Monday, May 2, 2011

My new life

Rasanya dah 2 bulan aku kat Subang Jaya ni. Bukannya apa, aku kerja kat sini. Macam macam aku tempuh sendiri. Berkenalan dengan orang baru. Cuba hidup atas kaki sendiri tapi masih ada banyak masalah aku kena tempuh. Terutama bila masuk hal kerja dan cinta. Tapi biasa la aku, mana ada masalah yang aku takleh selesaikan cuma cepat atau lambat saja.

Bila cerita pasal kehidupan, aku memang happy dengan hidup aku sekarang. Ye la kan, dapat berjauhan dengan keluarga. Baru la rasa macam berdikari sikit. Hidup memang enjoy. Bebas nak buat apa saja yang aku mahu. Hang out dengan kawan-kawan aku. Makan makanan kesukaan aku. Karaoke. Wayang. Dan macam-macam lagi la. Tu pun kalau ada duit la. Hehe.

Kalau pasal kerja, aku happy juga dengan kerja aku. Tapi ye la kan, ada je banyak anasir anasir luar yang sengaja nak jatuhkan aku. Terutama budak mulut s**l. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Biasa la kan, aku ni berdaulat. Cari pasal dengan aku, memang pintu neraka ke6 la yang buka untuk korang (jahatnya aku).

Bab yang ni aku paling suka, aku jatuh cinta lagi. Setelah sekian lama aku single, akhirnya ada juga orang yang sudi berkongsi cinta dan kasih sayang dengan aku. Dah 3 bulan juga la aku putus dengan kekasih aku. Dapat juga aku pengganti. Bulan lepas aku dapat. Macam aku dapat? (cer citer cer citer) Ok la, aku ceritakan ni. Pada mulanya kawan aku, Timmy, yang kenal dengan dia dulu. Timmy pun jenis suka layan as a friend saja. Budak tu suka pada Timmy tapi Timmy sebaliknya. Satu hari tu, aku lepak dengan kawan-kawan aku termasuk la Timmy. Aku mula pelik tengok Timmy asyik mesej je tak henti henti. Aku pun tanya la pada dia. Dia kata kawan(maksud dia budak tu la). Masa tu agak mengganggukan la. Aku pun tegur dia. Dia pun silentkan phone dia. Then, dia teringat pula yang aku tengah single. Apa lagi, dia pun tunjuk picture budak tu. Mulanya aku takde mood nak tengok. Tapi terpaksa juga la. Budak tu cina. Agak cute juga tapi tembam. Hehe. Timmy suruh aku berkenalan dulu dengan dia sebab dia tahu yang kami mungkin akan suka sama suka. Betul tekaan dia. Sampai sekarang kami call dan sms. Rasa macam terbuka je hati ni. Hehe (suka sangat sangat). Kami belum buat apa-apa keputusan lagi sebab masing-masing nak berkawan dulu. Harap kami boleh kekalkan hubungan kami sehingga kami hidup bersama.

Ini saja serba sedikit tentang kehidupan aku untuk masa ni. Nanti aku update cerita yang baru lagi dalam masa terdekat ni. Hehe (^_^)V

1 comment: