Friday, May 6, 2011

100 Hari

Semua kawan-kawan aku bertanyakan apa maksud 100 hari yang aku countdown setiap hari tu. Yup, aku ada publish kat wall Facebook aku tentang 100 hari tu. Itu yang menjadi persoalan. Percaya atau tak itu terpulang pada diri masing-masing. Aku akan jelas kan kenapa, sebab apa, bagaimana, apakah atau senang nak bagitau, semua persoalan la. Hehe.

100 hari. Apa yang korang akan fikirkan? Pantang bersalin?(korang mesti giler. Aku laki la) Sembahyang Sunat?(Aku nampak je baik tapi kurang alim skit) Puasa ganti?(Aku puasa penuh ok). Ok la, aku bagi tahu je la. Korang ni suka fikir bukan bukan.

Sebenarnya tu adalah pantang dari aku lakukan rutin harian aku yang pelik pelik(maksud aku, perkara yang haram aku buat). Hehe. Ini sebenarnya upacara untuk DIA. Orang yang dah lama tinggalkan aku. Sebab ini perlu untuk aku lakukan kerana aku sebahagian daripadanya pada masa dulu.

Cara ni sama je pantang berkabung orang yang mati. Untuk membuang nasib malang pada diri kita. Aku berpantang cuma tak melakukan apa yang aku selalu buat dulu dan juga rutin harian yang biasa aku buat(korang nak tau apa, tanya aku ok. Jangan fikir bukan bukan). Aku dah buat lama ni. Baik untuk diri aku. Kesihatan aku pun lebih elok. Trust me. Kalau nak kuruskan badan pun boleh juga guna cara ini. Korang nak berpuasa pun ok. Hanya setkan 100 hari dan bagi komitmen apa yang korang nak(promote pula aku ni. Hehe).

Untuk kali ni, 100 hari ni aku akan ubah diri aku kepada apa yang aku nak. Mungkin bukan semua tapi perkara yang penting saja. Tapi yang penting, soul aku kena la dipolishkan. hehe. Aku rasa itu saja yang aku dapat bagitahu. Yang lain tu adalah hal personal. Kalau nak tahu juga, tanya la aku sendiri. Ok.

2 comments: