Saturday, May 21, 2011

Purple and Black My True Color


Dulu warna kesukaan aku merah. Tapi tak pernah kena pun dengan aku warna tu. Merah nampak ganas, berani dan keghairahan. Aku pula terlalu baik. Memang tak nampak pun sifat aku tu. Aku pilih biru pula. Warna itu juga tak serasi dengan aku. Biru nampak karisma, metroseksual dan cool. Masih tak nampak diri aku. Akhirnya aku dapat warna aku, ungu. Misteri, semangat dan bangsawan.

Kalau ikut zodiak aku, aku adalah Aquarius tahun Naga. Iaitu Naga Air dan Angin. Kristal jenis Aquamarine dan Saphire. Simbol Planet Uranus dan Saturn. Warna asal adalah biru dan putih. Tapi bukan itu sifat aku. Tapi ada yang hampir sama dengan tu. Iaitu Naga Ais. Kristal jenis Amethyst. Simbol planet Bulan. Warna ungu. Itu baru sebenarnya sifat aku.

Orang kata ungu adalah sifat perempuan. Are you sure about that? Oh please la. Pemilihan warna adalah hak masing masing. Tak kisah orang nak kata apa pun. Bila kita dah serasi dengan warna tu, nak buat macam mana kan. Aku pilih warna ungu sebab menunjukkan Spirited dan Magical. Boleh dikatakan aku ni Wizard(ahli sihir) la. Hehe. Try me. Kalau berani, cari la pasal dengan aku (rekaan semata-mata). Please don’t. I’m not cruel enough(maksudnya, belum cukup jahat lagi. Kena berusaha lebih lagi). Haha.

Tapi kalau terlalu banyak ungu pun orang akan kata yang bukan bukan juga. Hm…susah nak jadi manusia ni kan. Oh ya, mesti tertanya pasal warna hitam tu kan. Kalau nak tahu kenapa aku pilih hitam, kena jumpa aku sendiri. Baru korang akan tahu.

No comments:

Post a Comment