Wednesday, May 14, 2014

Steamboat



Semua orang suka makan steamboat??? Ntah la, takde pula aku nak mengkaji. Haha. Well, aku pun suka makan steamboat. Sebab apa? Hm…ntah la, aku pun tak tahu sebab apa. Nak kata sedap, macam biasa je. Nak kata tak sedap, selalu je rasa nak makan lagi. Macam mana tu? hehe.

 Selama aku hidup ni, aku dah pergi beberapa restauran steamboat yang rasanya lebih kurang sama je. Tak juga. Hehe. Antara restauran yang pernah aku pergi, Restauran Steamboat Chatin, Pak Usu Steamboat, Flaming Steamboat, Jonny’s Restauran, Suki-ya dan Seoul Garden. Tempat yang aku suka  ofcos la Pak Usu dan Seoul Garden sebab ada grill. Hehe. Sedapnya ayam dan daging bakar.

Apa la, pergi restauran steamboat makan grill pula. Sudah, back to the story. Pergi restauran steamboat, kena la makan steamboat kan. Takkan nak makan ikan bakar pula. Hehe. Selalu aku pergi makan dengan lover dan bestfriend aku. Dah try ajak kawan-kawan aku, semuanya busy dengan kawan-kawan diorang. Nak ajak makan pun susah. Haiss… bila dah pergi, mula la kata tak ajak. Rasa macam nak baling periuk dan dapur steamboat tu je. Haha.

Bila dah ada kat restauran steamboat, perkara pertama diorang akan tanya selepas korang dapat tempat duduk adalah pemilihan sup. Kalau restauran biasa, diorang bagi satu pilihan sup saja seperti sup kosong dan tomyam. Majority akan pilih tomyam (tu kajian yang aku perhatikan semasa berada dalam restauran steamboat). Hehe. Kalau restauran mahal sikit, akan serve dua jenis sup. Selalunya ada banyak pilihan. Aku akan pilih yang pedas dan juga sup biasa. Giler ke nak dua-dua pedas. Terbakar lidah nanti. Selepas sup dihidangkan, korang kena layan sendiri la ya. Bahan-bahan pilih sendiri dan masak pun sendiri juga. Kalau korang kaya giler mana pun, pelayan kat situ takkan masakkan untuk korang ok. Haha. Then, start la makan. Kalau banyak makanan tak habis, korang akan dicaskan mengikut berat lebihan makanan itu. Tapi selalunya aku makan habis sebab ambil makanan cukup-cukup je. Haha.


Apa-apa pun, bila tengok gelagat pelanggan lain makan steamboat beramai-ramai, macam meriah je, macam seronok je.  Yang datang dengan family, mak dan ayah arahkan anak-anak dia ambil bahan-bahan. Lepas tu, diorang tolong masakan. Macam masak kat rumah pula. Yang datang dengan kawan-kawan, agih-agihkan tugas macam pasukan pengakap. Borak-borak. Ketawa. Sampai bergaduh sebabkan cara masak yang berbeza. Haha. Bestnya. Tu pun sekali dua je aku rasa pengalaman macam tu semasa makan dengan kawan kolej dan kawan kerja. Sekarang ni hanya makan berdua je. Nak ajak ramai-ramai memang susah. Mungkin nanti aku akan cuba lagi untuk ajak diorang.    

No comments:

Post a Comment