Tuesday, May 3, 2011

Work or Fun???


Staff kat tempat kerja aku tahu perangai aku macam ne. Aku ni agak peramah dan baik hati. Ramai orang suka kat aku termasuk orang yang aku suka. Bila bersama mereka, rasa macam wujud dan dihargai saja. Tak seperti dikolej dulu. Disisihkan. Hm… tapi tak kisah la. Aku happy dengan kerja aku. Cuma ada juga masalah. Iaitu serangga perosak yang ingin menjatuhkan dan memusnahkan periuk nasi orang lain.


Ada staff yang bekerja sama ditempat aku ni. Aku tak tahu apa masalah dia. Mulut busuk giler. Bukan disebabkan berbau. Rupa pula dah nak dekat sebiji dengan toyol. Nasib baik warna kulit still lagi manusia. Dia ni asyik nak cari pasal saja. Nasib baik la bukan aku je yang tak suka, ada juga yang lagi tak suka dengan dia. Permasalah sekarang, dia nak buat panggilan palsu kat aku untuk kenakan aku. Haha. Bodohkan. Macam la aku tak kenal suara dia. Nak je aku jerit kat dia kata “Ko A**K S**L. Ni keje bukannya untuk main main.” Tapi nasib baik la bilik Bos betul betul kat tengah antara kami berdua. Kalau tak, memang aku dah sound G***r B**I kat dia.

Sekarang ni dia try nak berbaik dengan semua orang. I think tu tak mungkin la. Ye la kan, mulut busuk macam tu ada ke orang nak berbaik dengan dia. Ntah la. Nak biarkan nanti banyak pula hal dia buat. Nak hiraukan dia pula, makin gila pula jadinya. Kesimpulannya, ignore je la. Kalau dia hye hye, aku bye bye je la. Hehe. Sape sape yang ada staff macam tu yang asyik ganggu hidup korang, korang ignore je lebih senang. Buat macam dia tu tunggul je. (tunggul??? Teringat pula aku dengan budak tunggul masa kat kolej dulu) hehe.

No comments:

Post a Comment