Aku tak tahu apa masalah orang lain bila aku suka senyum. Aku ni pelik sangat ke? Aku rasa aku masih normal lagi. Nak kata gila pun aku masih boleh berfikir lagi. Biasa la manusia ni, pantang nampak orang lain pelik sikit. Bagi dia, apa yang dia buat tu semuanya normal la (ni manusia yang angkat bakul sendiri). Tolong la. Korang pun ada juga tabiat pelik korang juga. Don’t judge other if don’t know yourself first.
Ni tabiat aku. Memang aku suka senyum. Always smile. Hehe. (^_^). Ya, memang ada sejarah aku sendiri. Oleh disebabkan janji aku pada dia. My first beloved BFF, Daniel. Kawan rapat aku masa sekolah dulu. Dulu memang aku rapat dengan dia. Dan dia suka tengok aku senyum. Sebab masa tu memang susah nak tengok aku senyum. Nak kata aku jenis dingin, tak juga. Memang aku jarang senyum la dulu. Then, suatu hari tu dia meninggal. Memang aku sedih giler. Apatah lagi nak senyum pada orang masa tu. Rasanya hampir 3 bulan. Tiba-tiba aku dapat surat. Surat tu Daniel tulis hari sebelum dia meninggal tu. Mak dia baru bagi sebab mak dia baru balik dari luar negara masa tu.
Dalam surat tu tertulis perkara yang personal. Jadi tak boleh cerita lebih-lebih pula. Hehe. Tapi apa yang dia cuba sampaikan, dia tahu yang aku ni sedih atas pemergian dia dan dia harap aku lepaskan dia dan mulakan hidup baru. Tapi tak lupa juga, hidup dengan senyuman yang paling manis yang penah aku beri pada dia dulu. Kerana dia nak tengok setiap hari. Dari atas sana. Muka aku berubah. Aku fikir aku kena mulakan semula. Aku akan selalu senyum pada orang lain. Aku berjanji pada dia. Tu janji aku.
Tapi bila dah mula senyum, sampai sekarang ni masih tersenyum lebar. Sebab aku masih dapat rasakan kehadiaran dia. Dia memandang aku setiap hari tanpa rasa jemu. I realy miss you, Daniel. Hehe. Biarlah. Perkara pun dah lepas. Yang pergi tak mungkin akan kembali. Betul tu.
Aku senyum setiap hari. Aku suka macam tu. Orang ada juga tanya aku, aku ni takde masalah ke? Manusia mana la takde masalah. Mesti la ada. Cuma bukan jenis aku suka menunjukkan masalah aku pada orang. Aku ada cara aku sendiri untuk aku luahkan masalah aku. Tapi biarpun ada masalah, aku akan senyum juga. Sebab semua masalah boleh diselesaikan. Aku senyum kerana aku kena tenang dan sabar untuk hadapi semua tu. Kalau tak, satu apa pun takkan selesai. Betul tak? Hehe. Apapun, selalu la senyum. Jangan selalu marah. Nanti cepat tua. Dah la tua tapi perangai masih tak matang lagi. Oh please la. Jadi la orang yang matang ikut kesesuai rupa tu ok. Jangan nak jadi budak-budak pula. Aku takpe, aku muda lagi. Haha…senyum selalu. (^_^)V
No comments:
Post a Comment