Hye… Farrell adalah nama panggilan aku yang diberi oleh ex aku dulu. Aku masih gunakan nama tu sebab aku rasa selesa dengan panggilan tu. Terutama sekali bila ex aku yang panggil aku dengan nama tu. So sweet. Hehe. Aku asal Pahang tapi sekarang ni tinggal kat Subang. Kerja kat sini. Tapi orang kata, aku tak macam orang Pahang tapi orang Sabah. Haha. Senyum lebar aku. Speechless. Ye kan je la. Umur baru 20an. Tinggi dan berat? Nak juga ke tau? Ok la, aku ni tahap normal. Huhu. Yang lain tu, better tanya personal je dengan aku. Ok.
Habis dengan pengenalan diri. Kita mula masuk ke objektif asal. Ini bukanlah blog pertama aku. Tapi apa-apa pun, setiap permulaan mesti ada pengenalan. Blog ni aku saje nak menceritakan tentang kehidupan aku, apa yang aku rasa dan masa silam aku. Walaupun setiap cerita yang akan aku karang ni melibatkan orang sekeliling aku, tapi jangan risau, aku takkan mengaibkan korang kecuali atas perkara tertentu. Jangan la risau. Aku bukan sekejam yang korang sangka.
Ok la, takde apa-apa lagi. Dengan ini, aku merasmikan blog aku sendiri untuk tatapan semua pembaca. Jika ada salah silap itu haraplah tak membetulkan kerana perkara yang ditulis ada sebabnya. Hehe. Sekian. (^_^)
No comments:
Post a Comment