Bertukar. Kamen Rider W. waklu. Ingat ini drama bersiri Kamen Rider ke? Bukan la, sebenarnya ni cerita pasal kawan yang tinggalkan kawan setelah dapat kawan baru. Memang tak guna kawan macam ni.
Seperti mana yang korang tahu, kita berkawan sebab kita bosan bersendirian. Sebab tu la kita cari kawan. Betul betul betul (trademark Ipin). Kita berkawan juga atas sebab kepentingan kita juga. Mana la tahu kalau kita susah diorang juga yang akan tolong. Tapi dalam bab ni, bukan aku nak cerita kebaikan berkawan sebenarnya, tapi keburukan yang melampau sampai tak sedar diri kononnya macam diva la sangat. Ni cerita pasal kawan yang dah lupa diri. Memang tu yang berlaku dalam rutin harian kita. Sekejap kita kawan dengan orang ni, sekejap kita kawan dengan orang lain.
Sebenarnya, orang jenis tukar kawan ni ada 2 jenis iaitu jenis parasit dan jenis move on. Jenis move on adalah jenis yang bait untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kenapa aku kata macam tu, sebab setiap orang ada hak masing masing untuk terus hidup. Takkan la kita nak bergantung pada kawan kita seorang saja. maksudnya, bila kita berpindah ke tempat lain, kita berkawan dengan orang ditempat tu. Kadang-kadang bila fikirkan semula, bila orang dah duduk kat KL tu, sepatah haram la nak cari kita semula kat kampung. Trust me. Kawan aku banyak macam tu. Bila dah belajar atau kerja kat KL tu, pergh, macam s**l berlagak dia tu. Balas mesej pun tak, ni kan pula nak jawap orang call. Alasannya sibuk. Padahal tengah enjoy dengan kawan-kawan baru yang gempak. Kawan kampung ni macam dah jatuh santard la. Hari raya je jumpa minta maaf jap. Sengal kan? Memang pun.
Jenis lagi satu ialah parasit. Jenis habis madu sepah dibuang. Ini la yang paling dahsyat s**l dia. Nak kawan dengan orang atas kepentingan diri sendiri. Maksudnya, jika seseorang tu ada kelebihan, dia akan cuba rapat dengan orang itu dan gunakannya. Ada juga kawan aku macam tu. Dulu elok je kawan dengan aku, oleh kerana perangai dia, aku tak rapat dengan dia tapi dia pula ada kawan lain yang boleh layan dia. Aku pun bukan ambil kisah pasal dia pun. Tapi sekarang ni dia berkawan dengan orang lain pula sebab bergaduh dengan kawan lama dia tu. Kawan dia sekarang ni pun jenis tak kisah tapi ntah sampai bila tak kisah dia tu. Jenis macam ni bahaya juga. Mulut memang manis. Layan orang macam layan adik beradik pula. Memang la mulia kita layan orang macam tu, tapi ada had juga kan. Takyah la nak over sangat.
2 jenis tu nampak macam sama je tapi sebenarnya berbeza dari segi keadaan. Aku pula bukan jenis 2 tu tapi jenis ambil semua yang ada kelebihan. Iaitu jenis berkawan dengan semua orang yang ada kelebihan sahaja. Haha. (^_^)
No comments:
Post a Comment