macam mana lagi pada orang-orang yang Tanya. Yang diorang faham, karate atau taekwondo. Haha. Apa-apa saja la.

Aku dah masuk sejak sekolah menengah lagi. Bukan kelab sekolah (sebab memang takde kelab ni kat sekolah aku pun) tapi aku masuk kelas luar. Ada dojo kat tempat aku. Masa tu dojo tu milik Sensei Chia. Agak garang dan tegas. Tapi latihan yang dia bagi agak senang. Judoka (sebutan jepun bagi ahli judo) yang ada kat situ tak ramai. Tapi biasa la, kebanyakannya adalah cina. Aku seorang saja melayu. Tapi aku berkawan baik dengan mereka cuma sekarang ni dah lost contact. Aku pun tak tahu kat mana mereka semua sekarang ni. Hm…takpe la. Kalau ada jodoh, kami berjumpa lagi.

Aku belajar kat situ sampai aku naik rank black belt 1st Dan. Aku dah banyak masuk pertandingan. Biasa la, ada yang menang dan ada yang kalah. Aku tak sempat habiskan latihan aku kat situ. Bukan sebab aku dah sekolah, tapi sebab ada kemalangan yang tak disengajakan. Ia berlaku pada pertandingan terakhir aku masa perwakilan peringkat negeri. Semua bukan calang-calang orangnya. Besar-besar semua (termasuk aku tapi aku bukan gemuk ok). Masa peringkat suku akhir, masa tu la berlakunya kemalangan. Aku patahkan tangan pihak lawan aku. Tulang terkeluar dan darah membasahi gelanggang. Aku terkejut sampai tak tahu nak cakap apa. Hanya melihat dia kesakitan saja. Budak tu dibawa ke hospital dengan segera. Aku pula tarik diri dari pertandingan tu. Cerita tu ditutup. Sebab tu la ramai yang tak tahu. Lepas dari kejadian tu, aku ingat aku boleh menerimanya dengan tabah, tapi aku sangat lemah. Aku dah kurang pergi ke dojo. Sensei aku pun tak tahu nak kata apa cuma bagi aku semangat saja. Dia suruh aku berehat panjang saja. Ya, aku buat keputusan untuk berhenti dengan rank black belt 2nd Dan.

Semua tu cerita lama dah. Sekarang ni aku masuk semula. Dengan harapan untuk isi masa terluang aku yang aku penuhkan dulu dengan my lover(sekarang ni dia dah takde). Aku masuk Dojo milik Sensei Kageyoshi (pure Japanese). Sensei tu memang orang jepun tapi dah lama makan belacan. So, boleh cakap melayu ok. Haha. Tapi aku bawah Sensei Adrian. Dia ni cina. Dia baik dengan aku. latihan dia bagi pun agak sesuai dengan aku. Dan aku ingat aku sambung dengan rank aku yang dulu, tapi telah naik ke rank black belt 4th Dan. Haha. Lagi 1 rank lagi nak habiskan black belt. Kat situ aku dapat ramai kawan dari international. Ada dari Korea, ada dari India, Indonesia dan Singapore pun ada. Tapi aku rapat dengan anak sensei kageyoshi, Kazuma dan Kazuki. Kembar dan sebaya aku. Tapi personality mereka tak sama. Kazuma seorang yang sangat kasar dan Kazuki pula nampak cool. Mereka baik dengan aku. Aku tak tahu kenapa. Diorang suka aku kot (huh? Gay?) haha. Tak kisah la. Diorang pun handsome juga. Aku suka tengok diorang. Opss…haha…;p

Apa-apa pun harap latihan aku habis cepat. Lepas je dapat rank 5th Dan, aku nak berhenti dan ambil kelas berenang pula. Hehe. (^_^)V

Monday, May 7, 2012

Valentine? Oh, Tidak…


14 Feb pada tanggal setiap tahun, orang ramai menyambut hari kekasih dengan pasangan masing-masing. Tak kira bangsa dan agama, semuanya sama saja. 1 Malaysia katakan. Haha.

Hari ni macam biasa la, kalau tak dapat banyak coklat memang tak sah la. Giler la. Walaupun dah stay kat KL, masih ramai lagi yang hantar coklat kat rumah aku (kat Pahang). Sory ladies, I cant eat yours chocolate cos im not there. Tapi takpe, adik aku yang tolong habiskan. Haha.

Aku ada date dengan lover aku malam tu. Aku memang taknak keluar tapi kerna dia, aku sanggup buat apa saja. Hehe. Kitorang keluar. Berkepit kat Wangsa Walk. Tengok wayang. Ramai yang jeles. Ada aku kesah. Aku yang paling bahagia masa tu. Dinner pula. Ada sesi suap menyuap pula. Ramai je yang menyirap. Lover aku menawan sangat. Laki-laki yang pandang jeles kat aku. Awek-awek pun jeles kat aku juga (huh? Motif?). haha.

Tapi memang best malam tu. Walaupun biasa saja. Tapi sangat memoriable. Kalau boleh memang nak dating hari-hari macam tu. (^_^)

Eh, Dia Ada Kat Sini?


Kisah kawan aku budak Jepun. Aku memang tak sangka akan jumpa dengan dia lagi. Kisahnya bermula seminggu sebelum birthday aku. Kenshi, kawan yang aku kenal suatu ketika dahulu, dapat kerja kat tempat yang sama dengan aku.

Masa tu aku berada di Shah Alam. Aku baca wallpost FB dia yang dia memulakan kerja pada hari itu ditempat aku bekerja. Siap tag place lagi. Memang sah la. Aku mesej dia terus lepas aku tengok tu. Haha dia pun tak sangka juga. Macam tak percaya.

Setelah aku balik ke HQ semula, aku ingat nak ajak dia lunch tapi dia asyik busy dengan kerja dia. Aku taknak kacau dia. Tunggu masa saja nak ajak dia keluar lagi. Dan kali pertama aku jumpa dia, waktu ada latihan kecemasan. Semua orang kena berkumpul kat court tennis. Kat situ la aku jumpa dia. Bukan susah nak cari dia. Dia yang paling tinggi antara semua. Haha.

Dan makin hari ke hari, kami kerap berjumpa. Kadang-kadang bergaduh. Tapi tak kisah sebab dah kawan, hubungan kami tetap rapat. Sehingga la satu masa tu, dah habis 3 bulan contract dia, dia berhenti. Rasa sedih pula tak dapat jumpa dia lagi. Tapi tak apa, aku masih boleh cari dia sebab dia ada diKL lagi. Jadi aku tak kisah. Aku masih boleh berhubung dengan dia.       

Birthday aku 24 tahun (^_^)


28hb Jan 2012. Tarikh ni ialah birthday aku yang ke-24. Hari yang biasa. Sepatutnya aku sambut dengan orang tersayang kat Singapore tapi si dia pula busy dengan kerja dia, terpaksa aku sambut kat KL je dengan BFF aku.

Pagi tu aku bangun lambat. Sebab malam tu aku keluar dengan BFF aku. Sambut birthday aku kat Icity. Yeah. Dan hadiah pertama aku dapat dari dia. Thanks Taufiq for the Big Teddy Bear. I always love you forever. You are my best BFF ever. Hehe. Pagi tu aku kemas bilik (bersepah la kunun). Bersihkan diri (mandi la). Binding diri aku dengan High Magic (untuk nasib baik dan sihat sejahtera). Grooming diri aku lawa lawa (make up ala ala diva ok). Sampai masanya aku pergi ke KL. 13 orang aku ajak tapi yang datang 3 je. Sedih dan sangat kecewa. Tapi tak apa la. Birthday aku. Apa-apa pun kena happy selalu. Hehe.

Yang datang semuanya staff tempat kerja aku. Am, Nik dan Rafie. Kami pergi karaoke kat redbox lowyat. Melalak sampai hilang suara. Haha. Lepas tu jalan-jalan cari barang. Then, balik rumah. Macam biasa la, Am yang hantar.

Hari yang memenatkan. 3 hari sebelum dan 3 hari selepas birthday aku, aku asyik keluar dengan kawan aku saja. 7 hari berturut-turut enjoy je. Nasib baik ada yang belanja aku. kalau tak, pokai habis. Hehe.

Hadiah Yang Terbaik


Cerita ni adalah memori aku pada bulan Januari dimana bulan kelahiran aku. Aku dapat keluarga baru. Hehe. Eh, aku dapat anak? Bukan la. Aku dapat yang lebih baik daripada itu. Sebuah kereta yang membolehkan aku bergerak lebih jauh lagi. Haha. (gelak sengal sorang-sorang).

Sebenarnya memang dah lama aku nak kereta. Akhirnya dapat juga kereta setelah sebulan aku aku mencari. Kereta secondhand je. Nak beli yang baru, bank ni banyak pula songeh dia. Nak tu la, nak ni la. So, aku cancel terus niat aku nak beli MyVi baru. Dengan itu juga, aku bergaduh dengan kawan aku. Padahal aku customer dia. Kenapa nak marah aku pula kan? Lantak aku la aku nak beli ke tak. Duit aku. hoho.

Kerete ape? Sabar la. Aku nak bagitahu la ni. Aku beli kereta Kenari. Kereta kegemaran aku dulu. Hehe. Family aku pun suka. Sebab dia lagi luas dari Myvi. Ramai boleh masuk. Macam bas pula. Sekarang ni. Bila aku balik, ramai je yang ajak keluar. Haha. Sengalkan. Tapi selalunya mak aku dah book aku awal awal. Biasa la. Nak aku bawa pergi kat tempat yang dia mahu. Layan je la.

Kondisi kereta tu agak baik tapi banyak yang perlu dibaiki lagi. Tapi tak kisah la. Aku aku repair sikit sikit (hantar kedai je). Nanti mayb nak tukar enjin, tinted dengan tukar warna je (airbrush ok). Dah tukar semua tu, aku nak letak nama baru. Sekarang ni dah ada nama pun. Soul nama dia. Kadang-kadang aku call dia Ken sebab singkatan bagi Kenari (boleh macam tu). Haha.

Apa-apa aku mula sayang pada Ken walaupun aku kena tinggalkan dia buat sementara. Tu pun masa aku kerja dan kat rumah je. Haha. Aku harap Ken tak tinggalkan aku sampai bila-bila. Dia la yang pertama untuk aku (walaupun nanti memang nak beli kereta yang baru). Mampus la kalau dia tau nanti. Haha.

Saturday, May 5, 2012

Apa Bezanya dengan Pelacur!!!

Bila pasal banyak skandle ni, aku tak kisah sangat. Pandai-pandai la cover kan. Tapi bila fikirkan semula, elok ke korang ada banyak skandle? Kekasih korang tu tak cukup ke untuk korang?

Aku ada kenal beberapa kawan aku yang memang banyak skandle. Kat mana-mana pun aku Nampak mereka asyik bertukar-tukar pasangan padahal mereka masing-masing dah mempunyai kekasih sendiri. Aku pun tak tahu nak kata apa.

Bila aku tegur, mula la mereka kata aku ni macam la baik sangat. Ya, aku memang mengaku yang aku dulu ramai skandle tapi aku takde pasangan hidup aku dan aku boleh buat apa yang aku suka. Mereka semua tu, aku tau siapa mereka dan kekasih mereka masing-masing. Bawa skandle mereka balik rumah la, pergi hotel la, rasanya dah macam pelacur aku tengok mereka. Bila aku kata macam tu, mereka kata balik ke aku semula. Nak pertahankan diri kunun. Dah macam pelacur tapi masih lagi nak menipu. Aku rasa malas nak tegur mereka lagi. Kawan je la. Tutup mata saja. Kalau tak, perang besar nanti. 


Saturday, April 28, 2012

My Lover study abroad T-T


Dah lama aku couple dengan dia. Aku sedar yang kami bukan seperti couple lain. Selalu berjumpa. Keluar date. Tengok wayang. Atau dinner bersama. Semua tu kurang. Sebab lover aku jauh dari aku. Aku hanya jumpa dia sekali sekala saja.

Baru baru ni kami kerap berjumpa. Aku apa lagi, memang seronok la bila bersama dengan orang tersayang. rupanya dia nak bagitahu berita baik pada aku. Dia kata dia akan sambung belajar kat UK. Memang berita baik untuk dia. Tapi aku, sedih untuk seketika. Setelah sekian lama tak jumpa, tu saja yang dia nak bagitahu aku. Dia nak sambung Master. Aku nak halang dia, aku tak mampu. Yang aku mampu ialah tersenyum dan doakan dia berjaya.

Perasaan aku rasa kurang selesa. Aku tahu banyak kemungkinan yang akan berlaku. Tapi aku dah janji dengan dia yang aku tunggu dia sampai dia balik. So aku kena tunaikan. Dia diam je. Aku tahu apa dia nak kata. Tapi tiap kali aku nak dia cakap, kami asyik bergaduh saja. Lebih baik aku diam saja.

Nampaknya aku bersendirian lagi. Aku harap tak sia-sia aku menunggu dia balik nanti. Sebab aku sayang dia. 

New Me...(^_^)


Woah…dah lama aku tak blogging. Rasanya follower aku benci kat aku tak??? (aku ada follower ke???) haha. Sory la. Aku busy sikit dengan keje dan masalah aku. Kalau ikutkan blog aku yang terakhir adalah dalam bulan Disember. Lama juga kan. 4 bulan tu. Tapi tak ape. Aku mula blogging semula. Rasanya aku ada banyak masa kali ni. Semoga ramai follower aku dapat. Please support me. Peace…(^_^)V