Sunday, May 29, 2011

OMG!!! You mangandung ke?


Haha. Sebenarnya bukan nak cerita pasal mengandung atau apa. Ni cerita pasal perut yang terjojol keluar atau lebih dikenali sebagai ‘Buncit’. Majoriti masalah perut buncit ini adalah daripada kaum lelaki. Perempuan yang buncit tu lain maksudnya. Huhu.

Anda mengalami masalah perut buncit? Gunalah prodak ini. Ia boleh selesaikan masalah anda. Korang pernah dengar iklan macam tu kan. Sebenarnya ubat takde kaitan dalam masalah tu. Yang kaitan dengannya adalah cara pemakanan seseorang itu. Kalau orang pandai jaga pemakanannya dan jaga kesihatan dengan baik, perut takkan buncit la. Malah, boleh jadi duta prodak makanan pula. Hehe. Malah boleh jadi Ratu Cantik (Jangan main-main. Nyah pun ada pertandingan Ratu Canti juga tahu).

Buncit ni selalu dikaitkan dengan lelaki yang dah berkahwin. Tapi yang belum kahwin pun dah over. Sampai tangki kat perut tu elok asalnya satu dah jadi 5-6 tangki. Haha. Dulu aku pun buncit juga. Memang merimaskan bila orang asyik nak sentuh perut aku. Apa lagi, diet sakan la aku. Haha. kurus juga akhirnya dalam masa 3 bulan. Sampai sekarang maintain je. Hehe.

Sekarang ni majoriti kawan aku dah banyak membuncitkan diri (Happy sangat). Motif yang tiada kaitan. Padahal kuat melantak. Ada orang tak kisah kalau dirinya buncit sebab dia fikir ada orang nak kat dia (pelik betul selera minah yang suka kat dia tu nanti). Ada orang pula memang tak suka buncit tapi asyik nak makan je 24jam. Ntah bila pula nak kurus tu. Haha.

Bagi aku, ada beberapa orang kawan aku yang buncit aku tak kisah sangat sebab diorang nampak comel. Hehe. Tapi ada segelintir orang yang buncit tu aku memang tak suka. Memang tak nampak cute pun. Perempuan tengok pun fikir 100 kali nak kahwin dengan dia ke tak. Haha. Yang ni pula memang aku takkan pandang. Buncit yang ada bulu. Lebat pula tu. Gelinya aku. Rasa nak cukur pakai mesin rumput je. Haha. Tapi nak buat macam mana kan. Dah tuhan takdirkan diorang macam tu. Cuma diorang je tak pandai nak jaga harta tuhan ni.

Apa-apa pun, masalah buncit ni boleh diatasi cuma usaha tu kena ada. Bukan hanya niat dan kata-kata je semata-mata. Kalau macam tu sampai bila pun takkan kurus. Aku pula ntah la. Tak tahu la aku ada masa depan atau tak? Kalau ada, harap aku tak buncit la. Hehe.

Saturday, May 28, 2011

Sorry Blackberry. Sorry Iphone.

Akhirnya, dapat juga phone yang sesuai untuk aku. Nak tahu phone apa? Cer citer cer citer. Haha. baik la, kita sambung ke episod akan datang. Hehe. Takde la. Nak citer la ni.

Kisahnya bermula pada sabtu baru ni. Asalnya saje nak tengok phone je. Ala…usha usha je dulu. Cari merata ni. Aku pergi dengan Shafiq, staff tempat keje aku tu. Dia pun nak cari barang juga kat Lawyat. Alang-alang pergi situ, cari la phone sekali. Hehe.

Masa sampai KL tu, kami jalan-jalan kat Times Square dulu. Biasa la. Cuci mata sikit (jangan fikir bukan-bukan. Cuci mata tengok barang-barang kat situ je. Biasa la, dah bergaji katakan). Hehe. Lepas tu baru la kami pergi Lawyat. Pusing punya pusing dalam tu, akhirnya jumpa juga yang sesuai. Iaitu Samsung Galaxy Ace. Cun giler. Macam Iphone. Hehe. Jadi, bila dah berkenan tu, terpaksa la pergi keluarkan duit dari mesin ATM (cari ATM CIMB kat Sg. Wang). Haha. Penat Shafiq jalan dengan aku. Then, aku beli. Canggih siot. Kalah Nokia 3310 (waklu. Memang la lagi advance tu). Hehe. Lepas tu kami pergi cari barang yang Shafiq nak pula.

Oh ya, kawan aku, John, Doktor kat HUKM tu, tiba tiba nak join dengan aku. Alang-alang dah lama tak keluar dengan dia, ajak la sekali. Shafiq pun tak kisah pun. Haha. kebetulan pula dia pun guna phone yang sama(baru beli semalam). Semua spec dia aku tanya dia je la. Kan senang. Huhu.

Habis kami pusing Times Square, Lawyat dan Sg Wang. Akhirnya kami pergi tengok wayang je. Ye la kan, bosan pula kalau shoping je tak ada hiburan. Nak tau wayang apa? Kitorang tengok, Kungfu Panda 2. Tergelak sakan aku sampai nak menangis. Haha. best memang best. Kalau ramai orang lagi best kot. Hehe.

Hari tu akhir dengan perpisahan (ye la, semua nak balik rumah la). Seronok. Tapi harap suatu hari nanti ada masa lagi untuk berseronok bersama. (^_^)

Wednesday, May 25, 2011

Kawanku Bertukar

Bertukar. Kamen Rider W. waklu. Ingat ini drama bersiri Kamen Rider ke? Bukan la, sebenarnya ni cerita pasal kawan yang tinggalkan kawan setelah dapat kawan baru. Memang tak guna kawan macam ni.

Seperti mana yang korang tahu, kita berkawan sebab kita bosan bersendirian. Sebab tu la kita cari kawan. Betul betul betul (trademark Ipin). Kita berkawan juga atas sebab kepentingan kita juga. Mana la tahu kalau kita susah diorang juga yang akan tolong. Tapi dalam bab ni, bukan aku nak cerita kebaikan berkawan sebenarnya, tapi keburukan yang melampau sampai tak sedar diri kononnya macam diva la sangat. Ni cerita pasal kawan yang dah lupa diri. Memang tu yang berlaku dalam rutin harian kita. Sekejap kita kawan dengan orang ni, sekejap kita kawan dengan orang lain.

Sebenarnya, orang jenis tukar kawan ni ada 2 jenis iaitu jenis parasit dan jenis move on. Jenis move on adalah jenis yang bait untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kenapa aku kata macam tu, sebab setiap orang ada hak masing masing untuk terus hidup. Takkan la kita nak bergantung pada kawan kita seorang saja. maksudnya, bila kita berpindah ke tempat lain, kita berkawan dengan orang ditempat tu. Kadang-kadang bila fikirkan semula, bila orang dah duduk kat KL tu, sepatah haram la nak cari kita semula kat kampung. Trust me. Kawan aku banyak macam tu. Bila dah belajar atau kerja kat KL tu, pergh, macam s**l berlagak dia tu. Balas mesej pun tak, ni kan pula nak jawap orang call. Alasannya sibuk. Padahal tengah enjoy dengan kawan-kawan baru yang gempak. Kawan kampung ni macam dah jatuh santard la. Hari raya je jumpa minta maaf jap. Sengal kan? Memang pun.

Jenis lagi satu ialah parasit. Jenis habis madu sepah dibuang. Ini la yang paling dahsyat s**l dia. Nak kawan dengan orang atas kepentingan diri sendiri. Maksudnya, jika seseorang tu ada kelebihan, dia akan cuba rapat dengan orang itu dan gunakannya. Ada juga kawan aku macam tu. Dulu elok je kawan dengan aku, oleh kerana perangai dia, aku tak rapat dengan dia tapi dia pula ada kawan lain yang boleh layan dia. Aku pun bukan ambil kisah pasal dia pun. Tapi sekarang ni dia berkawan dengan orang lain pula sebab bergaduh dengan kawan lama dia tu. Kawan dia sekarang ni pun jenis tak kisah tapi ntah sampai bila tak kisah dia tu. Jenis macam ni bahaya juga. Mulut memang manis. Layan orang macam layan adik beradik pula. Memang la mulia kita layan orang macam tu, tapi ada had juga kan. Takyah la nak over sangat.

2 jenis tu nampak macam sama je tapi sebenarnya berbeza dari segi keadaan. Aku pula bukan jenis 2 tu tapi jenis ambil semua yang ada kelebihan. Iaitu jenis berkawan dengan semua orang yang ada kelebihan sahaja. Haha. (^_^)

Nasi Lemak oh Nasi Lemak!!!

Sebenarnya aku bukan suka makan nasi lemak pun. Sebab ada ikan lor(aku tak makan ikan lor. Elegik ok). Haha.

Aku jarang makan nasi lemak sebenarnya. Bukan sebab elegik ikan tu, tapi sambal tu berminyak sangat lor(takut gemuk). Haha. dulu aku cuma makan nasi lemak kawan mak aku je. Sambal dia sedap. Memang citarasa lidah aku. Memang kalau beli yang orang lain punya, ada yang makan nasi je, ada yang terpaksa makan dan ada pula tengok je. Haha. pelik sikitkan. Kalau aku memang dah tak suka makanan tu, memang aku tinggalkan je. Memang la membazir. Tapi dah tak sedap, nak makan pun tak lalu la.

Sekarang ni ada nasi lemak yang agak sedap la(tapi takleh tanding dengan nasi lemak kawan mak aku tu). Ain(future Wife Am) yang beli kat tempat dia. Agak sedap juga la. Bila makan tu memang rasa tak puas la. Mesti nak sebungkus lagi(bukan aku tapi Am). Haha. apa-apa pun, aku rindu kawan mak aku punye nasi lemak tu. Nanti aku balik ek. Tolong siapkan 3 bungkus ye mak. Hehe. (^_^)V

Black Bird, Falcon.

Falcon adalah burung helang kecil. Bagi aku, dia binatang kedua comel(yang pertama kucing ok). Bunyinya sama dengan helang tetapi sedikit nyaring sebab saiznya yang kecil. Ramai yang mempeliharanya dari pada helang biasa. Ye la kan, sebab kecil. Dah la kecil, comel pula tu. Haha. I like.

Dah, sebenarnya bukan nak cerita pasa burung tu tapi cerita pasa motor aku. Model Suzuki Step. Jenis skuter automatik. Aku beli masa 2007 rasanya. Pakai duit aku ok (bayar muka je). Hehe. Warna hitam metalic. Cc125. Funtion lain tu aku tak tahu.

Aku bagi nama dia Falcon. Kenapa? Cer citer cer citer. Sabor la. Nak citer la ni wei. Nak tahu sebab apa, sebab motor tu keluarkan bunyi seperti burung. Ala kalau tak tahu tengok cerita Naruto (anime jepun tu. Ala-ala ninja yang ada kuasa tu). Bukan tengok naruto ok tapi cikgu dia, Kakashi. Semasa dia buat Chidori tu. Bunyi dia macam tu la. Hehe. Taip kali jalan je, mesti ada bunyi tu. Kalau hujan, laginya bunyi kuat. Haha. motor tu memang takde masalah sebenarnya. Orang kedai tu cuma salah setting break rasanya. Terlalu rapat atau kurang pelincir. Aku pun tak tahu. Tapi tak kisah la. Bunyinya tak la seteruk mana pun. Itulah Falcon.

Aku sayang dia. Dia banyak berjasa dengan aku. Excident pun sama-sama (Sebab aku yang cuai. Sorry Falcon). Tapi aku ada tinggal dia buat untuk setengah tahun. Masa tu aku belajar kat kedah. 6 bulan je. Aku rasa aku tak perlu susahkan Falcon untuk bawa sekali. Bila aku balik, pandai pula dia merajuk. Haha. taknak pula hidup bila aku start. Sebenarnya, adik aku yang guna motor tu masa aku kat sana. Dia jaga motor pun tak berapa, nasib baik la tak rosak apa-apa. Sekarang ni dia ada bersama aku. Tapi mungkin aku akan hantar semula ke kampung. Sebab aku nak beli kereta pula (Sorry Falcon). Hehe. (^_^)

Kawanku Bukan Kawanku


Pelik kalau tengok tajuk tu kan. Sebenarnya nak buat tajuk ‘Kawanku Tikam Dari Belakang’. Tak pun tajuk ‘Kawanku Musuhku’. Apa-apa je la. Janji tajuk tu berkaitan dengan apa yang aku nak bincangkan ni. Bukan apa, bab ni biasa dah jadi dalam hidup semua orang(kecuali orang yang kera sumbang). Aku pun pernah kena tikam belakang dengan kawan aku sendiri dan aku juga pernah tikam belakang kawan aku sendiri.

Tikam belakang kawan sendiri memang buruk sifatnya. Kesannya amat besar. Trust me. Aku tahu betapa seronoknya tikam orang dan aku tahu betapa sengsaranya bila terima akibatnya. Tikam belakang ni mungkin banyak sebab. Yang selalunya adalah untuk kepentingan diri sendiri. Ye la kan, nak hidup, kena la jatuhakan orang lain dulu sebelum orang lain capai hak kita. Itu jenis yang takut dirinya terjatuh. Sebab lain pula, adalah tidak puas hati dengan apa orang lain ada. Jenis cemburu gila baben tanpa sebab. Ye la kan, orang dah baik, elok je, tiba-tiba nak cari pasal pula dengan orang tu. Yang tu gila buli la. Ada juga sebab lain, tapi tidak la sekerap sebab 2 yang di atas. Sebabnya adalah ikut telunjuk orang atau pun menerima upah. Jenis ni suka ikut arahan tapi bukan jenis suka buli. Aku pula selalu tikam kawan aku atas sebab dia nak tikam aku dulu. Aku jenis reflex. Orang buat kat aku, aku balas semula. Tak susah pun. Ambil pisau, tikam la belakang dia. Haha.

Tapi yang paling tak best, bila kawan tikam kita pula. Sakit tu memang sakit terutama kawan yang kita percaya selama ni. Dulu aku selalu kena tikam belakang. Dulu aku baik (sekarang pun baik juga tapi tambah jahat sikit). Hehe. Dulu aku memang suka berkawan. Bukan dengan lelaki tapi perempuan. Kawan-kawan lelaki aku cemburu la sebab aku rapat dengan semua budak perempuan kat sekolah dulu (ada aku kesah ke?). haha. Then, aku dapat seorang kekasih yang sangat cute. Dia antara top10 kat sekolah tu. Biasa la. Mesti la ramai yang cemburu. Termasuklah kawan aku yang memang suka pada kekasih aku tu. Dia memang baik pada aku. Satu hari tu, kekasih aku langsung tak contact aku langsung. Kat sekolah pun dah makin menjauhkan diri. Well, tahu la aku ni macam ne, bila nak dapatkan maklumat, memang ghairah untuk mencarinya. Baru la aku tahu yang kawan aku sebarkan cerita buruk pasal aku kat kekasih aku tu. Apa lagi, memang dah jadi musuh la dengan kawan aku tu. Depan-depan aku baik dengan dia, belakang dia aku kena kan dia(maksud aku, aku upah orang kenakan dia. Aku bagi dia masalah satu persatu sampai dia tak boleh berdiri dan cari aku semula. Walaupun cara aku kejam tapi aku ni berperikemanusiaan juga. Aku akan bagi bantuan jika dia perlukan aku. Bukan susah pun. Minta maaf dan terima kasih saja yang aku perlukan. Aku boleh lupakan semua yang dia buat pada aku. Dengan itu saja. satu lagi masa kat kolej. Masa kolej dulu, aku tak rapat dengan bodak budak kelas aku. Aku kawan dengan orang luar saja. kenapa? Cer cite cer cite. Haha. kes cemburu. Biasa la kan, bila dah baik dengan lecturer, tak boleh nak kata apa la. Memang ramai yang cemburu la. Kawan aku ni pula memang pantang tengok orang lain manja lebih-lebih dengan lecturer(aku tak manja ek). Macam biasa la, dia baik kat muka depan tapi bila masuk bab tengah, dia bersekutu dengan budak-budak lain supaya pulaukan aku. Mulut dia lagi manis dari air gula. Tak sangka kawan baik aku pun boleh percaya kata dia. Aku apa lagi, mulakan la bab akhir sekali, aku jatuh dan aku bawa dia jatuh sekali. Haha. sama-sama dipulaukan. Haha. bodoh juga cara aku ni. Tapi aku tak kisah. Aku masih lagi ramai kawan daripada dia. Dan kawan aku bertambah setiap hari. Sebab tu aku tak kisah sangat. Hehe.

Tapi biasa la, selalunya mesti ada orang nak tikam belakang. Even, hal kecil pun ada orang nak tikam belakang. Tapi tak kisah la. Tikam atau ditikam pun, itu tuhan dah tetapkan. Anggaplah itu ujian tuhan. Kalau pandai selesaikan, tuhan makin sayang kat kita. Kalau asyik nak tikam je, syaitan pula sayang kat kita. Betul tak? Haha.

Saturday, May 21, 2011

I Miss My Club

Dulu aku ada club aku sendiri. Bukan kelab or persatuan. Tapi kelab untuk orang VIP tu. Hehe. Club kami tak berdaftar dengan mana-mana pihak. Ini club P&C. Nama club aku tu adalah 13 Spirit yang terdiri daripada 13 ahli.

Motif club ni ditubuhkan kerana hobi kami semua adalah sama. Iaitu mengkaji fenomena pelik. Macam Seeker tu la. Kaji tentang kewujudan hantu tu. Tapi kami mengkaji secara menyeluruh. Hantu, alam, mistik, Malaikat, Syaitan dan sebagainya. Hobi ni memang bahaya tapi sangat seronok.

Dalam club kami ni, kami menggunakan code nama untuk menjaga identiti sebenar kami. Ketua kami adalah 1 a.k.a. Alexander. Dia la yang mengumpul kami semua dengan kebolehan psikik dia tu. Macam Prof X dalam Xmen tu. Haha. Dia asalnya bersama dengan 2 kawan rapat dia iaitu 2 a.k.a. Ryujin dan 3 a.k.a. Maxwell. Diorang bertiga memang dah kawan sejak tadika lagi. Tak hairan la mereka boleh mempunyai hobi yang sama. Seterusnya mereka jumpa 4 orang lagi. Alexander jumpa 4 a.k.a. Esmond dan 7 a.k.a. Apollo semasa mereka di dalam kelas yang sama masa sekolah dahulu. Ryujin jumpa 5 a.k.a. Dominique semasa mereka dalam kelas taekwando dan 6 a.k.a. Valentine semasa membeli barang dikedai keluarganya. Kemudian, Dominique mengajak kawannya 8 a.k.a. Lavender dan Lavender mengajak kawannya pula 9 a.k.a. Theodoric. Valentine pula mengajak kawannya 10 a.k.a. Fiorenzo yang satu sekolah dengannya. Akhir sekali Ryujin jumpa 11 a.k.a. Paladin semasa pertandingan Taekwndo peringkat Daerah, Maxwell jumpa 12 a.k.a. Solomon iaitu kawan sekolah lama dia dan Alexander jumpa aku, 13 a.k.a. Fabrizio semasa dia pindah berhampiran rumah aku. Akhirnya kami menamakan club kami 13 Spirit.

Kami semua mempunyai kelebihan masing-masing. Kami dapatkan banyak maklumat dengan cara masing-masing. Banyak kami mengkaji dan belajar. Malah kami memahirkan dalam penggunaan kuasa ajaib. Kiranya kami ni Ahli Sihir la. Haha. Takde la sampai macam tu sebenarnya. Belajar untuk suka suka. Tak guna untuk jahat pun (tapi sekarang ni memang guna untuk kenakan orang. haha). Dapatkan maklumat memang susah. Nak kena buat banyak research. Tapi bila dah dapat, mula la hati rasa seronok. Biasanya kami aktif waktu malam saja. ye la kan, mana ada hantu keluar waktu siang (wrong, sebenarnya ada). Tapi siang kami sibuk dengan rutin harian. Memang la kami buat waktu malam saja. haha.

Walaupun sibuk dengan hobi, kami masih luangkan masa bersama untuk bersukaria macam orang lain. Buat party. BBQ. Berkelah. Melancong. Dan banyak lagi aktiviti kami buat bersama. Tapi sejak akhir-akhir ni, ketua membuat keputusan untuk bubarkan club ni. Katanya, maklumat tentang dunia ni dah terlalu banyak kami kumpul. Hanya satu maklumat yang tak pernah cukup dan tak mungkin akan jumpa. Jadi, tanpa maklumat tu, kerja kami semua ni hanya sia-sia saja. kami tak fikir pun macam tu. Tapi apa boleh buat. Terpaksa bubarkan juga la. Kami dah jarang berjumpa kerana mula sibukan diri dalam hal dunia ni pula. Tapi kadang kadang tu kami akan berkumpul sama-sama. Reunion katakan. Memang seronok bila berkumpul semula. Hehe.

Chocolate Cake


Membuat kek adalah salah satu kemahiran aku yang paling aku mahir. Terutama membuat kek coklat (sebab selalu buat dulu). Hehe. Membuat kek ni mestilah kreatif dan membuat dengan penuh kasih sayang. Baru la kek yang dibuat tu sedap.

Haha. Sebenarnya aku minat memasak. Semua aku belajar dari mak aku. Sebab masakan dia sedap. Aku dah mula belajar sejak aku sekolah rendah lagi. Aku mula dengan menggoreng dan merebus. Seterusnya baru la aku mula memasak lauk pauk yang simple seperti ayam masak kicap, ayam masak merah, rendang dan kari. Lepas tu baru la aku beralih arah belajar membuat kek dan biskut. Aku buat biskut pun untuk Hari Raya je. Kek pula aku buat sebab si dia suka makan. Masa first time buat dulu, dia la orang yang pertama rasa dan dia kata sangat sedap. Tu yang buat aku rasa bersemangat untuk terus buat kek. Dari satu pasangan ke satu pasangan lain (maksudnya, aku break dan couple dengan orang lain), aku membuat kek. Mereka semua sukakannya. Takde yang tak suka. Kawan-kawan aku pun kata sedap sampai nak tempah buat untuk harijadinya nanti. Haha. Tapi aku selalu sibuk. Nak buat kek pun kena tunggu masa yang lapang.

Membuat kek memang seronok. Tengok orang makan pun seronok juga. Rasa macam puas dan senang saja. kek yang aku buat memang sedap (orang yang kata. Bukan aku). Rahsia? Rasanya takde apa-apa rahsia kot. Kalau ada pun, bak kata Siti, Biarlah Rahsia. Hehe. Sekarang ni dah kerja. Rumah sekarang pun takde kelengkapan untuk buat kek. Jadi, aku tak buat kek dah. Bukan berhenti membuat tapi tak dapat nak buat saja. kalau ada sesiapa nak rasa kek aku, sila sediakan bahan dan dapur untuk aku masak. Ok. (^_^)V

Purple and Black My True Color


Dulu warna kesukaan aku merah. Tapi tak pernah kena pun dengan aku warna tu. Merah nampak ganas, berani dan keghairahan. Aku pula terlalu baik. Memang tak nampak pun sifat aku tu. Aku pilih biru pula. Warna itu juga tak serasi dengan aku. Biru nampak karisma, metroseksual dan cool. Masih tak nampak diri aku. Akhirnya aku dapat warna aku, ungu. Misteri, semangat dan bangsawan.

Kalau ikut zodiak aku, aku adalah Aquarius tahun Naga. Iaitu Naga Air dan Angin. Kristal jenis Aquamarine dan Saphire. Simbol Planet Uranus dan Saturn. Warna asal adalah biru dan putih. Tapi bukan itu sifat aku. Tapi ada yang hampir sama dengan tu. Iaitu Naga Ais. Kristal jenis Amethyst. Simbol planet Bulan. Warna ungu. Itu baru sebenarnya sifat aku.

Orang kata ungu adalah sifat perempuan. Are you sure about that? Oh please la. Pemilihan warna adalah hak masing masing. Tak kisah orang nak kata apa pun. Bila kita dah serasi dengan warna tu, nak buat macam mana kan. Aku pilih warna ungu sebab menunjukkan Spirited dan Magical. Boleh dikatakan aku ni Wizard(ahli sihir) la. Hehe. Try me. Kalau berani, cari la pasal dengan aku (rekaan semata-mata). Please don’t. I’m not cruel enough(maksudnya, belum cukup jahat lagi. Kena berusaha lebih lagi). Haha.

Tapi kalau terlalu banyak ungu pun orang akan kata yang bukan bukan juga. Hm…susah nak jadi manusia ni kan. Oh ya, mesti tertanya pasal warna hitam tu kan. Kalau nak tahu kenapa aku pilih hitam, kena jumpa aku sendiri. Baru korang akan tahu.

Fruits Basket


Tohru Honda seorang pelajar sekolah menengah yang kehilangan emaknya dalam kemalangan jalanraya. Dia tinggal bersendirian di dalam sebuah khemah. Dia tidak menyangka tempat yang dihuninya adalah kawasan larangan dari keluarga Sohma, iaitu rumah kawan sekelasnya, Yuki yang tinggal bersama sepupunya, Shigure dan Kyo. Keluarga tersebut mempunyai rahsia tersendiri. 13 anggota keluarga tersebut dimiliki oleh Roh Zodiak Cina dimana mereka akan berubah menjadi haiwan zodiak apabila mereka dipeluk oleh berlainan jantina, lemah atau ketika mereka stress. Apabila Tohru dapat tahu rahsia keluarga tersebut, dia berjanji tidak akan memberitahu sesiapa dan balasannya dia dapat tinggal serumah dengan mereka. Dengan kehadiaran Tohru didalam keluarga tersebut, dia telah mengubah pandangan semua orang tentang rahsia itu dan dia ingin mematahkan sumpahan itu supaya mereka semua hidup gembira seperti manusia biasa.

Itu adalah serba sedikit plot cerita anime Fruits Basket. Salah satu cerita kesukaan aku yang membuat aku rasa terharu sangat. Kalau tak percaya, tengok la sendiri. Huhu. Apa motif yang aku nak sampaikan adalah banyak. Dalam cerita ni memang banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Contohnya ada episod yang aku rasa terharu sangat. Dimana mereka ada menceritakan tentang Pengembara Yang Bodoh (cerita tu bahasa Jepun. Aku alih bahasa supaya senang faham). Salah seorang keluarga Sohma ceritakan kisah tu pada ahli keluarga yang lain. Kisahnya tentang pengembara yang suka menolong orang. Pengembara itu sangat lurus. Dia masuk ke sebuah perkampungan. Seluruh penduduk kampung itu meminta pertolongan dari pengembara tersebut. Pengembara tersebut memberi segala benda yang ada pada dia sehinggakan dia tidak memiliki apa apa lagi. Orang kampung tersebut langsung tidak berterima kasih di atas pemberiannya tapi dia tidak kisah dan masih tersenyum melihat keadaan orang yang ditolongya. Dia ingin mengembara ke kampung lain pula. Oleh kerana dia berkeadaan sangat naif dan tak mempunyai apa apa pakaian ke atasnya, dia melalui jalan hutan. Didalam hutang tersebut terdapat hantu yang lapar. Dia pergi ke arah pengembara tersebut. Hantu itu bertanyakan pada pengembara tersebut jika pengembara tersebut dapat memberi tangannya untuk dimakan oleh hantu tersebut. Pengembara tersebut dengan gembiranya memberi tangannya pada hantu itu. Dia tersenyum dapat menolong hantu tersebut. Apabila hantu itu meminta lagi anggota dia yang lain, dia memberinya sehingga la pengembara itu hanya tinggal kepalanya tanpa mata. Hantu itu dengan senang hati berterima kasih pada pengembara tersebut malah dia memberi hadiah kepada pengembara itu, iaitu sehelai kertas yang bertuliskan ‘Bodoh’. Pengembara itu tak dapat melihat apa yang ditulisnya tetapi dia menangis kegembiraan kerana selama dia mengembara, tiada seorang pun yang berterima kasih padanya malah memberi hadiah kepadanya walaupun sehelai kertas. Akhirnya, pengembara itu mati dalam kegembiraan.

Motif dia menceritakan kisah tu sebab pengembara tu sama sifatnya dengan Tohru. Dia menolong orang lain tanpa mengisahkan tentang betapa susah dirinya untuk hidup. Tapi kenapa dia nak buat begitu? Kenapa dia tak pernah nak fikirkan tentang dirinya? Kenapa dia nak menolong orang lain sedangkan diri sendiri memerlukan pertolongan? Apa perasaan dia sebenarnya? Kenapa dia boleh tersenyum walaupun diri dia ada masalah?

Sebenarnya kita perlu faham perasaan orang lain. Kita jangan ingat orang yang tolong kita itu tak mempunyai masalah sendiri. Mereka sama saja dengan kita. Kita patut adil. Jangan asyik nak menyusahkan orang lain jika kita taknak susahkan diri untuk tolong orang. Biarpun dengan orang yang kita tak kenal, buat baik pada mereka. Tuhan maha adil, bila korang ada masalah nanti, dia akan hantar orang yang akan tolong dengan masalah korang nanti. Trust me. I learn from her, and I do it to other people. Yang penting kita ikhlas tolong orang dan sentiasa senyum. Hehe. (^_^)

Love Me or Love Me Not???


Bila single, bosan pula keseorangan. Bila dah berteman, memang susah nak anggap apa yang kita mahukan. Cemburu dan salah faham selalu timbul bila dalam sesuatu hubungan. Begitu juga dalam kisah hidup aku. Bukan saja sekarang tapi hubungan aku dulu pun sama saja.

Memang betul bila kita cintakan seseorang, semua perkara kita akan risau. Kita akan timbul banyak persoalan yang membuatkan kita mahukan kepercayaan dari orang yang kita sayangi. Memang tak salah kalau kita nak tahu sejauh mana sayang tu pada kita. Tapi jangan la buat sampai merimaskan pasangan kita tu. Kita tahu sayang tu memang tak boleh nak ditunjukan dengan rupa atau perbuatan. Sebab benda tu hanya dapat kita rasa bila masing-masing suka sama suka. Ada orang kata ia memang boleh ditunjuk tapi bila suruh buktikan, memang takde jawapan yang boleh ditunjukan. Mulut hanya berkata-kata. Tapi masalahnya, betul ke mulut tu berkata? Yang tu akan jadi persoalannya. Sebab tu la cinta ni susah nak dikatakan.

Jawapan yang paling sesuai ialah, percaya. Percaya pada pasangan kita. Bukan percaya yang negatif, tapi percaya yang positif. Tu akan buat rumahtangga kita kukuh. Manusia ni memang lemah. Tak tahan dengan nafsu sebenarnya. Nak kata perempuan ada 9 nafsu 1 akal, lelaki 9 akal 1 nafsu, salah tu. Lelaki dan perempuan sama je. 10 nafsu 0 akal. Ada ke manusia nak berfikir tentang hidup masing-masing? Nope. Takde pun. Semuanya memilih juga. Memilih untuk kepuasaan hidup je. Ada yang cantik. Ada yang kaya. Ada yang on. Rembat je. Bukan kisah pasal hidup pun. Ada semua tu, hidup dah senang. Tak perlu fikir apa kesannya. Sebab tu la susah nak cari pasangan yang betul-betul boleh hidup sama dengan kepercayaan masing-masing.

Kepada si dia, kalau awak baca blog ni, tolong la tahu yang saya cuma sayang awak seorang saja. kalau awak nak meragui cinta saya pada awak, itu terpulang la. Sebab saya tahu diri saya. Saya tahu had saya. Saya cuma harap awak percaya dan boleh terima saya seadanya. Kalau awak taknak, lepaskan saya. Biarkan saya teruskan hidup saya. Saya bukan jenis akan setia pada yang satu. Sebab saya pun kena hidup. Saya tak suka menunggu pada apa yang dah takde.

Mimpi...!!!

Orang kata ia cuma mainan tidur saja. mungkin benar dan mungkin tak. Bagi aku, mimpi aku semuanya jadi benar. Tak pernah pula aku mimpi sesuatu yang fantasi yang aku inginkan ada mimpi buruk yang boleh buat aku terjaga dari tidur.

Perkara ni mungkin dah menjadi kebiasaan. Perkara yang kita mimpi akan berlaku dalam hidup kita. Cuma tak tahu bila kejadian itu berlaku. Atau kata lainnya, DejaVu. Perkara yang kita rasa ia berlaku buat kali kedua. Mengikut kajian manusia cerdik kat bumi ini berkata, perkara sebegini adalah cuma permainan hidup. Seperti macam game, kita sering lakukan kesilapan dan kita akan memulakan ia semula. Mungkin ini masuk akal juga. Manusia yang beriman berkata(dari semua agama), majoritinya berkata manusia telah lakukan kesilapan yang sama waktu hayat yang lepas. Dan tuhan berikan semula kehidupan yang baru supaya boleh belajar dari kesilapan yang lepas. Tapi dah namanya manusia, memang tak pernah lakukan perkara yang betul. Haha.

Tapi aku tak kisah semua tu. Asalkan aku dapat tidur sudah la. Penat jadi manusia ni. Banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Takkan la nak fikir tentang mimpi saja. Bila dah berlaku, biarkan saja. Aku bukannya hero atau penyelamat dunia bila aku mimpi masalah orang lain. Tapi kadang-kadang aku ambil berat juga. Hanya untuk keselamatan diri la. Hehe. Apa-apapun, aku nak kata, Aku bukan peramal tapi aku tahu masa depan korang(berlagaknya. Lakonan semata-mata. Memang ada kaitan dengan orang yang hidup dan yang dah mati pun). Haha…

Senyum (^_^)

Aku tak tahu apa masalah orang lain bila aku suka senyum. Aku ni pelik sangat ke? Aku rasa aku masih normal lagi. Nak kata gila pun aku masih boleh berfikir lagi. Biasa la manusia ni, pantang nampak orang lain pelik sikit. Bagi dia, apa yang dia buat tu semuanya normal la (ni manusia yang angkat bakul sendiri). Tolong la. Korang pun ada juga tabiat pelik korang juga. Don’t judge other if don’t know yourself first.

Ni tabiat aku. Memang aku suka senyum. Always smile. Hehe. (^_^). Ya, memang ada sejarah aku sendiri. Oleh disebabkan janji aku pada dia. My first beloved BFF, Daniel. Kawan rapat aku masa sekolah dulu. Dulu memang aku rapat dengan dia. Dan dia suka tengok aku senyum. Sebab masa tu memang susah nak tengok aku senyum. Nak kata aku jenis dingin, tak juga. Memang aku jarang senyum la dulu. Then, suatu hari tu dia meninggal. Memang aku sedih giler. Apatah lagi nak senyum pada orang masa tu. Rasanya hampir 3 bulan. Tiba-tiba aku dapat surat. Surat tu Daniel tulis hari sebelum dia meninggal tu. Mak dia baru bagi sebab mak dia baru balik dari luar negara masa tu.

Dalam surat tu tertulis perkara yang personal. Jadi tak boleh cerita lebih-lebih pula. Hehe. Tapi apa yang dia cuba sampaikan, dia tahu yang aku ni sedih atas pemergian dia dan dia harap aku lepaskan dia dan mulakan hidup baru. Tapi tak lupa juga, hidup dengan senyuman yang paling manis yang penah aku beri pada dia dulu. Kerana dia nak tengok setiap hari. Dari atas sana. Muka aku berubah. Aku fikir aku kena mulakan semula. Aku akan selalu senyum pada orang lain. Aku berjanji pada dia. Tu janji aku.

Tapi bila dah mula senyum, sampai sekarang ni masih tersenyum lebar. Sebab aku masih dapat rasakan kehadiaran dia. Dia memandang aku setiap hari tanpa rasa jemu. I realy miss you, Daniel. Hehe. Biarlah. Perkara pun dah lepas. Yang pergi tak mungkin akan kembali. Betul tu.

Aku senyum setiap hari. Aku suka macam tu. Orang ada juga tanya aku, aku ni takde masalah ke? Manusia mana la takde masalah. Mesti la ada. Cuma bukan jenis aku suka menunjukkan masalah aku pada orang. Aku ada cara aku sendiri untuk aku luahkan masalah aku. Tapi biarpun ada masalah, aku akan senyum juga. Sebab semua masalah boleh diselesaikan. Aku senyum kerana aku kena tenang dan sabar untuk hadapi semua tu. Kalau tak, satu apa pun takkan selesai. Betul tak? Hehe. Apapun, selalu la senyum. Jangan selalu marah. Nanti cepat tua. Dah la tua tapi perangai masih tak matang lagi. Oh please la. Jadi la orang yang matang ikut kesesuai rupa tu ok. Jangan nak jadi budak-budak pula. Aku takpe, aku muda lagi. Haha…senyum selalu. (^_^)V

Tuesday, May 17, 2011

Bila Cinta Tak Dibalas

Aku pelik dengan sesetengah orang ni. Bukan sebab apa, cuma bila suka seseorang tu tak pernah nak cuba untuk luahkan. Sebab orang takkan tahu kalau kita tak tunjuk. Betul tak?

Masa aku mula single dulu, aku usaha dan usaha untuk dapatkan pasangan. Aku pun bosan juga bila bersendirian. Tapi bila aku dapat 1, mesti ada 3-4 orang yang suka kat aku juga. Geramnya aku. Kenapa la tuhan tak bagi satu je yang aku suka. Subhanallah. Sabar je la. Aku sepatut bersyukur sebenarnya. Sebab ada orang sanggup sukakan aku yang tidak seberapa ni.

Ok, berbalik semula dengan cerita tadi, bila aku dapat seorang yang aku suka, aku mula rapatkan diri aku dengan si dia. Tapi aku bukan jenis berterus terang sebab aku takut aku tepuk sebelah tangan saja. pada masa yang sama, ada orang suka pada aku. Aku layan mereka macam biasa sebab bila orang suka kat kita ni memang ada banyak maksud dan susah untuk dipercayai. Ye la kan, aku tahu la macam mana keadaannya bila terima orang yang suka kat kita. Bila kita mula dah suka pada orang macam tu, mula la orang tu buat hal. Sebab tu la aku lebih suka cari orang yang aku suka. Biar la aku tegur orang itu banyak kali pun sampai aku dapat, sebab itu ujianNya. Bila dah dapat, baru la rasa kita sayang pada pasangan yang kita dapat tu. Tuhan dah kata, kalau nak sesuatu, kita mesti usaha. Biarpun ia susah nak dapat, jangan mengalah, cuba lagi dan lagi. Kalau tak, cari yang lain dan cuba perkara yang sama. Mesti dapat punya.

Itu aku tak kisah sebenarnya. Tapi yang menjadi masalahnya bila orang yang suka kat kita tu tak nak usaha dapatkan kita. Ye la, dia fikir aku layan baik pada dia maknanya aku suka pada dia la tu. Maaf sangat sangat. Aku memang layan semua orang sama je cuma cara aku layan terlalu baik pada orang. Kalau dia rasa yang aku akan melamar dia sebab dia baik pada aku, salah tu. Kalau orang baik pada aku ada banyak sebab. Tolong la faham. Aku ni jenis lurus. Aku memang takkan faham kalau dia tak bagitahu. Kalau nak aku lamar dia, so please luahkan apa yang dia rasa. Aku boleh terima kalau betul-betul ikhlas. Tapi kalau masih nak berteka teki dengan aku, memang aku takkan faham sampai bila-bila la.

Peringatan orang yang kat luar tu, aku masih boleh terima lagi sesiapa yang betul-betul ikhlas untuk cintai aku. Tapi buat masa sekarang ini, aku dah memiliki orang yang aku suka dan yang aku usaha dapatkan dia setelah sekian lamanya. Aku tak mengharapkan perpisahan, aku harap kita masih boleh berkawan lagi sampai bila-bila. Keep in touch ok. (^_^)V

Can Glass

Macam biasa la, McDonald telah membuat promosi Coke Can Glass (gelas berbentuk tin minuman) selama 2 bulan rasanya. 7 hari setiap warna. Dan ada 6 warna untuk dikumpulkan.

Aku pula cuma nak warna kegemaran aku saja, ungu. Hehe. Aku dah dapat satu. Jadi, yang lain tu aku tak kisah sangat dapat atau tak. Huhu. Tapi yang aku geramnya, bila aku nak beli tu. Macam ni ceritanya. Aku biasanya makan tengah hari kat McD je. Minggu ni warna biru. Nak tahu kenapa aku geram sangat, baru je 3 hari gelas warna biru dikeluarkan, dah habis semuanya (McD kat rumah aku ni la). Ramai sangat orang suka gelas macam tu kot. Tapi aku tak kisah sangat. Masa warna ungu dulu tak ramai pula yang nak beli. Ada je gelas yang lebih masa gelas biru tu keluar.

Minggu depan dah keluar warna merah jambu pula. Kalau sempat beli nanti nasib la. Huhu.

Kereta Oh Kereta

Bila tengok kawan-kawan aku, kebanyakan mereka sudah memiliki kereta sendiri. Ye la kan, mereka dah bekerjaya. Aku pula baru je mulakan kerja. Nak beli kereta pun belum cukup lagi nak bayar muka. Hehe.

Aku teringin nak beli kereta sendiri sekarang ni. Nak menunjuk kat orang sebenarnya. Hehe. Takde la, sebenarnya untuk jalan-jalan. Susah kalau naik motor ni. Terutama sekali bila nak pergi KL. Memang bahaya. Kereta pun bahaya juga tapi sekurang-kurangnya kalau berlanggar kat KL tu pun takde la sampai cedera parah. Cuma kemek kereta je. Tapi duit tetap melayang la. Hehe.

Aku suka banyak kereta sebenarnya. Kereta yang simple dan comel. Macam Wolksvagen Beetle, Suzuki Swift, Perodua Myvi dan Mini Cooper. Proton Syvi dan Satria Neo pun agak suka. Tapi yang paling menjadi keutamaan ialah Suzuki Swift. Memang kereta impian tu. Hehe. Kalau ada duit banyak, memang dah beli cash dah pun kereta tu. Hehe. Tapi nak buat macam mana kan. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Jadi, beli saja kereta yang mampu.

Walauapa pun nanti, bila dah tahu kat mana kena hantar nanti, baru la boleh beli kereta. Kalau tak kena hantar pun masih lagi kena beli kereta. Hehe. (^_^)

Early Day Work

Aku paling suka bila aku kerja waktu awal pagi. Tempat kerja aku ada shif juga walaupun tak perlu sebenarnya. Kerja awal pagi maksud aku ialah aku masuk pukul7 pagi. Sebab apa? Aku nak balik awal sebenarnya. Pukul4 petang habis kerja aku. Then, balik rumah berehat sambil tengok movie. Hehe.

Kerja awal pagi ni memang ada baik dan ada buruknya. Baiknya sebab boleh balik awal ataupun OT sampai habis waktu kerja (masyuk weh). Yang buruknya ada macam macam. Yang ni yang kurang selesa kalau nak ceritakan. Tapi memang kena ceritakan mengikut pengalaman aku selama aku kerja ni.

Keburukan yang pertama, bila datang kerja tu, kalau dah ada staff yang lain sampai dulu ok la. Tapi bila aku yang sampai dulu, seram sejuk pula rasa bilik tu(ofcos la. Ada aircond lor). Bukan itu maksud aku, yang satu lagi. Seorang diri tapi rasa berteman pula. Huhu. Pertama kali aku datang kerja awal pagi tapi takde siapa pun dalam pejabat. Aku seorang saja. aku ingat staff yang bertugas dengan aku dah datang dah. Aku tunggu punya tunggu, langsung takde. Macam macam bunyi ada (korang jangan fikir bukan bukan pula. Bunyi orang tengah renovation dan bunyi aircond ok). Huhu.

Bila dah datang awal tu, banyak kerja pula kena support. Kena jaga network. Tengok AMQ (sistem yang diguna oleh pejabat aku). Kena jadi helpdesk (bergayut sakan la wei). Ye la kan, kerja shif pagi ni cuma 3 orang saja tapi kena buat kerja untuk 5 orang masing-masing. Tapi tak kisah la. Kalau boleh selesaikan, nasib baik la. Kalau tak, perkara macam ni akan terjadi.

Bila network down, ramai pelanggan tengah berbaris nak cepat. Juruteknik pula tak cukup nak tolong selesaikan dengan cepat. Mula la banyak aduan. Lepas tu kena marah dengan bos pula. Yang tu adalah kesan yang paling buruk. Buat masa ni belum lagi la. Hehe.

Apapun kerja aku ni takde la berat pun. Kena pandai hidup la. Tapi kemungkinan aku akan kena hantar keluar. Maksud aku hantar ke cawangan luar. Jadi, aku kena bersedia untuk hidup. Good luck for my work. Harap aku boleh kekal kerja ni. (^_^)V

Karaokeeee.....

Menyanyi depan televisyen yang memaparkan lirik lagu dan menyanyi ikut gaya tersendiri. Siapa yang tak suka karaoke. Semua orang suka. Cuma malu atau tak je. Aku pun suka sangat berkaraoke ni. Terutama bila aku tengah moody.

Bila cerita pasal karaoke ni, aku dulu karaoke kat Kilat (satu tempat hiburan kat kampung aku dulu). Aku rasa masa aku form 3 atau 4 rasanya. Pergi dengan geng geng merempit (Kenapa? Korang ingat aku budak baik takleh kawan dengan geng geng macam tu ke?). biasa la, kalau dah pergi dengan diorang, mesti lagu lagu lama diorang akan nyanyi terutama Cinta Kain Putih. Yang tu kawan aku selalu nyanyi sampai paksa aku hafal lagu tu (geramnya tapi rindu pula masa tu). Dah, habis pasal tu. Hehe. Takde la. Sejak berkaraoke tu, dah mula pergi ke Kuantan pula. Dari Karaoke Jamban ke Karaoke Room. Gigih ni. Setiap hujung bulan, set dengan member ramai-ramai pergi karaoke kat Kuantan. Haha. Memang kelakar kalau diingatkan semula.

Sampai la aku masuk ke kolej. Aku masih berkaraoke dengan kawan-kawan aku tapi tidak sekerap dulu. 3 bulan sekali baru dapat karaoke sebab kebanyakan kawan aku masing-masing sambung belajar. Kawan kolej aku pula bukan jenis karaoke. Tak sedih pun sebab ada aktiviti lain yang aku boleh buat dengan mereka.

Tapi yang lebih seronok adalah lepas aku habis belajar. Aku dapat kawan baru dan masing-masing memang suka karaoke. Semua tempat kami karaoke. Dan paling yang menyeronokan bila kami berkaraoke kat kedai makan. Menyanyi live depan orang ramai. Seronoknya. Masa tu la baru tahu macam mane jadi artis sekejap. Haha. Dengan rasa gementar dan takutnya, nyanyi tanpa rasa malu. Sekarang dah biasa dah. Nak nyanyi depan orang ramai pun dah tak kisah. Tapi aku masih suka nyanyi diKaraoke Room. Aku selalu pergi ke Redbox. Kat situ saja aku boleh berkumpul dengan kawan-kawan aku. Dan kat situ juga aku boleh tahu perangai sebenar mereka. To all my beloved friend, aku sangat rindu masa karaoke bersama korang semua dulu. Kalau ada jodoh, harap boleh karaoke bersama lagi. Miss you guys. (^_^)

Bleach!!!

Cerita anime yang watak utama dia tu Ichigo yang ada kuasa Shinigami tu? Oh bukan. Bukan nak cerita pasal dia sebenarnya. Nak cerita pasal mewarnakan rambut. Tajuk ni aku suka juga. Sebab aku pun pernah warnakan rambut. Hehe.

Kisahnya bermula bila aku tengok rambut kawan aku. Perang giler macam Mat Salleh. Ofcos la kulit dia sesuai dengan warna macam tu. Jeles pun ada juga sebab kalau aku buat macam dia, ntah jadi apa pula. Haha. (lagi hesem kot. Takleh bla). Tapi bila tengok dia, rasa macam nak buat juga rambut macam tu. Rasanya tak dapat kot. Sebab dah kerja ni memang susah sikit la. Orang akan pandang serong pula.

Teringin tu memang teringin sangat. Nak buat grey atau pun silver. Baru gempak sikit. Haha. Bila jalan kat luar je, mesti ramai yang akan terpegun sekejap. Yang dah ada pasangan tu, langsung dah taknak pandang pasangan dia dah (kuatnya daya imaginasi aku). Haha. Tapi memang betul. Bila nampak pelik atau lain sikit, ramai yang akan pandang. Lumrah manusia yang mempunyai sifat macam tu. Apapun nanti, aku akan warnakan rambut aku ikut kesukaan aku. GBU…

4 Days Off

Banyaknya aku dapat cuti. Hehe. Bukan apa, cuti ganti untuk kerja Sabtu dan Ahad hari tu je. Pada asalnya nak jumpa family kat kampung tapi baru je balik cuti hari tu. Nasib baik la ada plan lain untuk dibuat pada cuti 4 hari tu.

Hari pertama tu, Khamis, biasa la, dah cuti kan, bangun lambat la beb. Syok tidur. Tapi tak boleh over pula. Sebab petang tu ada kawan aku, Fabio dari Kedah nak datang sini. Jadi, bangun la awal sikit (pukul11 rasanya) untuk bersiap dan kemas bilik sikit. Mana la tahu ada yang bersepah (padahal bersih giler. Aku ni kan pembersih). Ni dah kira permulaan aktiviti aku dalam cuti 4 hari tu. Mula-mula ni memang la bosan. Tapi nak buat macam ne, bukan semua yang dirancang akan berjalan sempurna. Mula la nasib buruk. Kawan aku dah nak sampai petang tu, tapi nak buat macam mana, tuhan turunkan hujan rahmat kat bumi ciptaanNya ni. Terpaksa aku tunggu hujan reda sedikit. Akhirnya, jumpa juga kawan aku tu walaupun lambat sikit(lambat banyak sebenarnya. Sory). Tapi kami pergi ke Times Square dulu untuk jalan-jalan sementara kawan sekerja aku, Am datang jemput kami (tak datang pun. Dia kata jalan jem giler). Kami cuma jalan sekejap dan balik naik keretapi saja.

Hari Jumaat tu pula, lepas sembahyang Jumaat baru kami berdua keluar ke Sunway Piramid. Tentu la pergi karaoke. Hehe. Sepatutnya ada 2 orang yang ikut sekali, Aedy dan Azry. Tapi biasa la, masing-masing ada hal sendiri. So, malas nak paksa paksa (tapi geram la juga sebab cancel saat-saat akhir). Biar la. Kami pergi karaoke saja. ingat nak main Ice Skating, tapi kawan aku tu pula taknak. Aku pula malas nak main seorang. Jadi, kami jalan-jalan je kat situ dan shoping sikit. Lepas tu balik la. Hehe.

Hari ketiga, Sabtu. Hari ni memang cuti pun. Aku cuma dapat cuti hari Khamis dan Jumaat saja. hehe. Hari tu kami pergi Times Square lagi. Kali ni kami jalan sampai ke Bukit Bintang. Nak kata shoping banyak, takde la juga. Cuma barang yang dibeli tu mahal, so, dapat shoping sikit je la. Hehe. Lepas tu kami balik. Dah penat berjalan.

Hari terakhir, rasa cepat je masa berlalu. Kawan aku tak puas lagi nak jalan-jalan kat KL ni tapi nak buat macam mana, dia terpaksa balik juga sebab ada hal lain pula. Kami bangun awal sebab nak hantar kawan aku tu pergi puduraya. Lepas hantar aku balik. Terserempak pula dengan kawan Facebook aku, Alvin. Tak sempat nak borak pun sebab dia naik keretapi arah bertentangan. Tak kisah la. Lepas tu aku mesej kawan aku nak ajak keluar, kebetulan pula Bobsen ada kat Sogo. Aku terus la jumpa dia kat situ. Kami jalan-jalan kat area situ. Dia ada Singing Competition pukul 2.30 tu. Jadi, aku teman dia sekejap. Terjumpa pula dengan kawan Facebook aku lagi, Kaz. Tengah asyik main game sampai tak ingat dunia. Haha. Malas nak tegur dia. Orang macam tu biasa la, bodoh sombong. Tagur nanti tak layan pula. Baik takyah tegur kan. Haha. Lepas Bobsen habis nyanyi, kami pergi jalan kat Megamall. Then, kami balik. Letih sangat rasanya.

Cuti 4 hari tu rasanya macam sikit je. Tapi agak bermakna juga la. Sebab bukan selalu dapat keluar macam tu. 4 hari berturut turut asyik keluar je. Ada ke orang mampu buat macam tu? Haha. Kalau korang ada masa free dan nak ajak aku keluar, aku on je. Tapi please, ajak tu biar ikhlas. Huhu…

Sunday, May 8, 2011

Sepet

Lee Seow Loong, juga dikenali sebagai Jason ialah seorang penjaja cakera padat video (VCD) cetak rompak di sebuah pasar malam di suatu pelusuk di Bandaraya Ipoh. Hidup Jason bertukar apabila seorang anak dara Melayu yang baru sahaja tamat SPM, Orked, tiba di gerainya mencari filem pelakon kegemarannya, Takeshi Kaneshiro. Kedua-dua orang tertarik oleh rupa wajah satu sama lain dan jatuh hati serta-merta. Jason meninggalkan nombor telefon bimbitnya di dalam kotak VCD yang dibeli Orked yang turut menghubungi Jason. Lantas, mereka berdua terus menjumpai satu sama lain dan begitulah pertalian cinta yang melintasi sempadan perbezaan bangsa mekar antara Jason dan Orked. Gara-gara percintaan mereka terbukti dengan mengambil gambar kenangan, makan serta berjalan dalam hujan bersama. Ada di kalangan rakan sekelas Orked mengejeknya kerana bersama seorang yang bukan sama warna kulit dengannya, namun Orked tidak mempedulikannya lantaran melemparkan hujahnya yang berbunyi, "For generations, Malay men have been marrying outside their race (Selama berapa keturunan, lelaki Melayu berkahwin di luar lingkungan bangsanya). Sekarang aku (perempuan Melayu) nak buat, semua bising!"

Cinta itu bukan tiada ujian daripada-Nya. Lantaran apabila Jason diekori ketua kongsi gelap kawasan Jason menjaja VCDnya, Jimmy, kerana mengesyakinya yang menyebabkan adiknya Maggie hamil ketika dia berada di Hong Kong pada masa itu. Kehamilan Maggie bukan disengajakan lantaran dia sendiri yang enggan melepaskan Jason yang dianggap sebagai teman lelakinya lalu berasmara dengannya. Apabila Orked mengetahui perkara ini, dia memutuskan segala komunikasi dengan Jason namun masih mempunyai sedikit perasaan terhadapnya.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah Orked memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Ibunya, Mak Inom, dan orang gaji rumahnya, Kak Yam, yang masih berhubung dengan Jason memberitahu Jason hal tersebut. Jason yang sangat rindu terhadap Orked bergegas ke lapangan terbang dengan menaiki motosikalnya pada hari Orked dijadualkan bertolak untuk menemuinya buat kali terakhir. Dalam perjalanan ke lapangan terbang bersama ibu bapanya, Mak Inom memujuk Orked untuk membaca surat terakhir yang dikirim oleh Jason kepadanya. Dalam surat itu, Jason meluahkan perasaan rindunya yang amat terhadap Orked dengan memberitahunya bahawa dia tidak dapat tidur kerana gagal menuliskan sebuah sajak tentang Orked; akhirnya Jason sedar bahawa Orked merupakan sajak yang dikurniakan-Nya kepadanya. Jason ingin mendengar suara Orked buat kali terakhir supaya dia dapat tidur dengan nyenyak. Pernyataan tersebut menusuk kalbu Orked menyebabkannya menitiskan air mata. Mak Inom kemudian memujuknya supaya menelefon Jason dan memberitahunya perasaan sebenar Orked terhadapnya.

Pada penghujung cerita, Jason kelihatan tertiarap di atas jalan raya dengan kepalanya berlumuran darah. Di tepinya, telefon bimbitnya yang telah pecah kaca skrinnya masih berdering. Sama ada Jason telah terkorban dalam kemalangan jalan raya itu tidak terjawab kerana dialan telefon Orked kepada Jason terjawab oleh seseorang yang suaranya seakan-akan Jason.

Petikan diatas adalah sinopsis filem Sepet yang ditayangkan pada tahun 2004. Filem ini adalah antara filem yang aku suka atas disebabkan Dia. Dah lama aku nak lupakan tentang ni. Tapi sekarang ini ada pula pengganti dia. Seorang berbangsa cina yang boleh menerima aku sebagai teman hidupnya. Aku bukannya tak boleh nak pilih orang melayu. Tapi mungkin jodoh aku dengan kaum lain. Aku perlu bersyukur je la. Harap kami boleh kekalkan hubungan ni.

Saturday, May 7, 2011

Ragnarok Online

Game yang selalu aku main masa lapang aku ditempat kerja aku adalah Ragnarok Online. Hehe. Bukannya apa, dah lama tak main game ni. Tetibe pula ada kawan aku ajak main sekali. So, apa lagi, lawan la. Huhu.

Ini adalah antara Job level tinggi sekali :

1.Rune Knight


2.Royal Guard


3.Warlock


4.Sorcerer


5.Guillotine Cross


6.Shadow Chaser


7.Archbishop


8.Shura


9.Ranger


10.Ministral/Wanderer


11.Mechanic


12.Genetic


Mereka ni adalah job level tinggi yang ada dalam game tu. Memang seronok bila dah mula main. Lagi seronok jika korang buat Party atau Guild sendiri. Try it. Have fun.

Iphone? Blackberry?

Ini adalah gadget yang perlu dimiliki pada masa sekarang ni. Iphone sana, Blackberry sini. Harga agak la mahal tapi berkemampuan la kalau nak beli.

Mana mana yang korang jalan, pasti nampak orang guna gadget tu. Korang boleh la kata mereka semua kaya. Hanya nak menunjuk je. Berlagak. Fungsinya sama saja. call dan sms je. Hakikatnya, mereka boleh miliki. Memang mereka boleh berlagak depan korang pun. Hehe. Korang yang belum ada nanti, bila dah dapat, memang sejenis makhluk macam tu la.

Saya masih belum miliki lagi dua-dua gadget tu dan akan berkemungkinan ingin memiliki blackberry. Kenapa? Cer citer cer citer. Hehe. 1st, my family mostly pakai blackberry. 2nd, aku memang suka blackberry. 3rd, most my friend pakai blackberry juga. Hehe. Tapi sekarang ni tengah kumpul duit. Dah dapat nanti, mula la operasi berlagakan diri. Huahua (gelak jahat).

Iphone pula ok juga. Tapi masalahnya tak ramai guna. Memang dah lama berminat iphone. Atas desakan dan khabar angin yang kurang menyenangkan, terus berubah hati. Tapi iphone masih dalam senarai untuk aku guna. Apa-apa pun, tunggu je la kemunculan phone baru aku nanti. Tak sabar nak menunjuk kat semua orang. Huahua (gelak jahat lagi).

Dah selalu pergi. Bosan la...

“Bosan la. Jom kita lepak kat Midvalley?”
“Midvalley. Bosan la. Aku selalu pergi sana.”
“Hm… Kita pergi KLCC la.”
“Buat apa? Situ pun membosankan. Dah la sesak hujung minggu ni.”
“Kalau macam tu, kita pergi Times Square je la.”
“Kat situ laginya bosan. Takde apa la kat sana.”

Ini adalah dialog yang pernah berlaku pada sesetengah orang. Bab ni memang aku kecewa sikit. Bukan kecewa pada diri sendiri tapi kecewa pada kawan yang bagi alasan macam tu.

Sebenar ia selalu berlaku pada diri aku. Mungkin juga korang semua pun pernah alami bila mahu ajak kawan korang keluar jalan. Aku ada beberapa orang kawan yang bukan dari Kuala Lumpur atau Selangor. Tapi mereka dah lama tinggal ditempat tu. Mana-mana tempat semuanya pernah mereka pergi. Setiap jalan mereka tahu. Nak dikatakan, Kuala Lumpur tu rumah kedua mereka la. Begitu juga kawan aku yang memang tinggal diKuala Lumpur ni. Ni memang sesuatu yang baik. Tapi ada buruknya bila dah terlalu lama tinggal dibandar yang besar tu. Iaitu Ego.

Seperti dialog yang tertera kat atas tu, kita yang baru datang ke bandar ini, bab kata pepatah, bagai rusa masuk kampung, begitu la aku pada mula-mula datang bandar besar ni. Aku jelajah hampir semua tempat atas pertolongan kawan aku yang baik pada aku. Mereka adalah kawan yang aku baru kenal kat laman sosial. Dimanakah kawan lama aku? Kawan sekolah aku? Kawan kolej aku? Mereka mereka ini tak tahu la aku nak kata. Susah yang amat. Kalau alasan taknak keluar, aku boleh terima lagi. Tapi bagi alasan sama seperti dialog kat atas tu, memang aku kecewa. Kalau dah bosan sangat jalan kat tempat macam tu, dah tahu pergi sana macam mana, kenapa taknak tolong kawan yang tak tahu nak pergi sana? Padahal, selalu je keluar pergi tempat yang sama tiap-tiap minggu. Inilah manusia. Berlagak tak bertempat.

Sekarang ni aku dah tinggal kat Subang Jaya dah lebih 1 tahun. Ada juga tempat yang aku belum pergi lagi dan ada tempat yang aku nak pergi sangat. Aku mungkin akan stay lama lagi kat bandaraya ni. Aku akan jelajah sikit sikit kuala Lumpur dan Selangor ni. Nak harapkan kawan lama, tu tak mungkin la. Alasan semua tu.

Peringatan. Kalau betul pun nak stay kat bandar yang besar ni, perkara utama ialah jangan berlagak dan sombong. Rugi je. Sebab nanti kalau korang nak minta tolong nanti, urusan korang akan berjalan dengan lancar. Renung renung la. Selamat beramal. Huhu. (^_^)

Friday, May 6, 2011

Superpower?

Bila keluar je bab macam ni, yang akan berlaku :

1. Budak Kecil/Sekolah
- “Aku nak jadi macam macam. Nak selamatkan bumi ni. Nak jadi hero.”

2. Orang Biasa
- “Aku suka sangat kalau ada kuasa. Apa yang aku nak, senang dapat je. Aku nak kuasa ni. Aku nak kuasa tu.”

3. Orang Cerdik Pandai
- “Zaman dah maju la. Baik belajar je. Cari kerja. Sara hidup lebih baik. Tak payah nak fikir benda yang mustahil ni.”

4. Orang Bekerjaya tahap Pegawai/Veteran
- “Eh, soalan apa ni? Tak bertamadun ke? Macam budak-budak. Pergi jauh jauh. Jangan kacau orang nak buat kerja ni.”

5. Orang Alim
- “Kuasa ni hanya tuhan saja yang ada. Kita cuma manusia biasa saja. Salah tu kalau kita nak kuasa. Tu kawan syaitan. Neraka nanti.” (Ceramah Free)

6. Warga Emas
- “Kuasa Ajaib? Kalau boleh, aku nak kuasa boleh muda semula. Dulu aku liar sangat. Sekarang nak bertaubat dah susah. Kalau aku muda semula, aku nak beriman pada tuhan. Berdoa padaNya.”

Ini adalah serba sedikit jawapan yang telah aku dapat. Semua orang sebenarnya pernah berangan untuk ada kuasa ajaib. Kata lainnya ialah cuma Imaginasi. Ini sebenarnya punca sebenar kenapa orang asyik memikirkan tentang perkara abnormal. Ia tak salah sebenarnya. Semua orang boleh berfikir macam itu. Tapi kalau nak imaginasi pun biarlah bertempat. Jangan terbawa-bawa sangat.

Kuasa ajaib. Sebenarnya memang ada. Ikut data yang terbaru aku dapat, orang yang supernatural ni ada antara 1 per 8000 orang. Agak ramai juga la. Sebenarnya tu jumlah orang yang berkebolehan untuk menggunakan kuasa. Kami menggelarkan mereka ni adalah Bright atau Rare Soul. Dan jumlah orang yang boleh menggunakan kuasa ajaib antara 1 per 150000 orang saja. Ia semakin berkurangan atas sebab perubahan zaman. Data ni aku dapat dari sumber yang dipercayai. P&C ok.

Anyway, mungkin salah seorang kawan anda juga seorang yang ada superpower.

100 Hari

Semua kawan-kawan aku bertanyakan apa maksud 100 hari yang aku countdown setiap hari tu. Yup, aku ada publish kat wall Facebook aku tentang 100 hari tu. Itu yang menjadi persoalan. Percaya atau tak itu terpulang pada diri masing-masing. Aku akan jelas kan kenapa, sebab apa, bagaimana, apakah atau senang nak bagitau, semua persoalan la. Hehe.

100 hari. Apa yang korang akan fikirkan? Pantang bersalin?(korang mesti giler. Aku laki la) Sembahyang Sunat?(Aku nampak je baik tapi kurang alim skit) Puasa ganti?(Aku puasa penuh ok). Ok la, aku bagi tahu je la. Korang ni suka fikir bukan bukan.

Sebenarnya tu adalah pantang dari aku lakukan rutin harian aku yang pelik pelik(maksud aku, perkara yang haram aku buat). Hehe. Ini sebenarnya upacara untuk DIA. Orang yang dah lama tinggalkan aku. Sebab ini perlu untuk aku lakukan kerana aku sebahagian daripadanya pada masa dulu.

Cara ni sama je pantang berkabung orang yang mati. Untuk membuang nasib malang pada diri kita. Aku berpantang cuma tak melakukan apa yang aku selalu buat dulu dan juga rutin harian yang biasa aku buat(korang nak tau apa, tanya aku ok. Jangan fikir bukan bukan). Aku dah buat lama ni. Baik untuk diri aku. Kesihatan aku pun lebih elok. Trust me. Kalau nak kuruskan badan pun boleh juga guna cara ini. Korang nak berpuasa pun ok. Hanya setkan 100 hari dan bagi komitmen apa yang korang nak(promote pula aku ni. Hehe).

Untuk kali ni, 100 hari ni aku akan ubah diri aku kepada apa yang aku nak. Mungkin bukan semua tapi perkara yang penting saja. Tapi yang penting, soul aku kena la dipolishkan. hehe. Aku rasa itu saja yang aku dapat bagitahu. Yang lain tu adalah hal personal. Kalau nak tahu juga, tanya la aku sendiri. Ok.

Suka ke kenakan orang lain???

Aib. Sebenarnya perkara ni amatlah buruk dah boleh menjatuhkan maruah orang lain. Aku saja nak menceritakan perkara ini sebab baru saja tadi kawan sekerja aku diaibkan oleh kawan sekerjanya sendiri.

Nak dikatakan cerita, semua orang pernah aibkan orang lain termasuklah aku. Aku selalu juga aibkan orang yang aku tak suka. Bukan apa, aku lakukan begitu atas sebab tertentu. Bukan saja-saja. Tapi memang seronok pada mulanya kita kenakan orang lain sehingga jatuh maruah mereka dan tersebar diseluruh tempat. Kita suka tengok mereka jatuh. Tapi sampai satu tahap, kita akan rasa kasihan pada orang yang kita aibkan tu. Bukan kasihan saja, malah akan terbawa dalam mimpi buruk pula. Menyesal tak sudah sudah (yang hati batu tu tak tahu nak kata apa la). Bagi aku, aku takkan aibkan orang lain kecuali orang tu memang cari pasal dengan aku. Kalau bukan aku, aku pastikan orang lain akan aibkan orang yang cari pasal dengan aku (tu memang sumpah aku). Aku bukan jahat tapi keadilan (ayat takleh blah). Hehe.

Mengaibkan orang memang seronok. Kita akan rasa puas sebab dapat balas dendam semula. Tapi kita takkan lari dari rasa kesal. Trust me. Semua orang pun macam tu. Korang takkan tahu mengaibkan orang kecuali korang sendiri penah diaibkan. Betul tak apa yang aku kata ni? Betul.

Diaibkan memang kita akan rasa kecewa, murung, sedih dan sebagainya. Adakala kita akan rasa stress sehingga mahu bunuh diri. Tu la akibat yang paling teruk bila diaibkan. Aku selalu juga diaibkan oleh kawan dan musuh aku. Sampai aku nak bunuh diri pun ada. Tapi nasib baik aku ni tabah dan boleh hadapi semua itu. Aku tak kisah maruah aku hilang tapi yang aku kisah, aku tak akan bagi sesiapa jatuhkan aku lagi. Sebab aku dah penat asyik jatuh saja. Kalau nak jatuh, aku akan bawa bersama. Cara aku senang saja. Dari pengalaman aku dulu, bila orang nak aibkan aku, aku akan ignore saja. Ye la kan, buat apa nak kajikan hal yang remeh temeh tu. Kecuali bila kes tu berat sampai nak libatkan orang sekeliling aku. Tu memang aku takkan biarkan la. Malah aku akan laknat semula orang itu (maksud aku, tuhan yang akan hukum dia).

Bila difikarkan semula, aku ni baik sangat pada orang dan mudah percaya. Diorang senang nak buli aku sehinggakan mereka dah menyampah dengan aku dan mula nak jatuhkan aku (tu yang aku fikirkan). Tapi apa yang korang rasa mungkin berbeza dengan aku. Biarlah. Perkara macam ni sebenarnya tak boleh dibawa main. Sekali diaibkan, hilang maruah seumur hidup. Malah boleh membawa dendam pada pihak masing-masing. So, beringat la, jangan sesekali menghina atau mengetawakan orang lain hanya untuk suka suka. Akibatnya, diri sendiri akan merana.

Tuesday, May 3, 2011

Work or Fun???


Staff kat tempat kerja aku tahu perangai aku macam ne. Aku ni agak peramah dan baik hati. Ramai orang suka kat aku termasuk orang yang aku suka. Bila bersama mereka, rasa macam wujud dan dihargai saja. Tak seperti dikolej dulu. Disisihkan. Hm… tapi tak kisah la. Aku happy dengan kerja aku. Cuma ada juga masalah. Iaitu serangga perosak yang ingin menjatuhkan dan memusnahkan periuk nasi orang lain.


Ada staff yang bekerja sama ditempat aku ni. Aku tak tahu apa masalah dia. Mulut busuk giler. Bukan disebabkan berbau. Rupa pula dah nak dekat sebiji dengan toyol. Nasib baik warna kulit still lagi manusia. Dia ni asyik nak cari pasal saja. Nasib baik la bukan aku je yang tak suka, ada juga yang lagi tak suka dengan dia. Permasalah sekarang, dia nak buat panggilan palsu kat aku untuk kenakan aku. Haha. Bodohkan. Macam la aku tak kenal suara dia. Nak je aku jerit kat dia kata “Ko A**K S**L. Ni keje bukannya untuk main main.” Tapi nasib baik la bilik Bos betul betul kat tengah antara kami berdua. Kalau tak, memang aku dah sound G***r B**I kat dia.

Sekarang ni dia try nak berbaik dengan semua orang. I think tu tak mungkin la. Ye la kan, mulut busuk macam tu ada ke orang nak berbaik dengan dia. Ntah la. Nak biarkan nanti banyak pula hal dia buat. Nak hiraukan dia pula, makin gila pula jadinya. Kesimpulannya, ignore je la. Kalau dia hye hye, aku bye bye je la. Hehe. Sape sape yang ada staff macam tu yang asyik ganggu hidup korang, korang ignore je lebih senang. Buat macam dia tu tunggul je. (tunggul??? Teringat pula aku dengan budak tunggul masa kat kolej dulu) hehe.

Lost and Love

Aku terbaca salah satu post kat Facebook one of my friend. Aku rasa simpati pula atas perpisah hubungan diorang tu. Bila aku tanya, dia tak nak pula jelaskan hal sebenar. Alasannya, “nanti saya ceritakan”. So, malas nak tanya lebih-lebih pula. Then, ada pula dia buat cerpen luahan hati dia. Dia teringat kat kekasih lamanya dan seolah-olah aku yang menyebabkan mereka berpisah. Tapi aku tak terasa sangat. Sebab aku tahu apa yang terjadi.

Aku rasa kasihan pula tengok dia merana lagi. Biasa la, bila kawan aku dah susah macam tu, nak tak nak, terpaksa juga la tolong (tolong senyap senyap). Sebenarnya aku suka tengok dia happy. Dia seorang yang ceria dan selalu buat aku happy. Walaupun aku tak suka dia banyak bercakap, tapi aku tak bosan bersama dia. Hehe.

Aku akan tolong dia. Nak tolong macam ne? tu hanya aku saja yang tahu. GBU…

Monday, May 2, 2011

My new life

Rasanya dah 2 bulan aku kat Subang Jaya ni. Bukannya apa, aku kerja kat sini. Macam macam aku tempuh sendiri. Berkenalan dengan orang baru. Cuba hidup atas kaki sendiri tapi masih ada banyak masalah aku kena tempuh. Terutama bila masuk hal kerja dan cinta. Tapi biasa la aku, mana ada masalah yang aku takleh selesaikan cuma cepat atau lambat saja.

Bila cerita pasal kehidupan, aku memang happy dengan hidup aku sekarang. Ye la kan, dapat berjauhan dengan keluarga. Baru la rasa macam berdikari sikit. Hidup memang enjoy. Bebas nak buat apa saja yang aku mahu. Hang out dengan kawan-kawan aku. Makan makanan kesukaan aku. Karaoke. Wayang. Dan macam-macam lagi la. Tu pun kalau ada duit la. Hehe.

Kalau pasal kerja, aku happy juga dengan kerja aku. Tapi ye la kan, ada je banyak anasir anasir luar yang sengaja nak jatuhkan aku. Terutama budak mulut s**l. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Biasa la kan, aku ni berdaulat. Cari pasal dengan aku, memang pintu neraka ke6 la yang buka untuk korang (jahatnya aku).

Bab yang ni aku paling suka, aku jatuh cinta lagi. Setelah sekian lama aku single, akhirnya ada juga orang yang sudi berkongsi cinta dan kasih sayang dengan aku. Dah 3 bulan juga la aku putus dengan kekasih aku. Dapat juga aku pengganti. Bulan lepas aku dapat. Macam aku dapat? (cer citer cer citer) Ok la, aku ceritakan ni. Pada mulanya kawan aku, Timmy, yang kenal dengan dia dulu. Timmy pun jenis suka layan as a friend saja. Budak tu suka pada Timmy tapi Timmy sebaliknya. Satu hari tu, aku lepak dengan kawan-kawan aku termasuk la Timmy. Aku mula pelik tengok Timmy asyik mesej je tak henti henti. Aku pun tanya la pada dia. Dia kata kawan(maksud dia budak tu la). Masa tu agak mengganggukan la. Aku pun tegur dia. Dia pun silentkan phone dia. Then, dia teringat pula yang aku tengah single. Apa lagi, dia pun tunjuk picture budak tu. Mulanya aku takde mood nak tengok. Tapi terpaksa juga la. Budak tu cina. Agak cute juga tapi tembam. Hehe. Timmy suruh aku berkenalan dulu dengan dia sebab dia tahu yang kami mungkin akan suka sama suka. Betul tekaan dia. Sampai sekarang kami call dan sms. Rasa macam terbuka je hati ni. Hehe (suka sangat sangat). Kami belum buat apa-apa keputusan lagi sebab masing-masing nak berkawan dulu. Harap kami boleh kekalkan hubungan kami sehingga kami hidup bersama.

Ini saja serba sedikit tentang kehidupan aku untuk masa ni. Nanti aku update cerita yang baru lagi dalam masa terdekat ni. Hehe (^_^)V

Beginning

Hye… Farrell adalah nama panggilan aku yang diberi oleh ex aku dulu. Aku masih gunakan nama tu sebab aku rasa selesa dengan panggilan tu. Terutama sekali bila ex aku yang panggil aku dengan nama tu. So sweet. Hehe. Aku asal Pahang tapi sekarang ni tinggal kat Subang. Kerja kat sini. Tapi orang kata, aku tak macam orang Pahang tapi orang Sabah. Haha. Senyum lebar aku. Speechless. Ye kan je la. Umur baru 20an. Tinggi dan berat? Nak juga ke tau? Ok la, aku ni tahap normal. Huhu. Yang lain tu, better tanya personal je dengan aku. Ok.

Habis dengan pengenalan diri. Kita mula masuk ke objektif asal. Ini bukanlah blog pertama aku. Tapi apa-apa pun, setiap permulaan mesti ada pengenalan. Blog ni aku saje nak menceritakan tentang kehidupan aku, apa yang aku rasa dan masa silam aku. Walaupun setiap cerita yang akan aku karang ni melibatkan orang sekeliling aku, tapi jangan risau, aku takkan mengaibkan korang kecuali atas perkara tertentu. Jangan la risau. Aku bukan sekejam yang korang sangka.

Ok la, takde apa-apa lagi. Dengan ini, aku merasmikan blog aku sendiri untuk tatapan semua pembaca. Jika ada salah silap itu haraplah tak membetulkan kerana perkara yang ditulis ada sebabnya. Hehe. Sekian. (^_^)