Wednesday, April 23, 2014

Dreamcatcher



                Apa itu Dreamcatcher??? Laa…korang tak tahu ke? Benda ni la yang halang atau serap mimpi buruk korang. Benda yang bulat dan mempunyai tali yang disimpul seperti sarang labah-labah dan digantung bersama bulu burung dan batu yang cantik. (seperti yang tertera pada rajah).

Dulu aku fikir, asal dreamcatcher ni dari golongan Gipsy. Kononnya nak halang dari nasib buruk dan juga gangguan kuasa jahat pada waktu malam. Rupanya baru aku tahu asalnya dari orang Asli Amerika. Ala Red Indian tu la. Yang pakai bulu burung kat kepala tu macam topi. Aah, yang tu la. Takkan tak tahu. Haha.

Aku cerita pasal ni bukannya apa. Sebab aku tengok drama korea. Kebetulan pula diorang masukkan prop ni dalam cerita mereka. Kononnya boleh buang mimpi buruk dan dapat menyatukan dengan orang yang kita sayang. Memang tak sangka benda tu boleh dibuat cerita. Haha.

Aku  ada tanya juga pada group aku yang mahir dalam kajian benda yang luar biasa ni. Dreamcatcher adalah barang yang dibuat daripada Shaman (bomoh) dan bukannya daripada ahli sihir. Mengikut kisah yang dikajinya, pada masa dahulu, ada ahli sihir jahat yang menggunakan hantu dan semangat jahat untuk membuat kacau penduduk kampung. Suatu hari, seorang shaman datang ke kampung itu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanannya ke tempat yang ditujunya. Shaman tersebut berasa hairan dan mendapat tahu cerita sebenar dari penduduk di situ. Dia membuat keputusan untuk menolong penduduk di situ. Jadi, dia pun membuat dreamcatcher itu. Dia buat benda itu sebab nak menghalang hantu atau semangat jahat merasuk tubuh manusia biasa semasa malam / waktu tidur. Benda itu berjaya melumpuhkan niat ahli sihir itu. Shaman tersebut berjaya menghapuskan ahli sihir itu (maybe ahli sihir tu memang jahat tapi bukan semua ahli sihir jahat ok).

Tapi sekarang ni dah banyak dreamcatcher yang dijual dipasaran. Bukan untuk azimat saja, untuk perhiasan juga bagi kepada sesiapa yang minat benda macam tu. Ada juga orang yang percaya, dreamcatcher dapat memadamkan memori buruk. Dan ada juga percaya yang benda itu boleh menyatukan orang yang kita suka. Anda pula bagaimana??? Haha.


Well, nak buat benda ni memang nampak rumit. Tapi aku try nak buat yang terbaik. Dan hadiahkan pada si dia. Hehe.  

No comments:

Post a Comment