“Bosan la. Jom kita lepak kat Midvalley?”
“Midvalley. Bosan la. Aku selalu pergi sana.”
“Hm… Kita pergi KLCC la.”
“Buat apa? Situ pun membosankan. Dah la sesak hujung minggu ni.”
“Kalau macam tu, kita pergi Times Square je la.”
“Kat situ laginya bosan. Takde apa la kat sana.”
Ini adalah dialog yang pernah berlaku pada sesetengah orang. Bab ni memang aku kecewa sikit. Bukan kecewa pada diri sendiri tapi kecewa pada kawan yang bagi alasan macam tu.
Sebenar ia selalu berlaku pada diri aku. Mungkin juga korang semua pun pernah alami bila mahu ajak kawan korang keluar jalan. Aku ada beberapa orang kawan yang bukan dari Kuala Lumpur atau Selangor. Tapi mereka dah lama tinggal ditempat tu. Mana-mana tempat semuanya pernah mereka pergi. Setiap jalan mereka tahu. Nak dikatakan, Kuala Lumpur tu rumah kedua mereka la. Begitu juga kawan aku yang memang tinggal diKuala Lumpur ni. Ni memang sesuatu yang baik. Tapi ada buruknya bila dah terlalu lama tinggal dibandar yang besar tu. Iaitu Ego.
Seperti dialog yang tertera kat atas tu, kita yang baru datang ke bandar ini, bab kata pepatah, bagai rusa masuk kampung, begitu la aku pada mula-mula datang bandar besar ni. Aku jelajah hampir semua tempat atas pertolongan kawan aku yang baik pada aku. Mereka adalah kawan yang aku baru kenal kat laman sosial. Dimanakah kawan lama aku? Kawan sekolah aku? Kawan kolej aku? Mereka mereka ini tak tahu la aku nak kata. Susah yang amat. Kalau alasan taknak keluar, aku boleh terima lagi. Tapi bagi alasan sama seperti dialog kat atas tu, memang aku kecewa. Kalau dah bosan sangat jalan kat tempat macam tu, dah tahu pergi sana macam mana, kenapa taknak tolong kawan yang tak tahu nak pergi sana? Padahal, selalu je keluar pergi tempat yang sama tiap-tiap minggu. Inilah manusia. Berlagak tak bertempat.
Sekarang ni aku dah tinggal kat Subang Jaya dah lebih 1 tahun. Ada juga tempat yang aku belum pergi lagi dan ada tempat yang aku nak pergi sangat. Aku mungkin akan stay lama lagi kat bandaraya ni. Aku akan jelajah sikit sikit kuala Lumpur dan Selangor ni. Nak harapkan kawan lama, tu tak mungkin la. Alasan semua tu.
Peringatan. Kalau betul pun nak stay kat bandar yang besar ni, perkara utama ialah jangan berlagak dan sombong. Rugi je. Sebab nanti kalau korang nak minta tolong nanti, urusan korang akan berjalan dengan lancar. Renung renung la. Selamat beramal. Huhu. (^_^)
No comments:
Post a Comment