Saturday, May 21, 2011
Fruits Basket
Tohru Honda seorang pelajar sekolah menengah yang kehilangan emaknya dalam kemalangan jalanraya. Dia tinggal bersendirian di dalam sebuah khemah. Dia tidak menyangka tempat yang dihuninya adalah kawasan larangan dari keluarga Sohma, iaitu rumah kawan sekelasnya, Yuki yang tinggal bersama sepupunya, Shigure dan Kyo. Keluarga tersebut mempunyai rahsia tersendiri. 13 anggota keluarga tersebut dimiliki oleh Roh Zodiak Cina dimana mereka akan berubah menjadi haiwan zodiak apabila mereka dipeluk oleh berlainan jantina, lemah atau ketika mereka stress. Apabila Tohru dapat tahu rahsia keluarga tersebut, dia berjanji tidak akan memberitahu sesiapa dan balasannya dia dapat tinggal serumah dengan mereka. Dengan kehadiaran Tohru didalam keluarga tersebut, dia telah mengubah pandangan semua orang tentang rahsia itu dan dia ingin mematahkan sumpahan itu supaya mereka semua hidup gembira seperti manusia biasa.
Itu adalah serba sedikit plot cerita anime Fruits Basket. Salah satu cerita kesukaan aku yang membuat aku rasa terharu sangat. Kalau tak percaya, tengok la sendiri. Huhu. Apa motif yang aku nak sampaikan adalah banyak. Dalam cerita ni memang banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Contohnya ada episod yang aku rasa terharu sangat. Dimana mereka ada menceritakan tentang Pengembara Yang Bodoh (cerita tu bahasa Jepun. Aku alih bahasa supaya senang faham). Salah seorang keluarga Sohma ceritakan kisah tu pada ahli keluarga yang lain. Kisahnya tentang pengembara yang suka menolong orang. Pengembara itu sangat lurus. Dia masuk ke sebuah perkampungan. Seluruh penduduk kampung itu meminta pertolongan dari pengembara tersebut. Pengembara tersebut memberi segala benda yang ada pada dia sehinggakan dia tidak memiliki apa apa lagi. Orang kampung tersebut langsung tidak berterima kasih di atas pemberiannya tapi dia tidak kisah dan masih tersenyum melihat keadaan orang yang ditolongya. Dia ingin mengembara ke kampung lain pula. Oleh kerana dia berkeadaan sangat naif dan tak mempunyai apa apa pakaian ke atasnya, dia melalui jalan hutan. Didalam hutang tersebut terdapat hantu yang lapar. Dia pergi ke arah pengembara tersebut. Hantu itu bertanyakan pada pengembara tersebut jika pengembara tersebut dapat memberi tangannya untuk dimakan oleh hantu tersebut. Pengembara tersebut dengan gembiranya memberi tangannya pada hantu itu. Dia tersenyum dapat menolong hantu tersebut. Apabila hantu itu meminta lagi anggota dia yang lain, dia memberinya sehingga la pengembara itu hanya tinggal kepalanya tanpa mata. Hantu itu dengan senang hati berterima kasih pada pengembara tersebut malah dia memberi hadiah kepada pengembara itu, iaitu sehelai kertas yang bertuliskan ‘Bodoh’. Pengembara itu tak dapat melihat apa yang ditulisnya tetapi dia menangis kegembiraan kerana selama dia mengembara, tiada seorang pun yang berterima kasih padanya malah memberi hadiah kepadanya walaupun sehelai kertas. Akhirnya, pengembara itu mati dalam kegembiraan.
Motif dia menceritakan kisah tu sebab pengembara tu sama sifatnya dengan Tohru. Dia menolong orang lain tanpa mengisahkan tentang betapa susah dirinya untuk hidup. Tapi kenapa dia nak buat begitu? Kenapa dia tak pernah nak fikirkan tentang dirinya? Kenapa dia nak menolong orang lain sedangkan diri sendiri memerlukan pertolongan? Apa perasaan dia sebenarnya? Kenapa dia boleh tersenyum walaupun diri dia ada masalah?
Sebenarnya kita perlu faham perasaan orang lain. Kita jangan ingat orang yang tolong kita itu tak mempunyai masalah sendiri. Mereka sama saja dengan kita. Kita patut adil. Jangan asyik nak menyusahkan orang lain jika kita taknak susahkan diri untuk tolong orang. Biarpun dengan orang yang kita tak kenal, buat baik pada mereka. Tuhan maha adil, bila korang ada masalah nanti, dia akan hantar orang yang akan tolong dengan masalah korang nanti. Trust me. I learn from her, and I do it to other people. Yang penting kita ikhlas tolong orang dan sentiasa senyum. Hehe. (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment