Wednesday, June 1, 2011

Induction. Then Training???

Baru-baru ni aku ada induksi yang dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja untuk pekerja baru (termasuk aku la walaupun dah lama kerja kat situ). Selalunya induksi dibuat semasa pekerja mula berdaftar dengan syarikat. Tapi kali ni pelik sikit la. First time syarikat buat untuk orang baru yang dah lama kerja. Ada yang kerja 6 bulan pun dimasukkan sekali.

Induksi tu berlangsung 2 hari. 40 orang peserta semuanya dari seluruh Malaysia (termasuk Sabah Sarawak ok). Induksi tu berkenaan dengan syarikat je. Takde apa yang special la. Dari satu sesi ke satu sesi. Dari yang bosan ke kelakar. Dari yang sekejap ke lama. Tapi seronoklah sebab takyah buat kerja. Hehe.

Selama dalam program tu, tak banyak aku buat kawan. Aku kenal dengan Mil dari CRM, Said dari Operation, Zaim dari Segamat sebagai VE dan Zainuddin dari Bintulu sebagai Technician. Yang tu je la yang selalu borak dengan aku. Hehe. Masa dengar deramah tu memang tak tahu nak buat apa la, mengantuk giler. Nak buat macam mana, dah penceramah pun macam nak tidor juga. Hehe. Tapi banyak juga la maklumat yang aku dapat.

Bila dah akhir tu, rasa macam sekejap je. Macam tak puas lagi je nak dengar (padahal malas nak buat kerja). Hehe. Tapi takde la, tak puas nak borak dengan kawan-kawan baru tu. Ye la kan, bila dah boleh sekepala, cakap apa pun seronok juga. Malam tu ingat nak lepak dengan Zainuddin tapi ada training pula kat Glenmarie.

Training kat Glenmarie tu kisahnya tentang server baru dan flow kerja yang dibuat oleh VE. Seronok la juga tapi yang tak seronok bila balik lambat. Ada yang lagi tak seronok bila ada orang buat kerja tu jadi tak seronok. Memang kita tak tahu apa-apa. Memang kita akan banyak tanyak. Tapi ada orang tu memperlekehkan orang yang bertanya tu atau segi kasarnya, mengejek orang tersebut tapi taknak pula mengajarnya. Tak kisahlah. Janji tak kacau hidup aku. Hehe.

Dah habis training tu, kami semua pergi makan kat Geng Corner kat Shah Alam. Ala…Upin dan Ipin punye restauran tu (owner dia orang lain ek). Harga dia, kalau nak makan seminggu 3 kali boleh la. Hehe. Apa-apa pun memang seronok juga seharian tu. Kerja tak banyak buat. Training je banyak. Harap dapat lagi peluang macam tu lagi. Amin.

No comments:

Post a Comment