Saturday, May 21, 2011
Chocolate Cake
Membuat kek adalah salah satu kemahiran aku yang paling aku mahir. Terutama membuat kek coklat (sebab selalu buat dulu). Hehe. Membuat kek ni mestilah kreatif dan membuat dengan penuh kasih sayang. Baru la kek yang dibuat tu sedap.
Haha. Sebenarnya aku minat memasak. Semua aku belajar dari mak aku. Sebab masakan dia sedap. Aku dah mula belajar sejak aku sekolah rendah lagi. Aku mula dengan menggoreng dan merebus. Seterusnya baru la aku mula memasak lauk pauk yang simple seperti ayam masak kicap, ayam masak merah, rendang dan kari. Lepas tu baru la aku beralih arah belajar membuat kek dan biskut. Aku buat biskut pun untuk Hari Raya je. Kek pula aku buat sebab si dia suka makan. Masa first time buat dulu, dia la orang yang pertama rasa dan dia kata sangat sedap. Tu yang buat aku rasa bersemangat untuk terus buat kek. Dari satu pasangan ke satu pasangan lain (maksudnya, aku break dan couple dengan orang lain), aku membuat kek. Mereka semua sukakannya. Takde yang tak suka. Kawan-kawan aku pun kata sedap sampai nak tempah buat untuk harijadinya nanti. Haha. Tapi aku selalu sibuk. Nak buat kek pun kena tunggu masa yang lapang.
Membuat kek memang seronok. Tengok orang makan pun seronok juga. Rasa macam puas dan senang saja. kek yang aku buat memang sedap (orang yang kata. Bukan aku). Rahsia? Rasanya takde apa-apa rahsia kot. Kalau ada pun, bak kata Siti, Biarlah Rahsia. Hehe. Sekarang ni dah kerja. Rumah sekarang pun takde kelengkapan untuk buat kek. Jadi, aku tak buat kek dah. Bukan berhenti membuat tapi tak dapat nak buat saja. kalau ada sesiapa nak rasa kek aku, sila sediakan bahan dan dapur untuk aku masak. Ok. (^_^)V
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment