Tuesday, May 17, 2011

Karaokeeee.....

Menyanyi depan televisyen yang memaparkan lirik lagu dan menyanyi ikut gaya tersendiri. Siapa yang tak suka karaoke. Semua orang suka. Cuma malu atau tak je. Aku pun suka sangat berkaraoke ni. Terutama bila aku tengah moody.

Bila cerita pasal karaoke ni, aku dulu karaoke kat Kilat (satu tempat hiburan kat kampung aku dulu). Aku rasa masa aku form 3 atau 4 rasanya. Pergi dengan geng geng merempit (Kenapa? Korang ingat aku budak baik takleh kawan dengan geng geng macam tu ke?). biasa la, kalau dah pergi dengan diorang, mesti lagu lagu lama diorang akan nyanyi terutama Cinta Kain Putih. Yang tu kawan aku selalu nyanyi sampai paksa aku hafal lagu tu (geramnya tapi rindu pula masa tu). Dah, habis pasal tu. Hehe. Takde la. Sejak berkaraoke tu, dah mula pergi ke Kuantan pula. Dari Karaoke Jamban ke Karaoke Room. Gigih ni. Setiap hujung bulan, set dengan member ramai-ramai pergi karaoke kat Kuantan. Haha. Memang kelakar kalau diingatkan semula.

Sampai la aku masuk ke kolej. Aku masih berkaraoke dengan kawan-kawan aku tapi tidak sekerap dulu. 3 bulan sekali baru dapat karaoke sebab kebanyakan kawan aku masing-masing sambung belajar. Kawan kolej aku pula bukan jenis karaoke. Tak sedih pun sebab ada aktiviti lain yang aku boleh buat dengan mereka.

Tapi yang lebih seronok adalah lepas aku habis belajar. Aku dapat kawan baru dan masing-masing memang suka karaoke. Semua tempat kami karaoke. Dan paling yang menyeronokan bila kami berkaraoke kat kedai makan. Menyanyi live depan orang ramai. Seronoknya. Masa tu la baru tahu macam mane jadi artis sekejap. Haha. Dengan rasa gementar dan takutnya, nyanyi tanpa rasa malu. Sekarang dah biasa dah. Nak nyanyi depan orang ramai pun dah tak kisah. Tapi aku masih suka nyanyi diKaraoke Room. Aku selalu pergi ke Redbox. Kat situ saja aku boleh berkumpul dengan kawan-kawan aku. Dan kat situ juga aku boleh tahu perangai sebenar mereka. To all my beloved friend, aku sangat rindu masa karaoke bersama korang semua dulu. Kalau ada jodoh, harap boleh karaoke bersama lagi. Miss you guys. (^_^)

No comments:

Post a Comment