Wednesday, June 8, 2011

The 4

Masa zaman kegemilangan 13 Spirit(sila refer blog sebelum ni), aku banyak berseronok dengan club aku. Ye la kan, masa tu budak-budak lagi(padahal dah sekolah menengah pun). Belajar sesuatu yang baru. Mengkaji perkara yang pelik. Mengumpul maklumat. Dan bermacam-macam lagi aktiviti yang kami dah buat.

Dalam club kami, bukan saja ketua kami yang paling dihormati tapi ada 4 orang lagi iaitu Dominique, Theodoric, Valentine dan aku. Kami berempat bila bersatu, tiada siapa yang boleh lawan kami(kecuali ketua kami, Alexander). Kami digelar The 4. Tapi ada juga orang luar yang gelar kami Great 4, 4 Kings dan bermacam-macam lagi. Tapi tak kisah la apa yang orang lain gelar, kami tetap kami. Kenapa kami berempat? Sebab kami je sekepala. Masing-masing dah tahu apa-apa yang kami fikirkan semasa kerja berkumpulan. Tapi bukan saja dalam kerja, malah kehidupan seharian pun kami saling tolong menolong.

Dominique. Nama panggilan dia ialah Danny(nama sebenar dirahsiakan). Danny barasal dari keluarga yang kaya. Anak Dato’ katakan. Tapi dia seorang yang rendah diri(kalau tak, takkan la dia nak kawan dengan orang macam aku ni). Danny memang peramah tapi kadang-kadang tu memang suka berlagak. Dah lumrah anak orang kaya. Diri sendiri pun kaya juga. Dia ada restauran sendiri. Selalunya kalau keluar dengan dia, memang dia akan support kitorang. Haha. walaupun dia nampak baik dan peramah, jahat dalam diri dia tu tetap ada. Siapa yang cari pasal dengan dia, dia akan buat orang itu dipulaukan(biasa la. Anak Dato’ ni memang banyak kenalan. Nak lari kat hujung dunia pun memang takkan lepas). Huhu.

Seterusnya Theodoric. Nama panggilannya Timmy. Timmy berasal dari keluarga biasa yang terpelajar(maksudnya keluarga dia memang keturunan orang yang cerdik dah berprofil rendah). Tak hairanlah dia sekarang ni bekerja sebagai Doktor disebuah Hospital Swasta. Dia seorang yang baik dan ceria. Tapi kalau dah cari pasal dengan dia, dia akan pastikan mangsa dia tu jadi takut dan trauma untuk hidup. Dia ni memang psyko sikit. Tapi bukan la nak kata bukan-bukan pasal dia. Cuma berhati-hati bila nak deal dengan dia. Bagi aku, dia kawan yang paling baik. Sebab kalau aku ada masalah, dia orang pertama dapat tahu walaupun ia adalah rahsia.

Valentine pula. Nama panggilan dia Vince. Orang yang paling bahaya sekali antara kami. Dia anak kepada Mafia yang terkuat kat dunia ni. Dia tak pernah cerita apa-apa pasal keluarga dia pada kami. Jadi, kami tak tahu sangat la betul atau tak. Kalau tengok rupa dia, memang macam budak baik saja. ala-ala geek. Tak pun glee(drama siri kat US tu). Tapi bila tumbuk pokok, rasanya 5 batang pokok boleh tumbang(serius ni). Bila dah nama anak Mafia tu, kalau dah cari pasal, kalau takde darah memang tak sah. Tapi apa yang aku suka pasal dia ni, dia boleh control orang dia dari jauh. Maksudnya, setiap tempat yang dia pergi, kalau ada orang cari pasal dengan dia, ada orang tembak dari jauh. Selalunya ada 10 atau lebih sniper yang ikut dia. Tapi sekarang ni ada 1 atau 2 orang saja. bestkan macam tu. Kalau aku, aku pun nak juga macam tu. Ada orang protect aku dari jauh. Hehe.

Aku? Rasanya tak perlu tahu pasal aku kot. Aku ni orang biasa je. Takde apa yang nak diceritakan. Kalau nak tahu juga, dapatkan maklumat sendiri ek. Hehe.

Apa-apa pun, The 4 memang tak boleh dipisahkan. Biarpun kami bergaduh(ofcos la Vince akan menang kalau lawan fizikal), kami tetap akan bersatu semula. Ala macam dalam drama. Buat masa ni kami belum lagi gaduh teruk sampai nak berpisah. Sebab kami faham antara satu sama lain. Masing-masing dah makin sibuk. Jika ada masa saja kami akan berjumpa. (^_^)

No comments:

Post a Comment