Saturday, May 28, 2011

Sorry Blackberry. Sorry Iphone.

Akhirnya, dapat juga phone yang sesuai untuk aku. Nak tahu phone apa? Cer citer cer citer. Haha. baik la, kita sambung ke episod akan datang. Hehe. Takde la. Nak citer la ni.

Kisahnya bermula pada sabtu baru ni. Asalnya saje nak tengok phone je. Ala…usha usha je dulu. Cari merata ni. Aku pergi dengan Shafiq, staff tempat keje aku tu. Dia pun nak cari barang juga kat Lawyat. Alang-alang pergi situ, cari la phone sekali. Hehe.

Masa sampai KL tu, kami jalan-jalan kat Times Square dulu. Biasa la. Cuci mata sikit (jangan fikir bukan-bukan. Cuci mata tengok barang-barang kat situ je. Biasa la, dah bergaji katakan). Hehe. Lepas tu baru la kami pergi Lawyat. Pusing punya pusing dalam tu, akhirnya jumpa juga yang sesuai. Iaitu Samsung Galaxy Ace. Cun giler. Macam Iphone. Hehe. Jadi, bila dah berkenan tu, terpaksa la pergi keluarkan duit dari mesin ATM (cari ATM CIMB kat Sg. Wang). Haha. Penat Shafiq jalan dengan aku. Then, aku beli. Canggih siot. Kalah Nokia 3310 (waklu. Memang la lagi advance tu). Hehe. Lepas tu kami pergi cari barang yang Shafiq nak pula.

Oh ya, kawan aku, John, Doktor kat HUKM tu, tiba tiba nak join dengan aku. Alang-alang dah lama tak keluar dengan dia, ajak la sekali. Shafiq pun tak kisah pun. Haha. kebetulan pula dia pun guna phone yang sama(baru beli semalam). Semua spec dia aku tanya dia je la. Kan senang. Huhu.

Habis kami pusing Times Square, Lawyat dan Sg Wang. Akhirnya kami pergi tengok wayang je. Ye la kan, bosan pula kalau shoping je tak ada hiburan. Nak tau wayang apa? Kitorang tengok, Kungfu Panda 2. Tergelak sakan aku sampai nak menangis. Haha. best memang best. Kalau ramai orang lagi best kot. Hehe.

Hari tu akhir dengan perpisahan (ye la, semua nak balik rumah la). Seronok. Tapi harap suatu hari nanti ada masa lagi untuk berseronok bersama. (^_^)

No comments:

Post a Comment