Friday, June 17, 2011

Berenang...

Tengok ikan berenang-renang dalam kolam memang seronok. Rasa lapang je fikiran ni. Tengok orang berenang pun seronok juga. Dapat cuci mata sikit. Haha.

Aku memang suka pergi ke kawasan pantai, sungai, kolam dan sebagainya. Aku suka main air sebenarnya. Terutama bila pergi pantai. Dapat hirup bau laut. Dapat rasa air laut mengalir kat kaki. Rindunya pada pantai. Dulu selalu la pergi. Tapi my family dah makin sibuk, kawan pula banyak alasan, so, dah memang tak pergi la. Just mandi kolam je la. Hehe.

Mandi kolam pun seronok juga. Seronok juga tengok orang berenang. Kadang-kadang jeles juga kat diorang (yang pandai berenang la). Kenapa? Sebab aku tak pandai berenang. Bodoh kan. Nampak je macho tapi tak pandai berenang (macho ke?). hehe. Belajar la!!! Ofcos la aku belajar berenang tapi waktu aku kecil dulu la. Ayah aku yang ajar. Tapi akibat dari kemalangan dulu, aku dah lupa macam mana nak berenang. Sekarang ni aku nak belajar pun dah takde masa. Kawan aku pun ada ajak aku ke rumah dia untuk ajar berenang secara personel (dia upah jurulatih renang private). Aku tolak sebab aku taknak menyusahkan dia hanya sebab kemahiran bodoh yang aku dah lupa selama ni. Hm… tapi aku teringin sangat nak berenang.

Berenang memang nampak mudah saja. Tapi kemahiran berenang tu aku dah lupa. Ye la, sejak aku kemalangan dulu, aku terus tak pandai berenang. Kemalangan apa? Nak cerita juga ke? Ok la, aku cerita lagi senang kan. Dulu masa sekolah rendah, selalu juga aku pergi ke sungai yang dekat dengan rumah aku. Selalunya bila aku pergi dengan kawan-kawan aku, mak aku tak kisah pun. Asalkan jangan balik lambat (dulu aku memang punctual). Hehe. Tiba-tiba hari aku nak kemalangan tu, mak aku berkeras tak bagi aku pergi. Suruh duduk rumah saja (masa tu dah nak dekat peperiksaan dah. Memang dia tak bagi nak keluar). Aku pula degil. Nak juga keluar. Kawan-kawan dah tunggu. Apa lagi, aku terus keluar lari dari mak aku. Jahat kan aku? Haha. Masa kat sungai tu ok je. Biasa la, mula-mula kami pancing ikan. Dah 1-2jam tu tak dapat ikan, apa lagi, buka baju, terus lompat la. Haha. Memang best. Berenang renang macam ikan. Semua acara renang kami lakukan.

Tiba-tiba sesuatu yang terjadi. Jeng jeng jeng…suasana menjadi suram saja. Lagu latar menjadi rancak (macam ada je). Ntah macam mana, kaki aku ditarik ke dalam sungai. Macam ada tali yang ikat kaki aku. Aku mula mengelabah. Terkapai-kapai aku nak lepaskan diri. Kawan aku nampak aku lain macam saja. Mereka segera berenang kat aku untuk tolong aku. Masa kawan aku datang kat aku, aku dah lemas dan pengsan.

Bila aku sedar je, aku dah ada kat hospital. Takde siapa pun kat sebelah aku. Bila aku bangun dari katil tu, nurse kat situ segera datang ke arah aku dan check keadaan aku. Aku tak tahu apa-apa. Nurse tu kata aku pengsan seminggu. My parent datang dan peluk aku. Mak aku nangis sambil pukul aku sekuat hati dia (pergh, rasa macam nak mati semula. Macam tu lebih baik aku takyah sedar. Mak aku ni orang kampong. Kudrat dia lebih kuat dari 10 askar. Tipu je). Sebab aku tak dengar cakap dia hari tu. Nurse suruh mak aku bersabar. Ayah aku pula tahan mak aku. Aku minta maaf sangat sangat pada dia. Lepas tu aku dibawa keluar dari hospital. Aku ni memang menyusahkan orang saja. Sebaik sampai dirumah, aku nampak kawan aku berkumpul kat tempat kami selalu lepak. Aku pun terus pergi. Mak aku masih nak marah aku. Tapi dia lepaskan aku sebab dia tahu aku nak pergi kat kawan aku. Kawan aku rasa sedih bila nampak aku. Nak tahu kenapa. Dia bagitahu, one of my friend yang mandi sungai hari tu mati lemas juga. Dia mati lepas aku diselamatkan, dan dia pula masih berada dalam sungai tu. 2 kawan aku yang lain tu sibuk bawa aku naik ke tebing. Mereka tak perasan pula pada kawan aku seorang tu. Sesuatu tarik dia masuk ke dalam sungai tu. Lepas aku dengar cerita tu, aku rasa bersalah pula. Sepatutnya aku yang mati waktu tu. Kawan aku pula yang ganti tempat aku. Tapi selepas habis peperiksaan, kami pulih seperti biasa. Macam takde apa yang berlaku tapi kurangnya bila kami teringat pula kat kawan aku tu. Satu hari tu my family buat family day kat pantai. Aku rasa dengan gembira bila dengar berita tu. Aku nak berenang sepuas-puasnya (sebab lepas kejadian tu, aku dah tak pergi sungai dengan kawan aku lagi). Tapi malangnya, sampai je dipantai, aku dah lupa macam mana nak berenang. Aku lemas. My dad selamatkan aku. Abang aku ketawa kat aku. Ye la kan, bukan ke selama ni aku hebat berenang tapi hari tu aku tak boleh nak berenang langsung. Macam dah trauma. My dad cuba tenangkan aku. Dia kata aku masih fikirkan kejadian tempoh hari. Nanti makin lama makin lupa la. Dan boleh bebas berenang lagi. Bila dah lama aku lupakan kejadian tu, aku memang dah tak tahu berenang langsung. Macam dah delete kat memory aku.

Sejak tu, aku memang dah tak tahu berenang. Ada juga la aku belajar sikit-sikit. Tapi masih lagi tak boleh. Tiap kali pergi kolam atau pantai atau sungai, aku mandi kat tepi tepi saja. Nak juga mandi kat tengah tapi takut menyusahkan kawan aku pula nanti. Sebab dah banyak kali lemas. Sampai kawan aku menyampah asyik kena selamatkan aku saja. Aku tahu dia tak maksudkan macam tu tapi aku faham bila orang tu dah kecewa kat aku. Aku taknak menyusahkan sesiapa lagi. Aku akan cuba elakkan untuk pergi jauh lagi. Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment