Saturday, May 21, 2011

I Miss My Club

Dulu aku ada club aku sendiri. Bukan kelab or persatuan. Tapi kelab untuk orang VIP tu. Hehe. Club kami tak berdaftar dengan mana-mana pihak. Ini club P&C. Nama club aku tu adalah 13 Spirit yang terdiri daripada 13 ahli.

Motif club ni ditubuhkan kerana hobi kami semua adalah sama. Iaitu mengkaji fenomena pelik. Macam Seeker tu la. Kaji tentang kewujudan hantu tu. Tapi kami mengkaji secara menyeluruh. Hantu, alam, mistik, Malaikat, Syaitan dan sebagainya. Hobi ni memang bahaya tapi sangat seronok.

Dalam club kami ni, kami menggunakan code nama untuk menjaga identiti sebenar kami. Ketua kami adalah 1 a.k.a. Alexander. Dia la yang mengumpul kami semua dengan kebolehan psikik dia tu. Macam Prof X dalam Xmen tu. Haha. Dia asalnya bersama dengan 2 kawan rapat dia iaitu 2 a.k.a. Ryujin dan 3 a.k.a. Maxwell. Diorang bertiga memang dah kawan sejak tadika lagi. Tak hairan la mereka boleh mempunyai hobi yang sama. Seterusnya mereka jumpa 4 orang lagi. Alexander jumpa 4 a.k.a. Esmond dan 7 a.k.a. Apollo semasa mereka di dalam kelas yang sama masa sekolah dahulu. Ryujin jumpa 5 a.k.a. Dominique semasa mereka dalam kelas taekwando dan 6 a.k.a. Valentine semasa membeli barang dikedai keluarganya. Kemudian, Dominique mengajak kawannya 8 a.k.a. Lavender dan Lavender mengajak kawannya pula 9 a.k.a. Theodoric. Valentine pula mengajak kawannya 10 a.k.a. Fiorenzo yang satu sekolah dengannya. Akhir sekali Ryujin jumpa 11 a.k.a. Paladin semasa pertandingan Taekwndo peringkat Daerah, Maxwell jumpa 12 a.k.a. Solomon iaitu kawan sekolah lama dia dan Alexander jumpa aku, 13 a.k.a. Fabrizio semasa dia pindah berhampiran rumah aku. Akhirnya kami menamakan club kami 13 Spirit.

Kami semua mempunyai kelebihan masing-masing. Kami dapatkan banyak maklumat dengan cara masing-masing. Banyak kami mengkaji dan belajar. Malah kami memahirkan dalam penggunaan kuasa ajaib. Kiranya kami ni Ahli Sihir la. Haha. Takde la sampai macam tu sebenarnya. Belajar untuk suka suka. Tak guna untuk jahat pun (tapi sekarang ni memang guna untuk kenakan orang. haha). Dapatkan maklumat memang susah. Nak kena buat banyak research. Tapi bila dah dapat, mula la hati rasa seronok. Biasanya kami aktif waktu malam saja. ye la kan, mana ada hantu keluar waktu siang (wrong, sebenarnya ada). Tapi siang kami sibuk dengan rutin harian. Memang la kami buat waktu malam saja. haha.

Walaupun sibuk dengan hobi, kami masih luangkan masa bersama untuk bersukaria macam orang lain. Buat party. BBQ. Berkelah. Melancong. Dan banyak lagi aktiviti kami buat bersama. Tapi sejak akhir-akhir ni, ketua membuat keputusan untuk bubarkan club ni. Katanya, maklumat tentang dunia ni dah terlalu banyak kami kumpul. Hanya satu maklumat yang tak pernah cukup dan tak mungkin akan jumpa. Jadi, tanpa maklumat tu, kerja kami semua ni hanya sia-sia saja. kami tak fikir pun macam tu. Tapi apa boleh buat. Terpaksa bubarkan juga la. Kami dah jarang berjumpa kerana mula sibukan diri dalam hal dunia ni pula. Tapi kadang kadang tu kami akan berkumpul sama-sama. Reunion katakan. Memang seronok bila berkumpul semula. Hehe.

No comments:

Post a Comment