Monday, September 26, 2011

Aku Dah Kurus, Buat Apa Nak Pergi Gym???

Biasa orang dengar, orang yang pergi gym ni nak turunkan berat badan. Tapi kalau yang kurus pula nak buat apa? Tu persoalannya. Kita akan membahaskan tentang tajuk tersebut dalam ‘Manisnya Kurma Ini’. Haha. Sengalnya. Takde la. Gurau je la. Sebenarnya nak cerita pasal aku join club gym ni. Pada suatu masa dahulu, selepas zaman dinosour ok. Zaman jahiliah? Eh, bukan tu. Forward depan lagi. Abad ke22? Zaman Doraemon? Pala hotak hang. Tahun 2011 ni juga la. Dalam bulan Julai. Malas nak suruh korang teka. Nanti macam-macam bahasa korang keluarkan nanti. Haha. ok, sambung balik tadi. Mulanya aku dengan kawan aku berjalan-jalan diSubang Parade tu. Ternampak la orang sedang workout kat gym dalam tu. Rasa berminat pula nak masuk tapi apa kan daya, masa tu fikir nak daftar masuk tu mahal sangat. Tengok dari luar je la nampaknya. Tetiba je salah seorang staff situ nampak kitorang dan panggil kami masuk kat gym tu. Mulanya memang taknak tapi bila dengar dia kata ada promosi, apa lagi, masuk dengar la ceramah tak bertauliah diorang tu. Bila dah dengar promosi diorang tu, rasa memang agak mahal juga tapi kalau ikutkan, lagi murah dari club lain. Nak tau apa yang jadi pada kami? Takyah teka la. Kami join juga club tu. Seronok la juga bila ada kawan workout sekali. Bila seorang je, jadi macam kera sumbang pula. Tapi tak kisah la. Aku boleh buat kawan kat situ. Hehe. Selain aku guna barang kat situ, aku masuk kelas dance dan muay thai. Adakala aku pergi Midvalley untuk guna swimming pool kat sana. Jauh pulakan. Harap nanti ada la swimming pool kat subang parade tu. Takyah la aku pergi jauh-jauh. Apa-apa pun, senaman ni kena selalu buat. Bukan saja yang gemuk, yang kurus pun kena juga supaya badan boleh jadi kuat dan sihat. Majulah sukan untuk negara. Hehe (^_^)

Keluarga Baru Aku


Mesti korang akan ingat yang aku dah kahwin ataupun dapat anak. Takde la. Korang ni memang suka fikir bukan bukan. Sebenarnya ada dua ekor yang menjadi ahli keluarga aku. Dua ekor? Apa ke benda tu? Orang ada ekor ke? Haha.

Sebenarnya dua ekor tu adalah hamster. Aku beli sepasang dan aku namakan mereka Fiz dan Mimi. Diorang sangat cute. Aku dah lama teringin nak bela hamster. Sejak kolej lagi aku dah buat plan dengan seorang kawan baik aku, Shazlin. Kami nak beli sama-sama dan jaga bergilir-gilir. Tapi harapan kami hanya aku saja yang tercapai. Dia pula…hm…sibuk dengan hal dunia dia.

Masa aku mula beli hamster tu, aku risau yang aku tak dapat jaga mereka. Tapi bila kawan aku cakap senang je nak jaga dan aku dengar pengalaman dia, terus aku rasa aku pun mampu nak jaga mereka. Semangat beb jaga binatang ni. Cuma kadang-kadang tu agak menyusahkan la bila masuk dalam bab kebersihan. Nak kena mandikan mereka. Nak kena basuh sangkar. Nak kena bagi makan dan tukar air. Tapi bila dah selesai tu, mula la biarkan sampai berminggu-minggu. Hehe.

Masa mereka beriadah (ayat tak boleh bla), aku akan letakkan mereka dalam bola supaya mereka boleh lari dalam bilik aku (bilik aku luas ok. Jangan jeles). Kadang-kadang tu aku akan lepaskan mereka macam tu je tapi kena jaga-jaga la, takut nanti mereka menyorok belakang almari atau meja. Susah pula aku nak ambil mereka nanti. Selalunya, bila aku lepaskan mereka, aku akan biarkan mereka berlari atas badan aku. bila aku berdiri, mereka akan duduk atas bahu aku. walaupun agak menggelikan, tapi bila dah biasa, geli tu dah jadi lali dah. Hehe.

Oh ya, hamster aku dah pernah ikut aku balik kampung. Beraya sekali dengan famili aku. Seronok mereka makan kuih raya. Terutama almond london yang aku buat (mereka suka sebab ada almond dalam tu). Demand betul diorang ni. Aku bagi kuih biasa taknak la plak. Haha.

Apa-apa pun aku memang sayang kat mereka dah aku mungkin akan tambah lagi sepasang supaya mereka takde la sunyi tengok muka berdua je hari-hari. Hehe. (^_^)

Helmetku Excident!!!

Haha. tajuk macam happening je kan. Tapi memang benar. Bukannya rekaan semata-mata. Kesian kat helmet aku. habis patah riuk. Sedih giler aku. nasib baik la tak mati (sebab benda tu memang takde nyawa pun).

Helmet aku ni dah bersama aku selama…hm…sejak aku beli motor aku la. Haha. aku jaga helmet aku ni sama dengan aku jaga motor aku. Dia dah banyak berjasa pada aku selama ni. Pernah aku terfikir nak ganti ARC atau helmet yang berjenama tapi niat tu selalunya luntur sebab aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Ye la, selagi tak rosak, takkan la nak beli yang baru. Membazir je kan.

Ok ok. Korang mesti menyampah aku cerita panjang lebar kan. Sebenarnya korang cuma nak tahu macam mane helmet aku excident kan. Sebenarnya, helmet aku jatuh atas lantai je. besi kat kepala tu dah berkarat sampai patah. Terpaksa la aku sambung dengan tape untuk guna sementara aku beli yang baru. Haha. tu je kisah dia. Tak yah la korang nak khusyuk sangat dengan cite ni ok. Dah la, pergi baca blog aku yang lain plak. Haha. ;p

Aku ke Port Dickson? Lagi?




Ini adalah kali pertama aku berkelah beramai-ramai dengan staffmate aku selama aku kerja ni. Dan kali pertama ni la yang paling seronok bagi aku. Sebenarnya staffmate aku memang dah rancang lama dah.

Bermula pada sabtu tengah hari. Janji dengan semua orang berkumpul kat office tapi biasa la kan, janji melayu. Masing-masing sampai lambat. Haha. Yang pergi hari tu terdiri daripada Azuan dan aweknya, Helmizi dan isterinya, Syahril dan Faizah, Afham dan Ain, adik Afham, Rafie dan tak lupa juga kepada ahli terakhir iaitu aku la. Haha. semua dah berkumpul, kami mulakan destinasi yang pertama iaitu Seremban. Sebab nak jemput ajk tetap iaitu Hafizul. Hehe.

Kami sampai kat Senawang. Kami singgah kat Giant sane. Shopping sakan la kat situ. Sebenarnya beli barang untuk buat BBQ petang nanti. Haha. Pilih punya pilih, akhirnya beli daging, ayam dan sosej je. oh ya, kerang pun ada juga. Lepas tu baru la pergi ke destinasi yang sebenarnya, Port Dickson (sebenarnya pergi berkelah kat Teluk Kemang).

Sampai je kat PD tu,apa lagi, main air la dulu. Berakit rakit ke hulu, berenang ke tepian (takde kaitan pun dengan peribahasa tu). Haha. Main bola tampar. Yang paling best giler, naik banana boat la. Masa jatuh dalam air tu, memang terasa nak cabut nyawa. Nasib baik la kat tempat yang cetek je. kalau tak, mati lemas aku. keluar dalam newspaper nanti, “harapan terakhir diPD”. Tajuk takleh bla la. Haha.



Hari pun semakin gelap. Kami pun mula nak bersiap untuk buat BBQ party plak. Oh ya, dengan tiba-tiba dapat satu panggilan yang memang tak sangka masa tu. Shafiq Ikmar call aku tanya khabar aku. rupanya dia duduk kat Seremban dan ingat nak jumpa aku masa tu. Tapi aku dah ada kat PD. Nak balik ke seremban tu memang lambat lagi la. Haha.

Mulanya kami nak buat unggun api kat area situ, tapi kena halau pula dengan guard kat situ. Terpaksa la tukar tempat lain. Kami pergi ke pantai lain pula. Dapat juga kami buat BBQ kat situ. Sampai 1-2 pagi juga la kami kat situ. Apa lagi, berkhemah juga la kami kat situ semalaman. Dan itu juga 1st time aku berkhemah. Seronok juga tapi tak selesa sangat. Panas dan ada nyamuk. Susah nak tidur.

Pada keesokan harinya kami bersiap untuk balik. Tapi sebelum tu, biasa la, jadi duta kat pantai tu. Bergambar disetiap penjuru. Haha. memang seronok. Tapi yang tak seronok bila dalam gambar tak semua ada dalam tu. Ye la kan, mesti la salah seorang yang kena ambil gambar.

Rasanya itu pengalaman pertama aku dengan staffmate tempat kerja aku. kami akan plan lagi ke destinasi seterusnya. Tapi ntah bila kami akan buat lagi. Tunggu je la. Hehe. (^_^)

10 Days Friend

10 hari berkawan adalah tempoh yang paling singkat aku berkawan dengan orang selama aku hidup ni. Dan aku memang terasa sangat kecewa dengan apa yang dia lakukan pada aku. aku pun ada juga buat salah pada dia. Maybe its fair untuk kami berdua.

Ia bermula akhir Jun dalam tahun ni juga la. Kitorang dah lama kenal dalam laman sosial sebenarnya cuma baru sekarang dapat jumpa. Nama dia Aluin. Dari Sarawak dan sedang belajar diUITM Shah Alam dalam tahun akhir. Orangnya agak peramah dan manja. Cuma banyak rahsia (memang banyak rahsia pun). Masa tu memang susah sikit nak tegur dia. Kalau tegur pun, 5-6 jam baru dia balas. Tapi ntah macam mana, dia boleh balas on the spot mesej aku. akhirnya kami mula rapat dengan hanya bermesej je.

Satu hari tu, tetibe tergerak hati nak ajak dia jumpa. So, ajak la dia pergi karaoke dengan member aku sekali. Pada mulanya dia bagi banyak alasan. Ada hal la. Ni la. Tu la. Tapi aku dah kata aku belanja dan dia pun takde keje sebenarnya hari tu ( aku dah check awal2 dia punya program), akhirnya dia setuju. Haha.

Perjumpaan pertama kitorang kat Redbox Ria Sogo. Dia suka karaoke sebenarnya. Aku ada ajak kawan aku yang lain, tapi biasa la, alasan sebanyak 1 novel penuh. Nasi b baik la ada sorang kawan aku yang nak join. Dia pula bawa kawan dia sorang. Memang seronok. Kelakar pun ada juga. Memang having fun giler giler la waktu tu tapi sekejap je. ye la, hari pun dah gelap. Masing-masing nak balik.

Makin hari makin rapat aku dengan kawan aku tu. Kami berjumpa untuk kali kedua. Masa tu tengok transformers. Dia belanja aku masa tu. Tu la kali terakhir aku jumpa dia juga. Dia dah makin kurang tegur aku. mula tak balas mesej aku. aku fikir ada yang tak kena.

Selepas aku siasat. Aku hantar orang-orang aku kaji semua masalah. Akhirnya baru la aku tahu. Dia baik dengan aku selama ni memang ada sebab. Dia dah buat deal dengan kawan aku sebab nak kenakan aku. Memang sakit hati aku. aku rasa macam sia-sia je aku luangkan masa aku dengan dia. Walaupun aku happy masa tu, tapi aku tak perasan apa yang dia rasa masa tu. Well, bila aku dah kecewa macam tu, apa lagi, pintu neraka memang dah tulis la nama diorang. Nak main bukan masa aku tengah bangun.

Sunday, September 25, 2011

Long Time No See

Rasanya berabad lama dah tak update blog ni. Sibuk sikit semenjak dua menjak ni (padahal malas nak update). Haha ;p. Tak, memang betul sibuk sikit sampai lupa nak update blog ni. Macam-macam hal berlaku selama hidup ni. Ada yang paling mengembirakan dan ada yang paling menyeksakan. Tapi semua tu aku tak sempat nak kongsikan dengan sesiapa kat luar tu (maksud aku pembaca blog ni).

Korang apa khabar? Sihat ke?(ada aku kesah). Haha. Yang penting aku sihat la. Kalau tak, maknanya aku tak update la blog ni. Selama ni hidup aku sengsara sikit la. Bukan sebab hidup terseksa tapi sebab masalah yang datang macam air bah. Kalau datang sekali lepas tu selesai, takpe la juga. Ni datang sekali, tak selesai lagi, datang pula 3 kali. Cam s*** je. Tapi takpe. Aku hadapinya dengan tabah tanpa pertolongan orang lain pun. Yup, kalau tak caya boleh tanya aku. haha.

Apa-apa pun aku dah mula nak update blog aku ni. Kalau sudi follow, lagi bagus. Mana la tahu pengalaman korang sama dengan pengalaman aku walaupun jalan cerita mungkin berbeza sikit. Enjoy your reading ok. (^_^)