Tuesday, May 13, 2014

My Dream, Coffee House

Ramai yang suka lepak kat café, online sambil minum kopi. Mungkin sebab urusan kerja dan mungkin juga untuk membuat assignment. Ada juga yang datang saja nak duduk bersendirian sambil melihat orang disekeliling. Ada juga yang datang lepak berkumpulan menceritakan hal peribadi dan semasa. Dan ada juga yang datang untuk dating dengan kekasihnya. So sweet kan. Aku pula? Ntah la, dulu time ada kawan-kawan yang free, selalu je lepak minum kat café ni. Sekarang ni masing-masing ada tanggungjawab sendiri, dah takde masa untuk luangkan masa bersama kawan-kawan lama.


Sekarang ni nak jumpa kawan pun susah. Dulu aku pernah berangan nak buka café untuk aku dan kawan-kawan aku boleh jumpa dan lepak bersama. Ye la kan, bila cuti hari sabtu ahad, boleh plan jumpa kat café aku. Borak pasal masalah negara dan gossip-gosip terkini. Haha. Bestnya. Tapi bila fikir balik, ada ke kawan aku nak datang ke café aku? Kebanyakan kawan aku semuanya jauh merantau kat tempat lain. Yang dah lama tak contact pun ada. (T-T)

Tapi angan-angan tu berubah menjadi impian. Aku memang nak buka café. Bukan untuk kawan-kawan aku datang lepak tapi untuk melihat pelanggan aku happy bila berkumpul dengan kawan-kawan mereka. Ofcos la nak diorang rasa kek yang aku buat. Tu motif utama. Haha.

Aku dah terfikir beberapa tema untuk café aku. Yang pertama, cat’s house. Café yang ada kucing. Pelanggan boleh bawa kucing masing-masing ke café. Makan, minum bersama dengan binatang peliharaan satu meja yang sama. So sweet. Haha. Tapi keburukannya, biasa la binatang, hilang kawalan, bergaduh dengan kucing lain, berasmaradana dengan kucing lain, mengganggu ketenteraman pelanggan lain (unless kalau diorang tak kisah) dan pengotor. Tapi rasanya kalau cat lover ni memang dah pandai train kucing masing-masing, rasanya takde masalah. Betul tak???


Yang kedua, teddy bear’s house. Café yang penuh dengan patung, icon, sticker dan barang-barang berkaitan dengan teddy bear. Haha. Nampak sweet. Memang sweet pun. Bukan saja pelanggan wanita je yang datang, malah abang-abang bodybuilder dan mat rempit pun datang juga. Haha. Poyo la. Tapi café macam ni selalu orang datang untuk dating je. tu la pasal. Time valentine je penuh. Fully book. Time hari lain, confirm bangkrap. Haha.

Yang ketiga, tema biasa kebanyakan café, modern style. Kebanyakan memang buat konsep macam ni sebab senang dan simple. Lagipun pelanggan tak kisah asalkan coffee dan makanan yang dihidang sedap dan berpatutan. Aku buat tema macam ni mungkin kena ada kelainan sikit. Ye la kan, takkan nak tiru starbuck atau coffee bean pula. Mungkin aku akan campurkan dengan tema misteri dan black and white. Hehe. Nanti macam kedai berhantu pula.


Kalau asyik fikir pasal konsep kedai je, memang susah. Tapi yang penting, tahu nak berniaga. Nak buka kat mana? Macam mana nak tarik pelanggan? Macam mana nak buat pelanggan datang lagi? Well, sepatutnya kena guna soalan 5W 1H. Haha. I will make my dream come true. Tunggu la kemunculan Coffee House aku. Hehe.  

No comments:

Post a Comment