Sebelum ni ada cerita pasal aku suka senyum. Cerita tu adalah pokoknya. Sekarang ni nak cerita kisah sampingannya. Kita macam dahan pokok la. Hehe.
Dah memang tabiat aku suka senyum sekarang ni. Orang pandang aku, aku balas dengan senyuman. Takkan la aku nak marah-marah kan. Nanti cepat tua pula. Hehe. Ada orang yang suka tengok aku senyum dan ada orang yang benci. Yang benci tu lantak la. Aku pun benci diorang juga. Ada aku kisah ke? Aku bukan nak cerita pasal aku senyum sebenarnya tapi pasal aku juga suka tengok orang senyum. Hehe.
Orang kata bila kita senyum orang akan suka. Dan ada juga sampai orang terpikat. Semua orang ada perasaan macam tu. Akan terpikat pada perkara yang manis terutama senyuman yang menawan. Termasuk la aku. Yang cute cute ni memang pantang aku tengok. Hehe. Dulu aku suka tangok kawan aku senyum. Cute giler. Ada lesung pipi sekali. Wa cakap lu, lu tengok dia, confem lu nak kahwin sama dia. Tapi lepas kahwin dengan dia, memang ranap la hidup. Belanja harian dia loaded giler kot. Kalau korang tak mampu nak beli Iphone 4 untuk dia, jangan harap nak kat dia. Haha. Bab kawan dia memang tak kisah. Sebab aku kawan baik dia. Haha. Bila bab cinta, memang dia demand. Dia takkan couple dengan sesiapa kecuali orang yang dia suka. Dan aku tahu siapa dia suka. Tu adalah rahsia kami. Hehe. Kenapa aku suka tengok dia senyum? Cer citer cer citer. Dia bukan saja cute tapi ntah kenapa aku asyik tengok dia bila dia senyum. Macam ada magnet yang tarik muka aku tengok dia senyum. Tapi sekarang ni dah tak dapat tengok. Sebab dia… takpe la, biarlah rahsia.
Setiap hari aku senyum. Setiap hari juga aku tengok orang senyum. Takde siapa pun boleh buat macam kawan aku tu. Maksud aku, buat aku suka tengok dia senyum berulang kali. Dari hari ke hari. Dari bulan ke bulan. Akhirnya ada juga yang buat aku terpikat. Dia adalah…rahsia. Hehe. Hari-hari jumpa dia tengok dia senyum. Pada asalnya aku ingat dia seorang yang garang. Aku pun agak kekok sikit la bila jumpa dia. Ye la kan, bila dia cakap tu macam serius sangat. Tapi biasa la aku. Aku cuba hilangkan takut aku dengan senyum kat dia. Dia senyum kat aku semula. Tak sangka dia seorang yang friendly sebenarnya. Makin lama aku dah biasa dengan dia. Dulu jumpa dia, aku berdiri sekaki dari dia. Sekarang ni, duduk sebelah dia pun aku tak kisah. Dan satu lagi, dia memang suka senyum juga. Aku dah mula suka tengok dia senyum. Bila nak jumpa dia, 10 kaki dari dia aku dah senyum siap siap untuk tengok dia balas senyuman aku tu. Dia tak pernah tak balas senyuman aku. Even dia nampak aku, mesti dia suruh aku senyum. Hehe. Kelakar pula kan.
Aku harap aku boleh bersama dengan dia selalu (couple ok). Tapi bila aku fikirkan semula, aku dah berpunya. Dia pula aku tak tahu status dia. Tapi bila aku tengok dia dengan lelaki lain, rasa cemburu pun ada. Tapi nak buat macam mana. Biarkan je la. Hak dia. Lagipun bukan milik aku pun (gaya macam putus harapan je). Huhu. Kalau tiba-tiba dia datang cari aku dan terima aku untuk jadi teman hidup dia apa salahnya kan. Hehe. (^_^)
P/S : Kalau orang tu baca blog ni, aku cuma nak kata, terima kasih kerana sudi balas senyuman aku. (^_^)
No comments:
Post a Comment