Thursday, June 16, 2011

Drama Korea ke???

Selalunya aku yang tengok drama Korea, sekarang ni aku pula berlakon dalam korea (bukan berlakon kat korea ok). Haha.

Ceritanya bermula semasa seminggu sebelum aku pergi ke birthday party kawan aku. Aku dapat invitation dari kawan aku (Rich. Bukan nama sebenar) ke satu majlis birthday party. Sebenarnya bukan birthday kawan aku tu tapi birthday kawan dia yang aku kenal iaitu Ace (bukan nama sebenar). Pada mulanya memang aku taknak pergi, tapi atas dari permintaan Ace, aku terpaksa setuju (padahal aku terima sebab diorang nak full support aku). Hehe.

Dalam seminggu tu, hati aku rasa tak selesa. Macam ada perkara yang buruk akan berlaku kat majlis tu nanti. Sekejap kata tak jadi datang, sekejap kata jadi datang. Akhirnya aku jadi datang. Majlis tu berlangsung pada Jumaat malam. Petang tu aku bergegas balik dari tempat kerja aku, berkemas barang-barang aku dan terus merempit ke Cyberjaya (rumah Rich). Sebenarnya dia boleh jemput aku kat rumah saja. Tapi dia malas nak hantar aku semula balik nanti. So, terpaksa la aku pergi sendiri naik motor ke rumahnya.

Sebaik sampai dikawasan rumahnya, aku pun berhenti dibahu jalan dan menelefonnya (sebenarnya aku tak tahu mana satu kondo yang dia tinggal. Dah lama tak pergi rumah dia). Huhu. Dia jemput didepan pintu rumahnya (macam aku ni orang VIP pula). Majlis tu ada tema yang tersendiri. Tema majlis tu adalah K-Pop. Kena la pakai baju ala-ala artis korea. Aku pula bawa baju biasa saja (mereka tak bagitahu pun aku majlis tu ada tema). Malunya aku, aku bagitahu kawan aku tu yang aku taknak pergi dan balik rumah je. Kawan aku ketawa sebab dia tahu aku mesti takde pakaian untuk majlis tu. Dia tunjuk kat aku satu kotak yang ada kat katilnya tu. Dia kata kotak tu untuk aku. Dengan muka tak malunya, aku ambil dan buka. Korang mesti dah boleh agak kan apa yang ada dalam kotak tu. Baju yang dibeli oleh Ace untuk aku. Saiznya memang saiz aku. Macam mana la diorang boleh tahu ukuran aku ek? Tak kisah la, asalkan aku dapat pergi ke majlis tu. Hehe. Pasal harga baju tu, lebih baik aku takyah bagitahu. Tak tidur malam nanti sebab ngigau.

Dah siap pakai baju semua, kami pun pergi (naik kereta siap ada driver ok). Kami pun tiba dimajlis itu. Korang mesti nak tahu kat mana kan. Ace buat birthday party dia kat Shangri-la Hotel. Gempak tak tempat tu. Hehe. Ofcos la. Party tu buat kat pool ok. Sebaik saja sampai, ramai orang yang hadiri majlis tu. Semuanya Nampak macam orang korea (ada juga orang korea yang hadir). Sebaik saja masuk ke tempat pool tu, ada orang menjerit nama aku. Farrell! Farrell! Farrell! Aku mencari dan mencari dimana suara tu. Ramai orang memandang ke satu arah iaitu Ace. Masa tu, terasa malu aku, orang yang kaya macam tu boleh menjerit nama aku depan semua orang. Aku rasa malu dan menyorok belakang Rich. Dalam hati aku, buat-buat tak kenal je. Ace datang ke arah aku dan ajak aku enjoy party dia tu. Lepas tu dia mulakan majlis dia. Dia bagi ucapan dan potong kek sambil diiringi lagu birthday. Masa tu, aku fikir kalau aku berada kat tempat kawan aku tu, macam-macam aku nak buat untuk birthday party aku.

Aku rasa bosan pula. Ace layan tetamu dia. Rich pula layan some of his friend. Bila aku bosan, mula la aku jalan-jalan, cari pasal. Eh, cari makan la. Hehe. Bila dah datang kat birthday party, tak sah kalau tak makan kek. Sedap giler. Kek tu ntah apa nama yang dibuat khas dari chef kat situ. Sedang aku duduk dimeja kat tepi pool sambil makan makanan yang aku ambil tadi, muncul seseorang yang aku tak sangka akan jumpa lagi setelah sekian lama. Ya, dia yang dulunya teman baik aku (sekarang bekas ok), Fer (bukan nama sebenar). Jangan tanya kenapa dia boleh ada sebab jawapan yang dia bagi memang tak masuk akal. Sebenarnya dia menggantikan ayah dia (syarikat ayah dia kerjasama dengan syarikat ayah Ace). Ye la kan, party tu hanya ada budak-budak muda je. Orang berumur mana nak datang macam tu. Dia teman aku berbual. Aku rasa kekok sikit dengan dia. Kalau fikirkan apa yang dia buat pada aku dulu, tak mungkin aku maafkan dia. Tapi memang aku dah tak kisahkan pasal hal dulu sebab aku fikir dia dah ada kehidupan dia yang baru. Perangai dia masih tak berubah, asyik cakap pasal diri sendiri saja. Dan dia call aku dengan nama yang dia selalu call aku dulu (tu adalah rahsia ok. Malu nak bagitahu). Hehe. Walaupun seronok berbual dengan dia, tapi aku masih rasa kekok. Dulu biasa saja (memang la, dah lama kenal). Aku rasa dahaga pula dan nak minum air. Air aku pula dah habis. Aku nak pergi ambil, tapi Fer halang aku. Dia kata aku tetamu yang penting dan dia akan tolong ambilkan air untuk aku. Aku tak tahu apa muslihat dia tapi aku tak kisah, aku biarkan dia ambilkan (padahal malas nak bangun dari kerusi tu). Hehe.

Sebaik saja dia pergi, aku fikir aku boleh lega sekejap tapi ada pula orang tegur aku dengan nama manja aku pada seseorang dulu (masih lagi rahsia ok). Rupanya memang dia, Angel (bukan nama sebenar) bekas teman aku yang paling psyko. Aku dulunya happy saja dengan dia tapi akibat masalah yang melibatkan hubungan kami, jadi aku tinggalkan dia. Aku rasa sampai sekarang dia benci aku kot. Dah memang salah dia. Tapi aku tak rasa takut pun, malah rasa menyampah pula. Dia ni jenis mengada, suka merayu, lepas tu nak ugut pula. Oh ya, dia dijemput atas sebab yang sama denga Fer. Aku ingat dia tegur aku sebab nak tanya khabar. Tapi rupanya dendam dia masih ada. Dia saja menyindir aku orang bawahan. Main status la pula. Geram aku dibuatnya. Rasa nak siram dia dengan air kat pool tu. Dia makin dekat kat aku. Aku cuba mengelak dari disentuhnya. Macam mana ntah aku tergelincir…pusss…cuba teka apa yang berlaku? Haha. Takyah la teka. Aku bagitahu terus. Aku masuk dalam pool. Sesuatu yang memalu berlaku pada aku. Aku tak tahu berenang. Biasa la kan macam mana keadaan orang yang tak tahu berenang kan. Masa tu aku tak dapat fikir apa-apa. Aku hanya dapat melihat orang yang melihat aku disekeliling pool tu. Aku nampak muka Angel. Dia risau keadaan aku. Lepas tu aku tak ingat apa-apa. Sedar je ada kat sebelah pool tu dalam keadaan basah. Ramai orang disekeliling aku. Aku lihat Fer basah juga (dia yang selamatkan aku). Dia memang dah tahu aku tak tahu berenang. Rich selimutkan aku tuala dan bawa pergi. Angel panggil aku. Aku pandang ke arah dia, dia terdiam saja. Aku minta maaf kat dia kalau dia tak selesa kat aku. Lepas tu aku pandang Fer dan ucapkan terima kasih kerana selamatkan aku. Rich bawa aku pergi.

Masa kat rumah Rich, aku call Ace dan minta maaf sebab rosakkan majlis dia. Malam tu sebelum tidur, aku dan Rich ceritakan apa yang berlaku pada masa tu. Memang memalukan. Aku pun taknak fikir dah.

1 comment: