Wednesday, May 25, 2011

Black Bird, Falcon.

Falcon adalah burung helang kecil. Bagi aku, dia binatang kedua comel(yang pertama kucing ok). Bunyinya sama dengan helang tetapi sedikit nyaring sebab saiznya yang kecil. Ramai yang mempeliharanya dari pada helang biasa. Ye la kan, sebab kecil. Dah la kecil, comel pula tu. Haha. I like.

Dah, sebenarnya bukan nak cerita pasa burung tu tapi cerita pasa motor aku. Model Suzuki Step. Jenis skuter automatik. Aku beli masa 2007 rasanya. Pakai duit aku ok (bayar muka je). Hehe. Warna hitam metalic. Cc125. Funtion lain tu aku tak tahu.

Aku bagi nama dia Falcon. Kenapa? Cer citer cer citer. Sabor la. Nak citer la ni wei. Nak tahu sebab apa, sebab motor tu keluarkan bunyi seperti burung. Ala kalau tak tahu tengok cerita Naruto (anime jepun tu. Ala-ala ninja yang ada kuasa tu). Bukan tengok naruto ok tapi cikgu dia, Kakashi. Semasa dia buat Chidori tu. Bunyi dia macam tu la. Hehe. Taip kali jalan je, mesti ada bunyi tu. Kalau hujan, laginya bunyi kuat. Haha. motor tu memang takde masalah sebenarnya. Orang kedai tu cuma salah setting break rasanya. Terlalu rapat atau kurang pelincir. Aku pun tak tahu. Tapi tak kisah la. Bunyinya tak la seteruk mana pun. Itulah Falcon.

Aku sayang dia. Dia banyak berjasa dengan aku. Excident pun sama-sama (Sebab aku yang cuai. Sorry Falcon). Tapi aku ada tinggal dia buat untuk setengah tahun. Masa tu aku belajar kat kedah. 6 bulan je. Aku rasa aku tak perlu susahkan Falcon untuk bawa sekali. Bila aku balik, pandai pula dia merajuk. Haha. taknak pula hidup bila aku start. Sebenarnya, adik aku yang guna motor tu masa aku kat sana. Dia jaga motor pun tak berapa, nasib baik la tak rosak apa-apa. Sekarang ni dia ada bersama aku. Tapi mungkin aku akan hantar semula ke kampung. Sebab aku nak beli kereta pula (Sorry Falcon). Hehe. (^_^)

No comments:

Post a Comment