Wednesday, May 25, 2011

Kawanku Bukan Kawanku


Pelik kalau tengok tajuk tu kan. Sebenarnya nak buat tajuk ‘Kawanku Tikam Dari Belakang’. Tak pun tajuk ‘Kawanku Musuhku’. Apa-apa je la. Janji tajuk tu berkaitan dengan apa yang aku nak bincangkan ni. Bukan apa, bab ni biasa dah jadi dalam hidup semua orang(kecuali orang yang kera sumbang). Aku pun pernah kena tikam belakang dengan kawan aku sendiri dan aku juga pernah tikam belakang kawan aku sendiri.

Tikam belakang kawan sendiri memang buruk sifatnya. Kesannya amat besar. Trust me. Aku tahu betapa seronoknya tikam orang dan aku tahu betapa sengsaranya bila terima akibatnya. Tikam belakang ni mungkin banyak sebab. Yang selalunya adalah untuk kepentingan diri sendiri. Ye la kan, nak hidup, kena la jatuhakan orang lain dulu sebelum orang lain capai hak kita. Itu jenis yang takut dirinya terjatuh. Sebab lain pula, adalah tidak puas hati dengan apa orang lain ada. Jenis cemburu gila baben tanpa sebab. Ye la kan, orang dah baik, elok je, tiba-tiba nak cari pasal pula dengan orang tu. Yang tu gila buli la. Ada juga sebab lain, tapi tidak la sekerap sebab 2 yang di atas. Sebabnya adalah ikut telunjuk orang atau pun menerima upah. Jenis ni suka ikut arahan tapi bukan jenis suka buli. Aku pula selalu tikam kawan aku atas sebab dia nak tikam aku dulu. Aku jenis reflex. Orang buat kat aku, aku balas semula. Tak susah pun. Ambil pisau, tikam la belakang dia. Haha.

Tapi yang paling tak best, bila kawan tikam kita pula. Sakit tu memang sakit terutama kawan yang kita percaya selama ni. Dulu aku selalu kena tikam belakang. Dulu aku baik (sekarang pun baik juga tapi tambah jahat sikit). Hehe. Dulu aku memang suka berkawan. Bukan dengan lelaki tapi perempuan. Kawan-kawan lelaki aku cemburu la sebab aku rapat dengan semua budak perempuan kat sekolah dulu (ada aku kesah ke?). haha. Then, aku dapat seorang kekasih yang sangat cute. Dia antara top10 kat sekolah tu. Biasa la. Mesti la ramai yang cemburu. Termasuklah kawan aku yang memang suka pada kekasih aku tu. Dia memang baik pada aku. Satu hari tu, kekasih aku langsung tak contact aku langsung. Kat sekolah pun dah makin menjauhkan diri. Well, tahu la aku ni macam ne, bila nak dapatkan maklumat, memang ghairah untuk mencarinya. Baru la aku tahu yang kawan aku sebarkan cerita buruk pasal aku kat kekasih aku tu. Apa lagi, memang dah jadi musuh la dengan kawan aku tu. Depan-depan aku baik dengan dia, belakang dia aku kena kan dia(maksud aku, aku upah orang kenakan dia. Aku bagi dia masalah satu persatu sampai dia tak boleh berdiri dan cari aku semula. Walaupun cara aku kejam tapi aku ni berperikemanusiaan juga. Aku akan bagi bantuan jika dia perlukan aku. Bukan susah pun. Minta maaf dan terima kasih saja yang aku perlukan. Aku boleh lupakan semua yang dia buat pada aku. Dengan itu saja. satu lagi masa kat kolej. Masa kolej dulu, aku tak rapat dengan bodak budak kelas aku. Aku kawan dengan orang luar saja. kenapa? Cer cite cer cite. Haha. kes cemburu. Biasa la kan, bila dah baik dengan lecturer, tak boleh nak kata apa la. Memang ramai yang cemburu la. Kawan aku ni pula memang pantang tengok orang lain manja lebih-lebih dengan lecturer(aku tak manja ek). Macam biasa la, dia baik kat muka depan tapi bila masuk bab tengah, dia bersekutu dengan budak-budak lain supaya pulaukan aku. Mulut dia lagi manis dari air gula. Tak sangka kawan baik aku pun boleh percaya kata dia. Aku apa lagi, mulakan la bab akhir sekali, aku jatuh dan aku bawa dia jatuh sekali. Haha. sama-sama dipulaukan. Haha. bodoh juga cara aku ni. Tapi aku tak kisah. Aku masih lagi ramai kawan daripada dia. Dan kawan aku bertambah setiap hari. Sebab tu aku tak kisah sangat. Hehe.

Tapi biasa la, selalunya mesti ada orang nak tikam belakang. Even, hal kecil pun ada orang nak tikam belakang. Tapi tak kisah la. Tikam atau ditikam pun, itu tuhan dah tetapkan. Anggaplah itu ujian tuhan. Kalau pandai selesaikan, tuhan makin sayang kat kita. Kalau asyik nak tikam je, syaitan pula sayang kat kita. Betul tak? Haha.

No comments:

Post a Comment