Tuesday, June 7, 2011

Kesesakan Lalu Lintas


Baru-baru ni aku balik kampung. Saje nak jumpa family aku. Memang seronok giler bila nak balik tu. Aku tumpang kawan baik aku punya kereta baru dia tu(Viva je). Dia pun memang biasa balik kampung yang sama tempat dengan aku. Kakak dia pun ada sekali la waktu tu. Kami bertiga saja.

Masa nak balik tu, biasa la, hari jumaat tu, ramai la orang yang nak balik kampung juga(ntah, tak reti-reti nak balik hari lain ke?). Jem tu memang ada la. 2 jam juga dalam KL. Mengantuk pun ada. Nasib baik la kawan aku yang drive(dah memang kereta dia). Hehe. Akhirnya sampai rumah juga. Tapi family aku pula yang tak ada kat rumah(bukan tak ada, tapi sibuk dengan hal luar).

Hari ahad tu dah sampai masa untuk meninggalkan kampung dan balik ke KL semula. Ingatkan balik petang tu tak ramai la orang. Biasa la kan, orang sibuk dengan cuti sekolah lagi. Tapi macam hampeh. Jem dari Tol kat rumah tu sampai la Tol Gombak. Aiyo…orang ni tak reti nak bercuti kat tempat lain ke? Orang nak balik KL la. Dengan sabar kami menunggu, akhirnya 4 jam juga baru kami sampai. Aku mandi dan keluar dinner dengan kawan aku.

Aku memang tak suka bila dah jem ni. Kalau jalan takde Tol kan senang. Tak perlu la nak kena berhenti untuk bayar tol. Menyusahkan orang saja.

No comments:

Post a Comment