Aib. Sebenarnya perkara ni amatlah buruk dah boleh menjatuhkan maruah orang lain. Aku saja nak menceritakan perkara ini sebab baru saja tadi kawan sekerja aku diaibkan oleh kawan sekerjanya sendiri.
Nak dikatakan cerita, semua orang pernah aibkan orang lain termasuklah aku. Aku selalu juga aibkan orang yang aku tak suka. Bukan apa, aku lakukan begitu atas sebab tertentu. Bukan saja-saja. Tapi memang seronok pada mulanya kita kenakan orang lain sehingga jatuh maruah mereka dan tersebar diseluruh tempat. Kita suka tengok mereka jatuh. Tapi sampai satu tahap, kita akan rasa kasihan pada orang yang kita aibkan tu. Bukan kasihan saja, malah akan terbawa dalam mimpi buruk pula. Menyesal tak sudah sudah (yang hati batu tu tak tahu nak kata apa la). Bagi aku, aku takkan aibkan orang lain kecuali orang tu memang cari pasal dengan aku. Kalau bukan aku, aku pastikan orang lain akan aibkan orang yang cari pasal dengan aku (tu memang sumpah aku). Aku bukan jahat tapi keadilan (ayat takleh blah). Hehe.
Mengaibkan orang memang seronok. Kita akan rasa puas sebab dapat balas dendam semula. Tapi kita takkan lari dari rasa kesal. Trust me. Semua orang pun macam tu. Korang takkan tahu mengaibkan orang kecuali korang sendiri penah diaibkan. Betul tak apa yang aku kata ni? Betul.
Diaibkan memang kita akan rasa kecewa, murung, sedih dan sebagainya. Adakala kita akan rasa stress sehingga mahu bunuh diri. Tu la akibat yang paling teruk bila diaibkan. Aku selalu juga diaibkan oleh kawan dan musuh aku. Sampai aku nak bunuh diri pun ada. Tapi nasib baik aku ni tabah dan boleh hadapi semua itu. Aku tak kisah maruah aku hilang tapi yang aku kisah, aku tak akan bagi sesiapa jatuhkan aku lagi. Sebab aku dah penat asyik jatuh saja. Kalau nak jatuh, aku akan bawa bersama. Cara aku senang saja. Dari pengalaman aku dulu, bila orang nak aibkan aku, aku akan ignore saja. Ye la kan, buat apa nak kajikan hal yang remeh temeh tu. Kecuali bila kes tu berat sampai nak libatkan orang sekeliling aku. Tu memang aku takkan biarkan la. Malah aku akan laknat semula orang itu (maksud aku, tuhan yang akan hukum dia).
Bila difikarkan semula, aku ni baik sangat pada orang dan mudah percaya. Diorang senang nak buli aku sehinggakan mereka dah menyampah dengan aku dan mula nak jatuhkan aku (tu yang aku fikirkan). Tapi apa yang korang rasa mungkin berbeza dengan aku. Biarlah. Perkara macam ni sebenarnya tak boleh dibawa main. Sekali diaibkan, hilang maruah seumur hidup. Malah boleh membawa dendam pada pihak masing-masing. So, beringat la, jangan sesekali menghina atau mengetawakan orang lain hanya untuk suka suka. Akibatnya, diri sendiri akan merana.
No comments:
Post a Comment