Tuesday, June 19, 2012

Pentingnya Sekolah


Dunia ni hanya membahagikan dua golongan sahaja iaitu pandai dan bodoh. Sejak lahir lagi ibu bapa dah mengkategorikan anak mereka mengikut keturunan ataupun sifat anak mereka. Ye la kan, kalau orang Bandar tu, kalau mak bapak dia mempunyai kerja yang bagus seperti doktor, cikgu atau sebagainya, anggapan orang lain mesti kata anak mereka pandai. Kalau orang kampong tu, orang anggap anak mereka bodoh. Aku pelik juga la kan. Tapi hakikatnya sama saja. Ada yang pandai dan ada yang bodoh.

Aku? Ntah la. Aku sejak kecil keluarga aku anggap aku bodoh. Kalau aku tak dapat A semua subjek atau dapat no 1 dalam kelas dan sekolah, memang kena marah la. Nak dapat no1 tu memang susah la, tapi nak dapatkan A tu lagi susah. Bila dah dapat tu, masih lagi kena marah. Aku pun tak faham. Tapi bila aku tengok abang dan kakak aku dapat result lagi teruk dari aku, tak pula mereka nak marah. Malah dapat benda yang diorang nak. Aku pula, ntah la. Kena kumpul duit sendiri baru boleh beli apa yang aku nak. Tapi aku tak kisah. Sebab aku memang bodoh. Aku memang takkan faham apa yang keluarga aku nak. Satu lagi bila aku tengok abang dan kakak aku keluar dengan kawan mereka ke Bandar. Aku pula hanya boleh duduk kat rumah je. Kalau nak keluar, ayah aku akan hantar dan jemput aku. Termasuklah ke sekolah. Abang dan kakak aku pula, pergi ke sekolah dengan menaiki bas je. Aku cemburu dengan mereka. Tapi bila aku minta dengan ayah aku, dia tak bagi. Katanya aku ni bodoh, tak pandai nak jaga diri lagi walaupun aku dah sekolah menengah. Bukan apa, sebab kes masa tadika dulu, walaupun dah banyak kali aku pergi balik dari rumah ke tadika dengan mak aku, aku tetap sesat bila aku pergi sendirian. Mungkin sebab aku ni memang bodoh. Kadang-kadang sampai kena ada kawan aku pergi balik dari tadika. Hm… sampai la aku sekolah menengah, aku ada kawan yang ajar aku untuk hidup. Tapi masih lagi buta arah. Mungkin tu tak dapat nak hilangkan. Haha. Sekarang ni dah kira bersyukur sikit sebab aku boleh jaga diri aku walaupun susah aku nak hidup bersendirian bila dah jauh dengan family ni. Tapi aku kena buat begini sebab sampai bila lagi aku nak jadi bodoh dan hidup dengan keluarga aku. Sampai bila bila pun aku takkan belajar erti hidup kalau aku tak keluar dari keluarga aku.

Orang kata, bila kita hidup tanpa ibu atau bapa, lagi cepat kita akan jadi matang. Tapi matang dari segi kehidupan dan sosial. Bagi pendidikan pula, kita tetap akan bodoh. Terutama bila kita hidup dalam keluarga yang susah. Orang anggap kita bodoh. Kalau yang kaya tu mungkin juga la ada masalah yang sama. Aku ada beberapa orang kawan aku yang bodoh dan tak berpendidikan tinggi. Richard (bukan nama sebenar) berasal dari keluarga yang berada tetapi perniagaan ayahnya telah menurun dan menyebabkan jatuh bankrup. Ayah dan emaknya lari ke luar Negara dan tinggalkan dia adik-beradik bersama neneknya yang uzur ketika dia berumur 12 tahun. Oleh kerana pendapatan neneknya tak mencukupi, dia terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja menyara keluarganya itu. Dia tak kisah bekerja keras. Dia tak kisah dia bodoh dan tak berpendidikan. Tapi dia mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya. Dia nak adiknya menghabiskan pelajaran mereka disekolah. Setelah sekian lama mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan, emaknya pulang ke Malaysia untuk menjaga mereka semula. Ayahnya pula masih kerja diluar Negara kerana ada perniagaan yang bagus. Sekarang ni aku tak tahu la aku nak kasihankan mereka atau nak anggap mereka bodoh. Sebab semua adik beradiknya tak habis belajar pun. Mereka lebih suka kerja daripada belajar. Tak kisah la. Dia sekarang ni selalu ke luar Negara. Dia bagitahu aku, tak kisah bodoh mana pun, kalau tahu bertutur dalam bahasa lain terutama bahasa enggeris, kita boleh pergi jauh. Aku rasa, aku masih lagi bodoh dari dia. Hehe.

Aku terfikir juga, kalau aku tak berpendidikan, takkan aku jadi diri aku sekarang ni. Ya, memang semua orang bodoh tapi kalau mereka usaha nak faham dan belajar sesuatu, mereka akan pandai juga. Tapi ini dunia yang nyata, orang pandai akan terus pandai dan orang bodoh akan terus bodoh. Itu lumrah kehidupan. Tuhan dah takdirkan macam tu. Kita nak halang pun tak boleh, sebab tuhan dah jadikan kita bodoh dan tak melebihi kepandaian tuhan pun. Itu la manusia.    

Kalaulah Dunia Magikal


Dulu popularnya kisah Harry Potter. Huh??? Siapa mamat Harry Potter tu??? Seorang ahli sihir muda yang belajar di sekolah magik, Hogwart. Kalau tak tahu tu memang tak panjang la umur tu. Haha. Takde la. Gurau je. Jangan la kecil hati pula (nak touching pula dengan aku. eeeuuuwww, jangan nak mengedik sangat boleh tak) haha. Dah dah. Berbalik semula kepada tajuk asal ok. Kenapa dengan cerita Harry Potter tu??? Sabar la. Aku baru je nak mulakan cerita ni. Sebenarnya aku nak ceritakan tentang ada satu lagi dunia yang dipanggil dunia sihir/ghaib dimana segala ahli sihir, hantu, makhluk ghaib dan seangkatan dengannya tinggal di dunia itu. Dunia tu sebenarnya untuk menyembunyikan semua perkara tu dan mereka bebas menggunakan kuasa masing-masing tanpa mengganggu manusia biasa.

Tapi sekarang ni banyak cerita fantasi macam tu dah keluar. Terutama cerita tentang cinta hantu. Vampire yang bercinta dengan manusia kunun. Haha. Ada gangguan dari pelbagai pihak dan juga ahli sihir. Tapi nasib baik la gambaran pada ahli sihir adalah baik baik berlaka. Ada juga yang buat ahli sihir tu dari pihak yang jahat. Ntah la. Bergantung pada cerita yang mereka rekakan tu.

Dalam ni aku nak ceritakan kalaulah dunia sekarang ni adalah dunia magical yang penuh dengan magis dah makhluk yang tak berapa normal (huh? Maksudnya makhluk ghaib la). Dan aku pula seorang ahli sihir. Rasa rasanya apa kuasa yang aku nak dan apa yang aku nak buat dengan kuasa tu. Kuasa yang aku nak selama ni adalah…jeng jeng jeng…memanipulasi molekul udara menjadi pejal. Dalam erti lain, memanipulasi ais. Kenapa? Ntah la. Mungkin aku dah sebati dengan elemen macam tu. Haha. Tapi dalam magi sais, banyak magis yang boleh guna selain daripada manipulasi ais untuk membunuh orang lain. Contohnya magis cermin ais yang boleh mengurung orang atau mengklonkan benda lain. Magis cuaca yang boleh mengubah cuaca menjadi dingin. Dan macam macam lagi boleh buat. Tapi base on ais je la. Hehe.   

Aku selalu berangan yang dunia ni akan ditakhluk dengan kuasa jahat seperti ahli sihir jahat atau syaitan ataupun alien (huh? Biar betul? Macam tak kena je dengan tajuk aku ni) haha. Tak kisah la, asalkan ada orang jahat kan. Tapi kalau jadi hero pun tak best juga. Aku lebih suka parti bebas. Haha. Pulak dah. Aku nak tubuhkan satu guild/party di mana aku boleh memperjuangkan hak hak aku dengan rakan seperjuangan aku yang lain kat dunia yang tak adil ni. Wah, over sudah aku ni. Haha. Tapi hakikatnya aku nak enjoy dengan geng geng aku. Sambil tu buat perkara yang rahsia seperti kumpulan Akatsuki dalam cerita Naruto tu. Haha. Ada ada je la. Tapi semua tu hanya la angan-angan je.

Kalau korang pula macam mana? Korang rasa ok ke kalau dunia ni ada ramai ahli sihir? Kalau ahli sihir baik mungkin la korang tak kisah kan. Kalau yang jahat, mesti korang takut dan beriman pada tuhan semula kan. Kalau macam tu kan, rasanya tak seronok la kan. Hakikatnya, kalau ramai ahli sihir yang baik kat dunia ni, diorang akan tolong korang jaga dunia ni. Terutama nanti bila tuhan turunkan bala yang terakhir dia mana manusia tak mampu lakukan apa pun. Hanya seorang saja yang mungkin boleh selamatkan dunia ni iaitu Isa yang dipercayai oleh dua agama kat dunia ni. Dikatakan beliau akan turun ke dunia ni semula untuk selamatkan kaum dia yang tinggal. Tapi tunggu la masa tu. Oleh itu, biarpun orang lakukan apa yang dia nak. Selagi dia tahu batas dia, jangan la nak jadi batu api yang hanya tahu nak huru harakan dunia ni tanpa sebab. Ok.

Sunday, June 10, 2012

Huh!!! Dah ada anak!!!


Dah dua bulan aku tak jumpa adik angkat aku, Yukito (bukan nama sebenar). Baru-baru ni aku jumpa dia. Dia suruh aku jemput kat airport sebenarnya. Dia baru balik dari Sabah. Ada barang untuk aku katanya. Jadi, aku pergi jemput dia. Kalau bukan sebab dia nak bagi ole-ole, takdenya aku nak beria nak datang jemput kan (tak ikhlasnya). Haha.

Sebaik saja jemput dia, kami pergi makan kat Mcdonald. Macam biasa la, aku juga yang kena belanja makan. Aku pandang dia. Dari kaki ke kepala. Sesuatu yang pelik. Tangan dia berinai dan ada cincin dijarinya. Aku fikir dia hanya pakai saja-saja. Ye la kan, saje nak tumpang kenduri kahwin orang lain. Rupanya, memang betul la dia kahwin (setelah menanyakan soalan yang dia susah nak jawab). Memang agak terkejut juga la. Budak yang muda dari aku dah berkahwin. Aku rasa tercabar tapi jodoh aku belum sampai lagi. Tak kisah la.

Aku tengok dia tak gembira sangat. Bukan sebab bini dia duduk di Sabah, tapi sebab dia terpaksa kahwin. Kenapa??? Mesti korang anggap yang bukan-bukan. Tapi memang betul la. Mereka dah terlanjur dulu. Sekarang ni terpaksa la tanggung. Nak tutup malu, kahwin je. Dia ada cerita kat aku yang bininya tu nak gugurkan anak tu je. Mula-mula memang diorang nak buat macam tu tapi kesian pula dengan anak yang tak bersalah tu. Akhirnya buat keputusan nak anak tu hidup. Bersyukur la.

Aku rasa terkilan. Rasa marah pun ada. Tapi nak buat macam mana. Perkara pun dah lepas. Perkahwinan dia pun dia tak ajak sebab takut aku marah kat dia masa kahwin nanti. Ye la kan, dah buat pasal, memang la aku nak marah. Playboy sangat. Sekarang ni pun tak insaf lagi. Masih lagi berfoya-foya dengan orang lain. Biar je la kan. Pandai-pandai la dia nak tanggung.

Kepada orang kat luar tu, aku bukan nak larang buat sex bebas ni sebab sama je, masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Bukan tak boleh nak buat sex bebas ni sebab aku tahu bukan semua orang mampu nak kahwin. Terutama yang masih bersekolah tu. Oleh itu, guna la kondom. Safety First. Beli la kat 7e tu. Tak pun kat farmasi pun ada. Ok. (^_^)V   

Pengakhiran Sebuah Kisah Cinta


Dulu aku kemaruk cinta dengan si dia. Segalanya hanya kerana dia. Kini hanya tinggal kenangan. Hatiku hatinya dua-dua terluka dan masing-masing ingin meneruskan hidup dalam angan-angan yang nyata.

Aku kenal dia dah lama. Rasanya dah 100 abad dulu. Haha. Takde la. Gurau je. Aku kenal dia sejak kolej lagi. Tapi aku baru couple dengan dia tahun lepas. Tak sampai setahun pun. Bulan 7 nanti baru cukup. Oh ya, tak ramai tahu pasal dia. Hanya beberapa orang saja yang pernah jumpa dia. Bukan apa, aku takut kawan aku tikam belakang. Sebab dulu pernah jadi macam tu. Aku apa lagi, tikam semula la kawan aku tu. Ingat aku tak berani ke? (Jahatnya aku. Hakikatnya aku memang pernah buat pun). Selama aku couple dengan dia, banyak hal aku kongsi dengan dia. Masalah aku. Perasaan aku. Malah segala hal aku dia tahu. Pasal dia pun aku tahu juga. Aku selesa dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Tapi hanya kerana satu sebab kami bergaduh besar.

Sebelum dia nak sambung study kat luar negara, aku date dengan dia buat kali terakhir. Dalam fikiran aku masa tu, macam macam aku fikir yang bukan bukan. Tapi dia cuba nafikan dan hanya cinta pada aku seorang saja. Ntah aku pun tak tahu tentang perasaan aku. Bila fikirkan dia pergi jauh, aku macam tak sedap hati. Then, kami bergaduh besar hari tu. Segala mood hilang. Aku kecewa sangat. Bukan sebab dia tapi sebab perasaan aku masa tu. Kenapa aku boleh fikir bukan bukan sampai macam tu sekali? Menyesal sangat apa yang aku cakap pada dia. Aku tengok dia masa tu menangis teruk. Aku tak pernah buat dia menangis sebelum ni. Itu kali pertama dan terakhir aku buat dia menangis pasal kami. Aku biasa la, tak pandai pujuk dia. Yang aku mampu hanya berdiam saja. Masa aku hantar dia balik rumah, dia hanya diam saja. Mungkin dia tahu kalau dia buka mulutnya, aku pasti akan membangkangnya. Aku mahu menanyakan sesuatu padanya, tetapi dia terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Aku rasa terkilan. Memang salah aku. Aku mesej dia untuk meminta maaf. Dia tak membalasnya.

Hari sebelum dia berlepas, dia call aku untuk minta maaf. Biasa la, aku terpaksa juga mengalah dan katakana hal tu semua salah aku. Dia tak kisah. Dia harap aku boleh hantar dia ke airport. Dan aku pergi bersama family dia. Dari mula aku sampai dirumahnya sehingga di airport, dia kurang bercakap. Senyum pun tak ikhlas. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Semasa di airport, aku bagi sesuatu pada dia. Hanya sepasang keychain berbentuk hati. Aku bagi dia satu dan aku ambil satu. Aku bagitahunya yang aku bagi dia hati aku untuk dia jaga ketika disana dan aku ambil hatinya untuk aku jaga dan menunggu dia pulang. Dia tersenyum lebar. Aku rasa dia sukakannya. Dia pergi tinggalkan aku lagi untuk seketika (untuk sambung belajar je. Bukan putus terus).

Semasa dia berada di sana, dia selalu emel aku tentang aktivitinya di sana. Ada masa kami webcam bersama (sanggup aku tak tidur pukul 3-4 pagi tau tak). Sehinggalah sebulan telah berlalu. Dia makin kurang emel aku. aku hanya fikirkan yang dia sibuk dengan study dia. Tapi apa yang aku tak sangka, dia menghantar satu emel yang membuat aku terkejut. Dia tanya aku tentang hubungan kami. “Kita kawan baik je kan?”. Selama ni bukan ke kami ni pasangan kekasih? Kenapa dia kata kami ni hanya kawan baik saja? Tapi memang aku dah agak ada sesuatu yang tak kena. Dia tak mahu ada hubungan special dengan aku. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mungkin salah aku sebab gaduh hari tu dan dia terasa apa yang aku kata dulu. Aku mengalah. Aku kata pada dia yang aku tunggu dia balik dan pada masa yang sama, aku lepaskan dia sebab aku taknak paksa orang yang dah tak suka pada aku terus kekal dengan aku (baik la sangat. Melepas ada la).

Aku tak sedih malah aku tak nangis pun dia pergi (mungkin dah terbiasa keseorangan sebab dulu dia juga study jauh dari aku). Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin aku masih berharap pada dia, dan mungkin juga aku perlu teruskan hidup walaupun bersendirian. Wizard kan memang selalu hidup bersendirian. Hehe. Ke situ pula dah. Tengah tengah touching ni, buat lawak pula. Ye la kan, aku ni kan happy go lucky. Kena la selalu senyum. Hehe. Apa-apa pun bukan jodoh aku. sekali lagi, aku terpaksa terbang tanpa sayap. Aku belum sempurna lagi tanpa cinta. Tapi aku tak kisah, sebab aku tahu sesuatu. (^_^)