Banyaknya aku dapat cuti. Hehe. Bukan apa, cuti ganti untuk kerja Sabtu dan Ahad hari tu je. Pada asalnya nak jumpa family kat kampung tapi baru je balik cuti hari tu. Nasib baik la ada plan lain untuk dibuat pada cuti 4 hari tu.
Hari pertama tu, Khamis, biasa la, dah cuti kan, bangun lambat la beb. Syok tidur. Tapi tak boleh over pula. Sebab petang tu ada kawan aku, Fabio dari Kedah nak datang sini. Jadi, bangun la awal sikit (pukul11 rasanya) untuk bersiap dan kemas bilik sikit. Mana la tahu ada yang bersepah (padahal bersih giler. Aku ni kan pembersih). Ni dah kira permulaan aktiviti aku dalam cuti 4 hari tu. Mula-mula ni memang la bosan. Tapi nak buat macam ne, bukan semua yang dirancang akan berjalan sempurna. Mula la nasib buruk. Kawan aku dah nak sampai petang tu, tapi nak buat macam mana, tuhan turunkan hujan rahmat kat bumi ciptaanNya ni. Terpaksa aku tunggu hujan reda sedikit. Akhirnya, jumpa juga kawan aku tu walaupun lambat sikit(lambat banyak sebenarnya. Sory). Tapi kami pergi ke Times Square dulu untuk jalan-jalan sementara kawan sekerja aku, Am datang jemput kami (tak datang pun. Dia kata jalan jem giler). Kami cuma jalan sekejap dan balik naik keretapi saja.
Hari Jumaat tu pula, lepas sembahyang Jumaat baru kami berdua keluar ke Sunway Piramid. Tentu la pergi karaoke. Hehe. Sepatutnya ada 2 orang yang ikut sekali, Aedy dan Azry. Tapi biasa la, masing-masing ada hal sendiri. So, malas nak paksa paksa (tapi geram la juga sebab cancel saat-saat akhir). Biar la. Kami pergi karaoke saja. ingat nak main Ice Skating, tapi kawan aku tu pula taknak. Aku pula malas nak main seorang. Jadi, kami jalan-jalan je kat situ dan shoping sikit. Lepas tu balik la. Hehe.
Hari ketiga, Sabtu. Hari ni memang cuti pun. Aku cuma dapat cuti hari Khamis dan Jumaat saja. hehe. Hari tu kami pergi Times Square lagi. Kali ni kami jalan sampai ke Bukit Bintang. Nak kata shoping banyak, takde la juga. Cuma barang yang dibeli tu mahal, so, dapat shoping sikit je la. Hehe. Lepas tu kami balik. Dah penat berjalan.
Hari terakhir, rasa cepat je masa berlalu. Kawan aku tak puas lagi nak jalan-jalan kat KL ni tapi nak buat macam mana, dia terpaksa balik juga sebab ada hal lain pula. Kami bangun awal sebab nak hantar kawan aku tu pergi puduraya. Lepas hantar aku balik. Terserempak pula dengan kawan Facebook aku, Alvin. Tak sempat nak borak pun sebab dia naik keretapi arah bertentangan. Tak kisah la. Lepas tu aku mesej kawan aku nak ajak keluar, kebetulan pula Bobsen ada kat Sogo. Aku terus la jumpa dia kat situ. Kami jalan-jalan kat area situ. Dia ada Singing Competition pukul 2.30 tu. Jadi, aku teman dia sekejap. Terjumpa pula dengan kawan Facebook aku lagi, Kaz. Tengah asyik main game sampai tak ingat dunia. Haha. Malas nak tegur dia. Orang macam tu biasa la, bodoh sombong. Tagur nanti tak layan pula. Baik takyah tegur kan. Haha. Lepas Bobsen habis nyanyi, kami pergi jalan kat Megamall. Then, kami balik. Letih sangat rasanya.
Cuti 4 hari tu rasanya macam sikit je. Tapi agak bermakna juga la. Sebab bukan selalu dapat keluar macam tu. 4 hari berturut turut asyik keluar je. Ada ke orang mampu buat macam tu? Haha. Kalau korang ada masa free dan nak ajak aku keluar, aku on je. Tapi please, ajak tu biar ikhlas. Huhu…
No comments:
Post a Comment